8 Oktober 2013, kami membuat persembahan di satu majlis makan malam di Hotel Shangri-La Putrajaya yang bertemakan Pasar Malam.....oppps, pasar malam ada persembahan angklung di Malaysia? Oh la la......4.30 petang bertolak ke Putrajaya bersama Pak Ariffin, pemandu setia kami. Jalan taklah jem waktu ni, bolehlah tahan menghala ke sana. Sampai di Putrajaya kami memakirkan kereta di tempat yang paling khas....takut kena saman jer ni. Paling best coz nak angkat barang-barang dekat sangat. Seperti biasa aksi posing dilakukan selepas berkemas.
Elok nak gi lepak kat taman...Uncle Sam panggil lak soh susun stand atas stage. Ingatkan buat persembahan di luar tanpa pentas...mereka sediakan pula.
Kemudian anak-anak angklung pun disusun untuk mendapatkan keselesaan dan buat sound check.
Lepak lagi.....kemudian masuk ke dalam untuk menikmati makan malam secaa bufet. Best!
Anak-anak angklung yang dibawa hari ini seramai 14 orang....memakai pakaian seragam yang baru. Cantik!
Selepas makan Uncle Sam memanggil anak-anak angklung untuk memulaka persembahan.
Beberapa lagu dimainkan kemudian berhenti rehat sebentar. Tempat kami digantikan oleh Nazeer, pemain keyboard, harmonika dan pakar miming dari India. Pernah buat rekod memainkan keyboard menggunakan hembusan mulut selama 101 jam (400 buah lagu kalau tak silap).
Kemudian kami menyambung semula tugaasan kami setelah makan dan makan lagi di meja makan tadi.
Fuh....nasib baik duduk...malam ni kami mainkan 20 buah lagu youuu.....syabas anak-anak angklung! Keep it up, jangan banyak main-main atas pentas sewaktu persembahan. Fokus paling utama agar tidak berlaku kesilapan next time. Sebelum menyimpan alatan, tetamu dipanggil untuk mencuba menggoyangkan angklung.
Sempat juga bergambar dengan Nazeer sebelum pulang juga bersama tetamu hotel.
Terima kasih kepada semua....all the best dari kowang!
No comments:
Post a Comment