Membawa 20 orang ahli secara solo hari ini. Pak Agos peneman setia membawa 15 orang dalam satu van sementara aku membawa 5 orang lagi dalam KIA kesayanganku. Banyak dah jasanya pada aku dan KAW Team ni. Perjalanan memakan masa 35 mnit sahaja. Tidaklah jauh sangat dari sekolah kami. Sampai sahaja kamii terus ke dewan dan Uncle Sam sudah sedia menanti. Sempat mengambil gambar di tangga dewan.
Setelah persiapan dibuat Uncle Sam memulakan rehearsal untuk mengiringi pengantin dan kemudian kami pun bersiap-siap. Selesai sahaja kami terus membuat sound check dengan lagu Dag Dig Dug. Jam 11.00 pagi kami memulakan acara makan. Belum semua lauk pauk dihidangkan namun kami teruskan juga untuk mengalas perut sebelum memulakan persembahan.
Jam 11.45 pagi kami memulakan persembahan dengan lagu Dag Dig Dug dan berhenti dengan lagu A Thousand Years kemudian menuju ke bahagian hadapan dewan untuk menanti mempelai tiba. Sempat juga makan apam balik. Jam 1.10 minit petang mempelai tiba dengan diiringi mat mat motor besar. Orang yang naik moto tu tak le sado sangat pun. Yang sedang-sedang sahaja. Umur pun yang sedang-sedang sahaja, hahahahahaha. Kami iringi mempelai dengan lagu Inang Cina dan kemudian membuat persembahan di hadapan mempelai dengan lagu Bunga Rampai. Acara merenjis juga kami iringi perenjis dengan lagu Renjis Dipilis.
Sebaik sahaja acara memotong kek selesai kami pun mengundurkan diri buat sementara waktu. Wakrtu rehat selama 30 minit diberikan kepada anak-anak angklung untuk menjamuu selera sekali lagi. Jam 3.00 petang kami menghabiskan 3 sisa lagu lagi dan kemudian menutup tirai persembahan dengan bergambar bersama-sama mempelai.
No comments:
Post a Comment