Thursday, 31 January 2019

Kelas Tarian Asas dan Solekan

Aktiviti pagi hari ini kami membuat langkah asas tarian dalam dalagu Sway dan My Heart Will Go On. Nak gelak pun ada tengok aksi anak-anak angklung tingkatan 1, namun mereka tetap mencuba. Alhamdulillah kesungguhan mereka membuahkan hasil yang baik dan bagus.



Petangnya pula, bertempat di kabin dan telah berjanji dengan Dato' Nazilah untuk kelas solekan hari ini kepada anak-anak angklung tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Produk Seri Nor keluaran Dato Nazilah sendiri. Banyak yang dipelajari oleh anak-anak angklung dalam teknik menyolek terutama untuk ahli lelaki. Ketara sungguh solekannya. Diharapkan mereka semua dapat memanafaatkan kelas ini dalam persembahan yang akan datang. Terima kasih kepada Dato' Nazilah yang sudi mengajar kami hari ini.


  


Saturday, 26 January 2019

Raikan Cinta - Majlis Perkahwinan Duo

Minggu ini kami meraikan penyatuan 4 hati iaitu pasangan Nazrin & Shida serta Farid & Shiqin, yang berlangsung pada 26 Januari 2019.  Kami sampai ke lokasi kejadian, iaitu Dewan Teratai, Seksyen 19 pada pukul 9.30 pagi. Dewan dihias begitu indah.  Kami disambut oleh Farid, iaitu pengantin sendiri.  Walau bagaimanapun, kami kena menunggu ayahanda pengantin, kerana beliau yang akan membuat keputusan, dimanakah lokasi kami nanti di dalam dewan serba indah ini.  Kami menggunakan masa senggang ini untuk ‘make up’ dan memakai aksesori. Setibanya ayahanda pengantin, kami telah mendapat briefing daripada beliau. Ok lah.

  

Persembahan kami mulakan pada jam 11.35 pagi, dan dewan semakin dipenuhi oleh tetamu.  Tepat jam 12.15, kami memberhentikan persembahan dan mula membuat persiapan untuk menyambut pengantin. Kedua pasang pengantin tiba dengan menaiki Toyota Estima pada jam 12.45. Perarakan pengantin dimulakan. Perkahwinan kali ini agak unik kerana, meraikan 2 pasang pengantin yang diiringi 2 watak adiwira iaitu Batman dan War Machine.  kanak-kanak paling gembira.


Selesai mengiringi, kami mulakan dengan memainkan lagu untuk upacara salam restu. Untuk upacara memotong kek, kami memainkan lagu Kaulah Segalanya dan kami juga memenuhi permintaan tuan rumah untuk lagu-lagu pilihan semasa upacara makan beradap.  Alhamdulillah, kami mengakhiri persembahan kami dengan lagu Poco-poco pada pukul 3.15 petang.

  






Nukilan : Siti Raxkina

Wednesday, 23 January 2019

Mari Bermain Angklung - Lagu Kanak Kanak/ Sanggar Angklung

Keluaran terhad. Anda boleh mendapatkan buku ini dari kami dengan harga yang berpatutan. Mudah digunakan dan untuk mengajar asas bermain angklung kepada kanak-kanak. Lagu-lagu yang memang sudah dikenalpasti oleh anak-anak dari generasi terdahulu hingga terkini. Hubungi kami segera.



Bengkel angklung/ Sanggar Angklung juga diadakan. Sila daftar segera di link yang kami telah sediakan di bawah.



Sunday, 20 January 2019

Walimatulurus Aqilah & Nizam


Simpol teh garden of Love hala tuju kami pagi ini untuk menghiburkan para tetamu di majlis perkahwinan Aqilah dan pasangannya Nizam. Berpandu kepada Waze untuk kesana bersama-sama Cikgu Siti Raxkina dan Pak Agos. Hanya 17 orang anak-anak angklung yang pergi hari ini disebabkan beberapa kekangan kepada yang lain. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat di Rawang walaupun sedikit cuak apabila tiba ke jalan masuk. Macam nak masuk kawasan jirat Cina. Alangkah indahnya apabila kami mula masuk ke perkarangan garden tersebut. Amat hijau sekali.

Setelah perbincangan dibuat bersama-sama tuan rumah kami memulakan persiapan dan membuat soundcheck setelah siap bersolek. Lagu Ayam Den Lapeh menjadi pilihan. Jam 11.00 pagi kami mula menjamu selera dengan hidangan biasa dalam kenduri kahwin ni. Sedap! Tapi tak boleh makan banyak. Cabaran 7 kg masih ditunggu oleh anak. Hahahahahaha......Jam 11.45 pagi kami memulakan persembahan sebaik sahaja kelihatan tetamu semakin ramai. Memulakan persembahan dengan lagu medley PM. 
  


  


Jam 12.20 tengahari kami berhenti untuk mengiringi mempelai ke pelamin. Usherer mereka besar-besar rupanya. Pukulan jidur Aimin memberitahu kepada emcee bahawa mempelai akan mula diarak oleh kami. Sebelum bergerak keluar kami mempersembahankan lagu Bunga Rampai di hadapan pengantin. Acara merenjis pengantin juga kami iringi dengan paluan jidur dan angklung. Setelah selesai mempelai turun ke meja makan dengan iringan lagu Selamat Pengantin Baru. Kami berehat seketika untuk menghormati azan Zohor.





Dua buah lagu dimainkan semula setelah berehat selama 15 minit iaitu lagu Perfect untuk pengantin memotong kek dan lagu Wanita Terbahagia sebelum kami rehat sekali lagi untuk memberi peluang kepada anak-anak angklung menikmati juadah yang ada dalam majlis ini.




Sesi terakhir kami bermula jam 2.15 petang sehingga jam 3.00 petang. Acara diteruskan dengan karaoke oleh tetamu yang dah lama menunggu untuk menyumbangkan suara masing-masing. Kami berehat untuk kali terakhir di sini sebelum bertolak pulang pada jam 3.30 petang. Cuaca hari ini banyak membantu persembahan kami...panas. Alhamdulillah. Kami sampai di sekolah dengan selamat. Dalam perjalanan kelihatan satu kemalangan yang melibatkan beberapa buah kereta menyebabkan lebuhraya menjadi sesak di sebelah sana.


Thursday, 17 January 2019

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih untuk Puan Nik Aziah Wan Kadir

Setelah berlatih selama 2 hari berturut-turut, hari ini 17 Januari 2019, kami akan meraikan Penolong Kanan Petang kami iaitu Puan Nik Aziah yang telah dinaikkan pangkat kepada Penolong Kanan HEM di SMK Seksyen 27. Syabas dah tahniah kepada beliau. Semoga akan lebih sukses lagi ditempat baharu dan jangan lupakan kami di sini.


Kami mengiringi cenderamata khas dan diserahkan kepada Puan Nik Aziah di atas pentas dan kemudian meneruskan persembahan dengan dua buah lagu iaitu Yang Terindah diikuti dengan lagu Sayonara Sayangku. Kami turut mengiring Puan Sarina mengkumandangkan sajak khas untuk Puan Nik Aziah.

  





Anak-anak murid turut sporting menyanyikan lagu Sayonara Sayangku di bait terakhir lagu. Terima kasih semua. Majlis berjalan dengan lancar walaupun hanya di sambut di dalam dewan dan hanya murid murid tingkatan 2 sahaja yang berada di dalamnya. Murid Kelas Peralihan dan 1 Cempaka turut berada di sini oleh kerana guru bertugas ada di sini juga. Tak mengapalah. Dewan muat. Kami akhiri majlis dengan lagu Pamit sambil mengiringi guru-guru beraksi depan kamera bersama-sama orang yang diraikan.




Wednesday, 16 January 2019

Persiapan Board KAW Team

Ahli-ahli sesi pagi menyiapkan board KAW Team untuk sesi 2019 nanti. Bertungkus-lumus mereka menyiapkannya dan kemudian kena buka semula sebab pertukaran board kami dari kantin ke laluan utama masuk ke sekolah pula. Tak mengapalah ya.....alhamdulillah kamu boleh mengendalikannya dengan baik. Tahniah ....cantik.




Board di kantin

Dipindahkan semula ke board no 52 dan 53

Thursday, 10 January 2019

Kelas Teori dan Amali Ambilan ke 7

10 Januari 2019 memulakan kelas teori pertama untuk anak-anak angklung ambilan ke 7 dari tingkatan 1. Kelas kali ini dikendalikan oleh Uncle Sam yang dijemput khas dari Wariseni Budaya. Seramai 25 orang ahli baharu yang hadir pada hari ini. Masih ada yang tidak dapat hadir oleh kerana aktiviti hari ini tiada di dalam tarikh yang mereka perlu hadir. Ini adalah salah satu ujian kepekaan ahli-ahli terhadap apa yang disampaikan oleh senior mereka. Nampaknya 50% peka. Tahniah kepada mereka yang memilih untuk menjadi ahli kelab ini. Semoga mereka akan lebih berjaya membawa nama kelab dan nama sekolah pada tahun 2019.

  

  

Tuesday, 1 January 2019

Selamat Tahun Baru 2019

Alhamdulillah, Kelab Angklung Wariseni masih berdiri teguh untuk meneruskan cabaran di tahun 2019. Terima kasih atas sokongan anak-anak angklung dan juga kepada ibu bapa yang menyokong kami dari belakang. Tanpa anda semua siapalah kelab ini. Memulakan aktiviti pada 1 Januari 2019 dengan makan-makan bersama-sama anak angklung. Walaupun korum tidak cukup tetapi aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya. Langkah pertama kami di tahun baharu, moga pada tahun ini kelab ini akan lebih maju jaya, cemerlang, gemilang dan terbilang. Amin....