Janji dimenterai dengan anak-anak angklung. 19 Oktober 2013 tepat jam 12.30 tengahari akan bertolak ke SACC untuk satu persembahan sekolah. Van Encik Ariffin tiba tepat pada waktunya. Ku biarkan van mendahului ke SACC. Barang-barang dipunggah di hadapan SACC....Arham menguruskan anak-anak buahnya sementara aku memakirkan kereta di bahagian basement SACC.
Pandai pulak dema uruskan dan mencari tempat. Terus ku arah anak-anak angklung menyusun alatan di atas pentas. Setelah selesai aku menunjukkan cara-cara untuk mengiringi VIP masuk ke dalam dewan. Kemudian kami menikmati makan tengahari bersama-sama di belakang dewan.
Selesai akan kami membuat sound check dengan memainkan lagu Budi Bahasa Budaya Kita. Tak perlu mikrofon....sudah boleh dengar bunyi angklung. Bagus juga dewan ni.Kemudian kami bersedia di luar dewan. Apa lagi...pantang diberi kamera, habis digayakannya.
Pukul 2.30 petang, Puan Safrina mengarahkan kami untuk bersiap sedia .....maka sekali lagi alunan Inang Cina bergema di dewan SACC ini.
Terus ke belakang pentas sebaik sahaja selesai mengiringi VIP. Bersiap untuk persembahan seterusnya. Empat buah lagu akan didendangkan. Semoga mereka semua terhibur. Sebaik sahaja perasmian majlis kami pun dijemput keluar.
Hari ini kami dapat bergambar dengan ayahanda.....sudah merata kami pergi...sudah pelbagai VIP kami dah bergambar...baharu hari ini kami dapat bersama ayahanda. Thank you ayahanda!
Anak-anak angklung membawa semua alatan turun dan mereka diminta untuk terus ke Komplek PKNS untuk satu persembahan yang telah diaturkan oleh Uncle Sam secara mengejut!
No comments:
Post a Comment