Destinasi kami hari ini sungguh hampir dengan sekolah iaitu di Dewan Teratai, Ssekyen 19. Perjalanan hanya mengambil masa 6-7 minit dari sekolah. Tidak perlu tergesa-gesa namun kami perlu bertolak awal kerana Pak Agus ada tugasan lain menunggu pada pukul 10.30 pagi nanti. Setibanya ke dewan kuarahkan anak-anak angklung memunggah peralatan dan membuat persiapan perarakan pengantin.
Jam 11.00 pagi kami mula menikmati juadah pengantin. Rilek sahaja hari ini. Kami tidak perlu tergesa-gesa. Jam 11.30 pagi kami memulakan misi menghiburkan para tetamu yang hadir pada hari ini.
Rehat seketika sementara menanti pengantin tiba. Emcee pada hari ini sungguh mencuit hati para tetamu yang hadir dengan celotehnya yang tak kering gusi. Pabila pengantin tiba kami bersiap-siap untuk mengiringi mempelai ke meja makan beradap. Tetamu terus dihiburkan dengan alunan angklung kami diselang-seli dengan celoteh emcee. Selesai sahaja persembahan anak-anak angklung berkemas dan menikmati juadah sekali lagi dan kemudian kami bertolak pulang. Alhamdulillah aku rasa persembahan dalam majlis ini yang paling santai sekali.
No comments:
Post a Comment