14 September...kami ada event di Grand Ballroom Hotel Flamingo Ampang, Kuala Lumpur. Berbekalkan 14 orang anak-anak angklung yang ku sendatkkan dalam 1 van sementara 4 orang lagi dalam keretaku. Pukul 4.30 petang kami tiba di Flamingo setelah bersiar-siar satu round sebab salah masuk lorong.
Kami terus memunggah barang-barang dan menuju ke Ballroom. Setelah barang diletakkan maka kami memulakan rehearsal mengikut arahan Uncle Sam.
Berehat seketika di tepi tasik sementara menunggu makanan tiba. Berposing lagi.
Pukul 6.00 petang kami masuk semula dan menikmati makan malam kami. Nasi lemak dan ayam goreng bersama dengan kuih-muih. Sedap! Thank you Uncle Sam.
Selesai makan kami bersiap-siap untuk memulakan persembahan. Leceh juga nak menyiapkan busana pemain angklung lelaki ni. Dari tadi tak siap-siap. Nasib baik Amira ada untuk menguruskan pemain angklung perempuan. Kami menanti di tingkat atas dan berposing lagi.
8.30 malam pengantin pun tiba dan majlis dimulakan dengan tiupan tetuang sebanyak 3 kali. Kemudian disambut dengan alunan angklung mengiringi pengantin masuk ke dewan.
Selawat disenandungkan dan kami bergerak keluar setelah selesai. Terus ke belakang pentas bersedia untuk persembahan seterusnya. Persembahan diselang-selikan dengan caklempong dan tarian. Kami mendendangkan 2 buah lagu sahaja iaitu Bunga Rampai dan Getaran Jiwa pada malam ini. Tahniah anak-anak angklung. Persembahan yang agak menarik.
No comments:
Post a Comment