Banyak betul halangan yang perlu aku lalui sebelum dapat bertolak ke Putrajaya dengan tenang petang Jumaat ini. Sabarlah wahai hati...pujuklah diri sendiri..insyAllah Maha Mengetahui. Setelah semuanya berkumpul kami pun memulakan perjalanan ke Putrajaya. Setibanya di belakang hotel...didapati perubahan besar berlaku di pekarangan belakang hotel. Dahulunya ia merupakan sebuah kawasan lapang. Tetapi sudah didirikin sebuah khemah putih yang gah di tengahnya.
Uncle Sam telah menanti kami dan membawa kami ke Bilik Mesyuarat 2 untuk meletakkan barang-barang. Kemudian beliau mula menunjukkan tempat di mana kami patut berada semasa pesara berjalan nanti. Setelah itu kami kembali semula ke bilik. Sekali lagi kami dipanggil untuk membuat rehearsal. Kami memainkan sebuah lagu. Alhamdulillah dalam samar-samar nampak juga skor yang dicatatkan atas sekeping kad. Kembali semula ke bilik dan saat berposing bermula.
Penat guling sana, usik sini.....goyang angklung sikit....kesejukkan...Uncle Sam memanggil kami untuk makan malam. Yes...saat yang ditunggu-tunggu. Memang lapar pun setelah penat melayan kerenah orang kat sekolah tadi. Tekak pun terasa kering sesangat ni.
Kembali semula ke bilik....guling-guling lagi...ke tandas beberapa kali....berlegar-legar di kaki lima....kesejukkan....melihat gelagat penyanyi cilik...berposing...sampai dah tak tahu apa nak buat...tak start-start juga majlisnya.
Uncle Sam masuk....ingatkan nak mula rupa-rupanya nak soh kami berposing.
Akhirnya saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Kami bergegas ke depan dan bersedia mengiringi dua orang pesara ke Dewan Keraian. Iringan angklung berjalan lancar hingga tetamu duduk di tempatnya.
Kemudian kami bersedia untuk menghiburkan tetamu dengan lagu kedua iaitu Sway dan lagu ketiga kami Getaran Jiwa. Alhamdulillah semua persembahan berjalan lancar. Terbaiklah anak-anak angklung!
Kemudian kami bersedia untuk menghiburkan tetamu dengan lagu kedua iaitu Sway dan lagu ketiga kami Getaran Jiwa. Alhamdulillah semua persembahan berjalan lancar. Terbaiklah anak-anak angklung!
No comments:
Post a Comment