Sunday, 17 June 2018

DDay - Majlis Perkahwinan Di Mersing

Seawal jam 6.00 pagi, kami mula bersiap-siap dan menunaikan solat Subuh di bilik masing-masing. Kami turun untuk mengambil sarapan pada pukul 7.30 pagi dan terus mendaftar keluar dari bilik hotel. Pukul 9.00 pagi kami menuju ke Mersing Riesa Inn untuk membuat persembahan di sana.



  

Majlis akan dimulakan pada pukul 11.00 pagi, oleh yang demikian kami mengambil kesempatan yang ada untuk bersiap-siap. Sebelum memulakan persembahan, kami mengisi perut terlebih dahulu dan kemudian mendengar taklimat persembahan yang akan kami lakukan daripada Uncle Sam. Kami mendendangkan lagu Suasana Hari Raya yang dipopularkan oleh Anuar dan Ellina, sebagai persembahan pembukaan kemudian diikuti dengan beberapa buah lagu yang lain. Lagu yang menjadi pilihan mempelai.

  


Pasangan mempelai tiba pada pukul 2.00 petang dan kami mengiringi mereka ke dalam dewan dengan lagu Inang Cina. Sebaik sahaja mempelai duduk di singgahsana, kami mempersembahkan lagu Bunga Rampai untuk meraikan hari bahagia mereka. Selesai sahaja persembahan tersebut, kami kembali ke pentas semula untuk menghiburkan tetamu yang lain selepas bacaan doa. Sesi persembahan kami berakhir selepas memainkan beberapa buah lagu pada pukul 4.00 petang. Kumpulan nasyid popular iaitu Raihan turut sama memberi persembahan dalam majlis tersebut.



Kumpulan Nasyid Raihan
Sebelum bertolak pulang, kami menyusun peralatan ke dalam van. Perjalanan pulang kami ke Shah Alam bermula pada pukul 4.15 petang. Pergerakkan kami kali ini lebih perlahan daripada perjalanan kami ke Mersing tempohari. Pada pukul 7.30 malam, kami singgah di sebuah restoran yang terletak di Kluang. Kami disajikan dengan nasi putih berlaukkan tom yam. Kami menyambung semula perjalanan pada pukul 8.10 malam.

  

Akhirnya, kami selamat tiba di sekolah pada pukul 4.00 pagi setelah mengharungi jem selama 12 jam. Kami terus ke Bilik Angklung untuk menyimpan alatan dan pakaian sebelum pulang ke rumah masing-masing. Alhamdulillah.


Nukilan :

Nurul Fatihan Basrun
Senior KAW Team

No comments:

Post a Comment