Sunday, 20 January 2019

Walimatulurus Aqilah & Nizam


Simpol teh garden of Love hala tuju kami pagi ini untuk menghiburkan para tetamu di majlis perkahwinan Aqilah dan pasangannya Nizam. Berpandu kepada Waze untuk kesana bersama-sama Cikgu Siti Raxkina dan Pak Agos. Hanya 17 orang anak-anak angklung yang pergi hari ini disebabkan beberapa kekangan kepada yang lain. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat di Rawang walaupun sedikit cuak apabila tiba ke jalan masuk. Macam nak masuk kawasan jirat Cina. Alangkah indahnya apabila kami mula masuk ke perkarangan garden tersebut. Amat hijau sekali.

Setelah perbincangan dibuat bersama-sama tuan rumah kami memulakan persiapan dan membuat soundcheck setelah siap bersolek. Lagu Ayam Den Lapeh menjadi pilihan. Jam 11.00 pagi kami mula menjamu selera dengan hidangan biasa dalam kenduri kahwin ni. Sedap! Tapi tak boleh makan banyak. Cabaran 7 kg masih ditunggu oleh anak. Hahahahahaha......Jam 11.45 pagi kami memulakan persembahan sebaik sahaja kelihatan tetamu semakin ramai. Memulakan persembahan dengan lagu medley PM. 
  


  


Jam 12.20 tengahari kami berhenti untuk mengiringi mempelai ke pelamin. Usherer mereka besar-besar rupanya. Pukulan jidur Aimin memberitahu kepada emcee bahawa mempelai akan mula diarak oleh kami. Sebelum bergerak keluar kami mempersembahankan lagu Bunga Rampai di hadapan pengantin. Acara merenjis pengantin juga kami iringi dengan paluan jidur dan angklung. Setelah selesai mempelai turun ke meja makan dengan iringan lagu Selamat Pengantin Baru. Kami berehat seketika untuk menghormati azan Zohor.





Dua buah lagu dimainkan semula setelah berehat selama 15 minit iaitu lagu Perfect untuk pengantin memotong kek dan lagu Wanita Terbahagia sebelum kami rehat sekali lagi untuk memberi peluang kepada anak-anak angklung menikmati juadah yang ada dalam majlis ini.




Sesi terakhir kami bermula jam 2.15 petang sehingga jam 3.00 petang. Acara diteruskan dengan karaoke oleh tetamu yang dah lama menunggu untuk menyumbangkan suara masing-masing. Kami berehat untuk kali terakhir di sini sebelum bertolak pulang pada jam 3.30 petang. Cuaca hari ini banyak membantu persembahan kami...panas. Alhamdulillah. Kami sampai di sekolah dengan selamat. Dalam perjalanan kelihatan satu kemalangan yang melibatkan beberapa buah kereta menyebabkan lebuhraya menjadi sesak di sebelah sana.


No comments:

Post a Comment