Saturday, 20 July 2019

Hulu Selangor Ultra Trails 2019

Jemputan adhoc.....ke Kuala Kubu Bharu hari ini mencari Dewan Merdeka. Perjalana memakan masa 1 jam 30 minit. Sesampai sahaja di sana kami terus memenuhkan tembolok akmi terlebih dahulu....lapar kata budak-budak. Makan nasi ayam hari ini. Kesian ayam, tiada makan untuk mereka sebab nasi mereka kami dah makan.


  

Setelah itu kami ke dalam dewan untuk membuat persiapan dan kemudian minum coconut shake setelah menunaikan solat Zohor di Masjid Jamek Ar-Rahimah. 


  

  

Jam 4.00 petang kami memulakan persembahan secara santai kemudian diikuti dengan persembahan tarian berselang - seli. Para tetamu berpeluang juga memainkan angklung bersama-sama kami dengan lagu Hoore Hoore Samba dan  Cabuk Cauk Bertali Rambai. 

  


Setelah itu kami berehat sebentar untuk minum petang.....ke dinner? Menu petang ini, sandwich, sup cendawan dan roti, spagethi, dan buah-buahan. Air limau dan air teh. Normal....


Kami sambung semula selama 20 minit sebelum menutup tirai majlis pendaftaran dengan lagu Koo Kad. 



No comments:

Post a Comment