Monday, 22 September 2014

Ekspo Pengantin 2014 - SACC

21 September Kelab Angklung Wariseni berkesempatan untuk membuat promosi di SACC atas nama Butik Pengantin Casa Cinta yang menggunakan perkhidmatan angklung sebagai pengiring pengantin menggantikan kompang. Jam 5.00 petang bertolak ke SACC bersama-sama dengan van Pak Ariffin yang setia membawa kami ke mana sahaja. Terus menyiapkan diri apabila tiba di SACC dan kemudian membuat sound check. Orang ramai sudah sedia menanti dan duduk semasa kami membuat sound check. Jam 6.20 petang kami membuat gimik mengiringi pengantin kecil ke pentas. 






Selesai gimik kami pun memulakan persembahan. Kesemua lagu yang didendangkan berkaitan dengan ekspo...mengenai perkahwinan dan kasih sayang.






Sebaik sahaja selesai kami pun berkemas untuk pulang. bergegas ke restoran untuk mengambil makanan dan minuman untuk anak-anak angklungku. Terima kasih semua kerana memberikan kerjasama yang baik di sana.

Wednesday, 17 September 2014

Majlis Perkahwinan di Grand Ballroom

14 September...kami ada event di Grand Ballroom Hotel Flamingo Ampang, Kuala Lumpur. Berbekalkan 14 orang anak-anak angklung yang ku sendatkkan dalam 1 van sementara 4 orang lagi dalam keretaku.  Pukul 4.30 petang kami tiba di Flamingo setelah bersiar-siar satu round sebab salah masuk lorong.

Kami terus memunggah barang-barang dan menuju ke Ballroom. Setelah barang diletakkan maka kami memulakan rehearsal mengikut arahan Uncle Sam.



Berehat seketika di tepi tasik sementara menunggu makanan tiba. Berposing lagi.


Pukul 6.00 petang kami masuk semula dan menikmati makan malam kami. Nasi lemak dan ayam goreng bersama dengan kuih-muih. Sedap! Thank you Uncle Sam.


Selesai makan kami bersiap-siap untuk memulakan persembahan. Leceh juga nak menyiapkan busana pemain angklung lelaki ni. Dari tadi tak siap-siap. Nasib baik Amira ada untuk menguruskan pemain angklung perempuan. Kami menanti di tingkat atas dan berposing lagi.



8.30 malam pengantin pun tiba dan majlis dimulakan dengan tiupan tetuang sebanyak 3 kali. Kemudian disambut dengan alunan angklung mengiringi pengantin masuk ke dewan.




Selawat disenandungkan dan kami bergerak keluar setelah selesai. Terus ke belakang pentas bersedia untuk persembahan seterusnya. Persembahan diselang-selikan dengan caklempong dan tarian. Kami mendendangkan 2 buah lagu sahaja iaitu Bunga Rampai dan Getaran Jiwa pada malam ini. Tahniah anak-anak angklung. Persembahan yang agak menarik.


Saturday, 13 September 2014

Siaran Ulangan Rancangan Tiada Lama Tiada Baharu

Ulang tayang rakaman rancangan Tiada Lama Tiada baharu di TV 2 pada 12 September 2014 pada pukul 3.30 petang, akhirnya dapat ditonton. Itu pun nasib baik anak angklung rakamkan. kalau tidak melepas lagi. So...inilah dia persembahan kami bersama band dengan lagu Anak Kampung.


Saturday, 6 September 2014

Majlis Persaraan

Banyak betul halangan yang perlu aku lalui sebelum dapat bertolak ke Putrajaya dengan tenang petang Jumaat ini. Sabarlah wahai hati...pujuklah diri sendiri..insyAllah Maha Mengetahui. Setelah semuanya berkumpul kami pun memulakan perjalanan ke Putrajaya.  Setibanya di belakang hotel...didapati perubahan besar berlaku di pekarangan belakang hotel. Dahulunya ia merupakan sebuah kawasan lapang. Tetapi sudah didirikin sebuah khemah putih yang gah di tengahnya.

Uncle Sam telah menanti kami dan membawa kami ke Bilik Mesyuarat 2 untuk meletakkan barang-barang. Kemudian beliau mula menunjukkan tempat di mana kami patut berada semasa pesara berjalan nanti. Setelah itu kami kembali semula ke bilik. Sekali lagi kami dipanggil untuk membuat rehearsal. Kami memainkan sebuah lagu. Alhamdulillah dalam samar-samar nampak juga skor yang dicatatkan atas sekeping kad. Kembali semula ke bilik dan saat berposing bermula.




Penat guling sana, usik sini.....goyang angklung sikit....kesejukkan...Uncle Sam memanggil kami untuk makan malam. Yes...saat yang ditunggu-tunggu. Memang lapar pun setelah penat melayan kerenah orang kat sekolah tadi. Tekak pun terasa kering sesangat ni.



Kembali semula ke bilik....guling-guling lagi...ke tandas beberapa kali....berlegar-legar di kaki lima....kesejukkan....melihat gelagat penyanyi cilik...berposing...sampai dah tak tahu apa nak buat...tak start-start juga majlisnya.



Uncle Sam masuk....ingatkan nak mula rupa-rupanya nak soh kami berposing.


Akhirnya saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Kami bergegas ke depan dan bersedia mengiringi dua orang pesara ke Dewan Keraian. Iringan angklung berjalan lancar hingga tetamu duduk di tempatnya.





Kemudian kami bersedia untuk menghiburkan tetamu dengan lagu kedua iaitu Sway dan lagu ketiga kami Getaran Jiwa. Alhamdulillah semua persembahan berjalan lancar. Terbaiklah anak-anak angklung!