Saturday, 16 June 2018

Journey 2 Mersing

13 orang ahli kelab angklung termasuk Azean, Uncle Sam dan pemandu khas kami tiba di sekolah sebelum jam 11.00 pagi. Kami diberikan tugasan kerana ketiadaan guru kami pada kali ini sebagai pembimbing. Fazli dan Faris memastikan kehadiran kami mencukupi, Riezwan dan Aliff menyusun peralatan di dalam van dan memastikan peralatan mencukupi sebelum bertolak. Manakala Fitri ditugaskan sebagai jurukamera dalam misi kali ini.

  

Pada pukul 11.15 pagi perjalanan pun dimulakan dengan bacaan doa. Selepas tiga jam perjalanan, kami singgah di RnR Ayer Keroh untuk menunaikan solat Zohor dan makan. Kami menyambung perjalanan semula pada pukul 3.10 petang. Perjalanan kami menuju ke Mersing, Johor agak perlahan akibat kesesakan lalu lintas.

  

Setibanya di Mersing, kami singgah terlebih dahulu di tempat persembahan sebelum ke hotel. Ini adalah kerana Uncle Sam ingin memerhati sekitar kawasan tersebut untuk memastikan perancangan persembahan esok berjalan lancar. Kami tiba di Hotel Merlin Inn pada pukul 9.00 malam dan dijamu dengan nasi goreng USA (mana datangnya USA punya nasi goreng neh?) sebelum masuk ke dalam bilik yang disediakan untuk kami. Pada pukul 10.00 malam kesemua ahli kelab sudah berada di dalam bilik masing-masing untuk berehat. Perjalanan yanng amat panjang dan sungguh meletihkan kami hari ini selama 10 jam.

  

  


Nukilan :

Nurul Fatihan Basrun
Senior 2018

No comments:

Post a Comment