Tahun ini juga pertama kali diadakan ujian lisan dan bertulis kepada anak-anak angklung tingkatan 2 yang bakal menerima Sijil Cemerlang/Graduasi dalam angklung. Ujian ini telah diadakan di Rumah Hijau dan Uncle Sam sendiri yang mengendalikan ujian tersebut.
Kali kedua kami mengadakan majlis ini. Tahun lepas bersama-sama Bonda Norlila yang merupakan pelopor sambutan. Seharian Jumaat kami berkumpul di dewan membuat persiapan akhir.
Jemputan VIP kami di saat akhir , Encik Alexander Thomas iaitu Naib Yang Dipertua PIBG sekolah. Majlis dimulakan sebaik sahaja beliau hadir bersama-sama dengan Uncle Sam. Diiringi Puan Nuriham, Puan Nik Aziah, Cik Lai Yok Ying beserta Pual Elsa, mereka dibawa masuk ke dalam dewan dengan paluan jidur dan alunan angklung.
Dimulai dengan bacaan sajak oleh Aina iaitu mantan ahli kelab dan diteruskan dengan alunan angklung solo secara duet oleh Fazli dan Alif di atas pentas.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu negaraku dan bacaan doa oleh Amir. Emcee kali ini dipegang oleh Azizah Yasmin dan Aina. Puan Nuriham selaku Penolong Kanan Kokurikulum memberikan ucapan dan terus merasmikan majlis kami pada hari ini.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada ahli tingkatan 1, 2, 3, 4 dan lima. Diakhiri dengan penyampaian anugerah khas. Tahun ini Muhamad Alif Haiqal dan Muhammad Ariff menggenggam sijil dan plaq anugerah.
Menutup tirai majlis, kesemua ahli kelab membuat persembahan yang ditandingkan dalam pertandingan di MSU yang lalu.
Setelah bregambar kami semua menikmati jamuan ringan dan berkesempatan untuk meraikan hari lahir anak-anak angklung dari bulan Januari hingga April. Tidak lupa hari lahir Uncle Sam.
No comments:
Post a Comment