Persembahan kali ini anak-anak angklung berlatih sendirian tanpa guru. Hanya menerima arahan melalui whatsapps sahaja. Cikgu CT turut membantu sepanjang kesibukkan aku minggu ini. 7.00 pagi semua hali- dah berkumpul di bilik angklung untuk mengambil alatan masing-masing. Aku arahkan Ehsan untuk membuat persiapan sistem audio bersama-sama Syafiq. Nampak ke'blu'an Syafiq dalam menjalankan arahan guru. Takpelah, first time mengikuti persembahan bersama-sama senior begitu juga dengan Adhwa.
Membuat sekali lagi raptai semasa menanti ketibaan VIP. Alhamdulillah semuanya ok dan berjalan lancar walaupun ada perubahan sedikit dibuat. Namun mereka dapat mengikkut arahan dengan baik. Sebaik-baik sahaja VIP tiba dan disambut oleh para pentadbir kami memulakan persembahan dengan lagu Bunga Rampai dan terus bergambar setelah selesai. Kami iringi beliau ke Bilik Anggerik dengan lagu Gendang 9 pula.
Berehat seketika sementara menanti VIP menjamu selera juadah ringan yang disediakan di bilik tersebut. Berposing lagi kami. Majlis pagi ini kami akhiri dengan iringan lagu Inang Cina membawa VIP ke dalam dewan. Setelah itu kami pun bersurai.
No comments:
Post a Comment