Saturday, 26 January 2019

Raikan Cinta - Majlis Perkahwinan Duo

Minggu ini kami meraikan penyatuan 4 hati iaitu pasangan Nazrin & Shida serta Farid & Shiqin, yang berlangsung pada 26 Januari 2019.  Kami sampai ke lokasi kejadian, iaitu Dewan Teratai, Seksyen 19 pada pukul 9.30 pagi. Dewan dihias begitu indah.  Kami disambut oleh Farid, iaitu pengantin sendiri.  Walau bagaimanapun, kami kena menunggu ayahanda pengantin, kerana beliau yang akan membuat keputusan, dimanakah lokasi kami nanti di dalam dewan serba indah ini.  Kami menggunakan masa senggang ini untuk ‘make up’ dan memakai aksesori. Setibanya ayahanda pengantin, kami telah mendapat briefing daripada beliau. Ok lah.

  

Persembahan kami mulakan pada jam 11.35 pagi, dan dewan semakin dipenuhi oleh tetamu.  Tepat jam 12.15, kami memberhentikan persembahan dan mula membuat persiapan untuk menyambut pengantin. Kedua pasang pengantin tiba dengan menaiki Toyota Estima pada jam 12.45. Perarakan pengantin dimulakan. Perkahwinan kali ini agak unik kerana, meraikan 2 pasang pengantin yang diiringi 2 watak adiwira iaitu Batman dan War Machine.  kanak-kanak paling gembira.


Selesai mengiringi, kami mulakan dengan memainkan lagu untuk upacara salam restu. Untuk upacara memotong kek, kami memainkan lagu Kaulah Segalanya dan kami juga memenuhi permintaan tuan rumah untuk lagu-lagu pilihan semasa upacara makan beradap.  Alhamdulillah, kami mengakhiri persembahan kami dengan lagu Poco-poco pada pukul 3.15 petang.

  






Nukilan : Siti Raxkina

No comments:

Post a Comment