Adhoc...persembahan mengejut di Komplek PKNS Shah Alam pada 19 Oktober 2013. Anak-anak anglung ku arahkan ke sana dan Uncle Sam akan menunggu mereka. Aku kembali semula ke majllis hi-tea KJM. Hatiku rasa tak sedap pula meningglkan mereka sendirian. Setelah bahagianku selesai di SACC, aku pun bergerak ke PKNS. Nasib memang baik, mereka baharu sahaja nak memulakan persembahan.
Dari perbualan MC dengan Arham, tujuh buah lagu akan didendangkan. Mak aii....banyaknya. Takpe..promosi! Sambutan memang menggalakkan! Tak sangka.
Perfect pulak bebudak ni main hari ini. Syabas...walaupun tak dirancang dapat memberikan persembahan yang terbaik. Sebelum balik, sempat mereka bergambar dengan.....
Janji dimenterai dengan anak-anak angklung. 19 Oktober 2013 tepat jam 12.30 tengahari akan bertolak ke SACC untuk satu persembahan sekolah. Van Encik Ariffin tiba tepat pada waktunya. Ku biarkan van mendahului ke SACC. Barang-barang dipunggah di hadapan SACC....Arham menguruskan anak-anak buahnya sementara aku memakirkan kereta di bahagian basement SACC.
Pandai pulak dema uruskan dan mencari tempat. Terus ku arah anak-anak angklung menyusun alatan di atas pentas. Setelah selesai aku menunjukkan cara-cara untuk mengiringi VIP masuk ke dalam dewan. Kemudian kami menikmati makan tengahari bersama-sama di belakang dewan.
Selesai akan kami membuat sound check dengan memainkan lagu Budi Bahasa Budaya Kita. Tak perlu mikrofon....sudah boleh dengar bunyi angklung. Bagus juga dewan ni.Kemudian kami bersedia di luar dewan. Apa lagi...pantang diberi kamera, habis digayakannya.
Pukul 2.30 petang, Puan Safrina mengarahkan kami untuk bersiap sedia .....maka sekali lagi alunan Inang Cina bergema di dewan SACC ini.
Terus ke belakang pentas sebaik sahaja selesai mengiringi VIP. Bersiap untuk persembahan seterusnya. Empat buah lagu akan didendangkan. Semoga mereka semua terhibur. Sebaik sahaja perasmian majlis kami pun dijemput keluar.
Hari ini kami dapat bergambar dengan ayahanda.....sudah merata kami pergi...sudah pelbagai VIP kami dah bergambar...baharu hari ini kami dapat bersama ayahanda. Thank you ayahanda!
Anak-anak angklung membawa semua alatan turun dan mereka diminta untuk terus ke Komplek PKNS untuk satu persembahan yang telah diaturkan oleh Uncle Sam secara mengejut!
18 Oktober 2013, jam 6.30 pagi semua aak-anak angklung diminta berkumpul di sekolah....tetapi jam 7.00 pagi baru boleh bertolak ke MSU oleh kerana salah seorang anak angklung tidak sedarkan diri dari tidur. Sudah terlebey tido baaaaa.....Jalan pun dah start nak jem. Walaupun jauhnya taklah sepelaung dari sekolah tetapi jalan menghala ke sana waktu-waktu begini memang tidak boleh dijangkakan.
Sampai sahaja di kawasan pakir kereta, Uncle Sam pun baharu sahaja sampai. Barang-barang terus dipunggah dan anak-anak angklung diarahkan untuk mengikut Uncle Sam. Setelah tiba dibelakang dewan maka rehearsal pun dijalankan untuk memastikan persembahan berjalan lancar.
Setelah semua mandat diberikan, kami menuju ke cafe untuk menikmati sarapan pagi. Alahai bebudak ni, jalan pun cam makan angin jer....
Mood pagi ni kurang baik.....so tak banyak yang nak dibicarakan. Selesai makan, kami kembali semula ke dewan dan mula bersiap-siap untuk persembahan.
8.45 pagi menuju ke hadapan dewan, bersedia untuk mengiringi VIP masuk ke dalam dewan. Sempat lagi posing sana sini.
Lamanya tunggu....jenuh dah kakiku...kesian anak-anak angklungku terutama yang main jidur tu. Naik bongkok dah kulihat dia memikulnya. Huh....lelaki kan kuat! 9.30 pagi...masih belum nampa bayang....akhirnya orang yang ditunggu-tunggu pun tiba. Maka bergemalah dewan dengan alunan angkung dan pukulan jidur.
Lagu Inang Cina yang dimainkan kali ini teah diubahsuai agar mudah anak-anak angklung memainkannya. Thank you to Uncle Sam....memang best! Selesai bahagian satu. Bersiap sedia untuk bahagian dua pula.
Kutinggalkan anak-anak angklung bersama dengan Uncle Sam untuk merakamkan persembahan mereka nanti. Mula-mula aku ambil pot kat tepi pentas...alahai kureng menarik plak.
Nampak pula budak-budak kolej ada kat bahagian atas tu ha....aku keluar mencari pintu masuk. Nasib baik ada seorang cikgu membantu, maka dapatlah aku naik ke atas.
Selesai sahaja upacara perasmian dan gimmick maka persembahan angklung dimulakan dengan lagu Budi Bahasa Budaya Kita. Selesai bab dua....anak-anak angklung kembali semula ke belakang. Last mission akan dimulakan apabila sidang pertama selesai. Tiga buah lagu dimainkan iaitu Getaran Jiwa, Sway dan Anak Kampung. Tergoyang-goyang kaki VIP kat atas pentas tu.
Terbaekkk....persembahan aank-anak angklungku....Syabas. Tapi jangan riak, masih banyak kelemahan yang kita tidak nampak. Teruskan dengan latihan dan berusaha untuk tingatkan kualiti persembahan. Hidup angklung....hidup SMK Taman Sri Muda. Kita dah tunjukkan pada mereka semua!
8 Oktober 2013, kami membuat persembahan di satu majlis makan malam di Hotel Shangri-La Putrajaya yang bertemakan Pasar Malam.....oppps, pasar malam ada persembahan angklung di Malaysia? Oh la la......4.30 petang bertolak ke Putrajaya bersama Pak Ariffin, pemandu setia kami. Jalan taklah jem waktu ni, bolehlah tahan menghala ke sana. Sampai di Putrajaya kami memakirkan kereta di tempat yang paling khas....takut kena saman jer ni. Paling best coz nak angkat barang-barang dekat sangat. Seperti biasa aksi posing dilakukan selepas berkemas.
Elok nak gi lepak kat taman...Uncle Sam panggil lak soh susun stand atas stage. Ingatkan buat persembahan di luar tanpa pentas...mereka sediakan pula.
Kemudian anak-anak angklung pun disusun untuk mendapatkan keselesaan dan buat sound check.
Lepak lagi.....kemudian masuk ke dalam untuk menikmati makan malam secaa bufet. Best!
Anak-anak angklung yang dibawa hari ini seramai 14 orang....memakai pakaian seragam yang baru. Cantik!
Selepas makan Uncle Sam memanggil anak-anak angklung untuk memulaka persembahan.
Beberapa lagu dimainkan kemudian berhenti rehat sebentar. Tempat kami digantikan oleh Nazeer, pemain keyboard, harmonika dan pakar miming dari India. Pernah buat rekod memainkan keyboard menggunakan hembusan mulut selama 101 jam (400 buah lagu kalau tak silap).
Kemudian kami menyambung semula tugaasan kami setelah makan dan makan lagi di meja makan tadi.
Fuh....nasib baik duduk...malam ni kami mainkan 20 buah lagu youuu.....syabas anak-anak angklung! Keep it up, jangan banyak main-main atas pentas sewaktu persembahan. Fokus paling utama agar tidak berlaku kesilapan next time. Sebelum menyimpan alatan, tetamu dipanggil untuk mencuba menggoyangkan angklung.
Sempat juga bergambar dengan Nazeer sebelum pulang juga bersama tetamu hotel.
Terima kasih kepada semua....all the best dari kowang!
Hari ini, latihan yang entah ke berapa kali dibuat untuk anak-anak angklung form 1. Dua buah lagu baru diajarkan kepada mereka...masih banyak kelemahan, namun not bad. Tahniah kepada yang hadir dan komitmen yang diberikan. Tingkatkan usaha dan latihan supaya mencapai tahap seperti senior-senior kamu malah lebih baik lagi.