Sepatutnya majlis ini diraikan pada 29 April entah mengapa dicepatkan ke hari Rabu. Tak kisahlah. Apa-apa pun kami dah bersedia. Tugas kami hari ini ringan sahaja. Hanya mengiringi VIP ke Taman Sejahtera dan meraikan perasmian taman tersebut. Awal lagi anak-anak angklung dan berkumpul di Bilik Angklung untuk mengambil angklung masing-masing. Rehearsal sekali lagi untuk memastikan anak-anak angklung ingat peranan masing-masing.
Ke dataran untuk menunjukkan laluan anak-anak angklung semasa mengiringi vip. Setelah itu, kami menanti untuk majlis dimulakan. Hari ini anak-anak angklung tingkatan 1 dan 2 sahaja yang terlibat.
7.30 pagi majlis dimulakan. Mengikut aturcara yang telah dirancang. Mengantuk juga aku pagi tu. Kulihat Fadzillah dah menongkat pipi....bosan agaknya?
Tibalah peranan kami setelah penyampaian sijil disampaikan kepada wakil koperator sekolah. Riezwan dengan bangga memukul jidur dengan mantap sementara yang lain menyahut dengan alunan angklung. Mereka diiringi hingga ke Taman Sejahtera. Dimulakan dengan alunan lagu Inang Cina dan ditutup dengan lagu Gendang 9 yang kami kenali dengan tajuk Angklung Sambutan. Terima kasih Koperasi SMKTSM kerana menjemput kami sama untuk memeriahkan lagi majlis anda.
No comments:
Post a Comment