Saturday, 30 June 2012

Jaya Jusco Bukit Raja

Mendapat panggilan dari bos.....hendak membawa kami ke Jusco Bukit Raja untuk diperkenalkan kepada Jabatan Kebudayaan Negeri Selangor. Puan Mahani dimaklumkan tentang perkara tersebut dan beliau bersetuju dan berpesan agar perjalanan diuruskan untuk keselamatan anak-anak murid. Cikgu garu kepala lagi. Mentol menyala tiba-tiba atas kepala.....ya, mak Hakim. Alhamdulillah beliau bersetuju membantu kami untuk ke sana.

Jam 3.15 petang, 29 Jun 2012 kami bertolak dari sekolah dengan menaiki kenderaan cikgu Malisa, cikgu Norazlena dan emak Hakim. Ini merupakan persembahan kami di akhir bulan Jun, berlaku di Jusco. Lagu-lagu yang dimainkan hanya melibatkan penggunaan minus one sahaja....so hanya 4 lagu yang akan didendangkan.

Jam 3.40 kami tiba dilobi Jusco. Pentas telah tersedia. Staf pementasan telah memberikan sedikit maklumat dan kami melepaskan anak-anak buat sementara di Jusco dan mengarahkan mereka untuk berkumpul semula pada pukul 4.30 untuk membuat sound check.

Cikgu? makan dulu di McDonald. Layan tekak sekejap. Angeline dan Hanim tiba menghulurkan leher....hahahaha diarahkan untuk mengambil angklung dalam kereta. 4.30 petang semua telah berkumpul di tengah lobi Jusco. Erm...ada benda yang menjadi tarikan mereka sementara menanti.




Tak lama kemudian boss memanggil kami untuk membuat sedikit latihan, sound check dan susunan di atas pentas.


Ok ok...good one!
Mereka terus menyambung aktiviti melukis dan bermain selepas latihan. Cikgu ambil kesempatan bergambar dengan daddy baru sementara cikgu Malisa mendodoikan anaknya yang sedang mengantuk.




Debaran agak kurang kali ni....pelik juga. Hohohohohoho....rupanya ada bala nak menimpa. Tengah depa bersedia untuk memainkan lagu Bengawan Solo tup tup...lagu klasik yang kedengaran. gelabah depa tukar skrip lagu. Huhuhu, haru biru aku tengok Aqashah yang jatuh kertasnya dua tiga kali. Pulak tu Yaswan berdiri tegak cam patung tak main angklung, Aqashah mula syok sendiri. Bercakap masa bermain pastu tu goyang tak sama dengan orang lain. Hampeh! Apa-apa pun terima sajalah. Buat post mortem after show ni. Bala pagi tadi berlarut hingga ke petang gamaknya.


Klip-klip persembahan akan diupload. Jadi tunggu ya. Log out!

                                                               Shanghai Beach



UiTM Puncak Alam

Mendapat pesanan ringkas dari Encik Syukri di UiTM Shah Alam bertanyakan tentang angklung. Tertanya-tanya di mana agaknya beliau mendapat tahu tentang kelab ini. Maka sms dibalas dan terus bertanya dari mana mendapat maklumat tentang kelab angklung SMK Taman Sri Muda. Ahhhhh......dari blog ini rupanya. Bergunakan juga kan.

Setelah bertukar-tukar sms maka persetujuan telah dicapai dan kami akan membuat persembahan makan malam di Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Puncak Alam pada 26 Jun 2012 ini. Persembahan selama setengah jam. Pertama kali kami akan membuat persembahan yang agak panjang tanpa henti. Latihan diteruskan pada hari Ahad walaupun kami baru saja turun dari Bukit Fraser Sabtu lalu.

Petang Selasa 26 Jun 2012, jam 6.15 petang kenderaan untuk membawa kami pun tiba. Alatan dipunggah masuk ke dalam kenderaan tersebut dan kami dibawa ke UiTM Puncak Alam. Pertama kali ke sana walaupun lalu dipersimpangan ke sana banyak kali. Azan Maghrib berkumandang sewaktu kami tiba di kawasan parkir kereta. Barang-barang pun dibawa turun dan kami dibawa ke tempat persembahan.


Setelah melihat persekitaran dan menyusun alatan di atas pentas kami pun menunaikan solat maghrib dan kemudian berkumpul semula untuk mendengar sedikit taklimat tentang etika di dalam majlis formal. Pengalaman untuk anak-anak angklung ini.


Apalah yang cikgu bebel ni......ish!
Tepat jam 8.00 malam kami bergerak ke tempat persembahan. Sempat bergambar. Macho dan manis sungguh anak-anak mama ni. Bangga sekejap.


Vest kami yang siap disulam dengan logo kelab dan penaja
'Sound check' sebelum memulakan persembahan dilakukan. Masing-masing mengambil angklung dan bersiap di tempat yang telah ditetapkan. Agak sempit sedikit pentas yang disediakan namun bukan menjadi halangan kepada ahli kelab untuk memberikan persembahan yang terbaik.




Selepas itu kami berehat seketika di luar  dan kemudian masuk semula untuk menikmati makan malam sebelum persembahan.





Kami berhenti menjamu selera buat seketika kerana giliran kami untuk membuat persembahan akan diberitahu nanti. Debaran makin terasa. Ya...pertama kali akan memainkan sepuluh lagu tanpa henti. Lagu-lagu yang akan dimainkan ialah Wau Bulan, Gelang Sipaku Gelang, Anak Ayam, Jinkli Nona, Kuda Hitam, Anak Kampung, Shanghai Beach, Bengawan Solo, Yek Liang dan Kenanganku. Angklung digenggam erat dan arahan diberikan. Maka bermulalah persembahan kami.




Semasa memainkan lagu Shanghai Beach kami mendapat tepukan yang gemuruh. Rupa-rupanya mereka sukakan lagu ini......patutlah. Apabila lagu kelapan dimainkan Encik Syukri memberikan 'sign' untuk memainkan lagu yang terakhir. Maka ahli kelab diarahkan terus ke lagu terakhir Kenanganku. Walaupun di awal lagu, Nizam kita melakukan sedikit kesilapan tetapi tidak mematahkan semangat pemain lain dan terus memberikan persembahan yang terbaik. Tahniah kepada mereka!

Ahli kelab menyambung aktiviti menjamu selera semula setelah selesai persembahan. Semasa makan cabutan bertuah dilakukan dan beberapa ahli kelab bernasib baik mendapat nombor yang bertuah. Setelah semuanya selesai maka sesi bergambar dijalankan.





Berkemas untuk pulang, angklung dikumpulkan. Semua peralatan dibawa keluar sementara menanti DJ meng'copy' CD minus one kami. Eh....ada tetamu dari luar ingin cuba memainkan angklung kami. Ya...seni warisan tradisional...memang menjadi tarikan pelancong.






Pukul 10.45 malam kami mula beredar ke kenderaan yang akan membawa kami pulang. jam 11.30 malam kami tiba di sekolah dengan penuh keletihan tetapi amat gembira. Setelah anak-anak semua dipastikan selamat pulang, cikgu pun beransur pulang ke rumah. terima kasih anak-anak atas persembahan tadi.

Thursday, 28 June 2012

Bukit Fraser II

Jam 5.00 pagi dikejutkan bunyi alarm dari hanphone budak-budak ni. Ish.....tido kat luar tapi handphone kat dalam bilik. Macam mana nak dengar. Nak off...tak off off, asyik snooze jer.Kacau betul la handphone ni! Udahnya bangun dan mandi. Jam 6.00 pagi mula mengejutkan anak-anak 16 orang ni tuk bangun dan mandi. Fuh menanti Yasmin keluar bilik air setengah jam! Nasib baik dia bangun dan masuk awal ke bilik air. Kalau tidak......Setelah bersiap, keluar mengambil udara pagi sementara menanti anak-anak berebut-rebut untuk bersiap.




Sementara menanti ahli-ahli lain bersiap....layan tekak masing-masing dengan makanan yang ada sambil menonton tv. Sempat juga bergambar ramai-ramai sebelum menyalin pakaian persembahan.




8.30 pagi bos kami nak datang untuk membawa angklung ke tempat persembahan. Kami pun bersiap dengan persalinan yang disediakan. Lalu kami pun menanti bos di tempat letak kereta dan selepas memunggah angklung ke dalam kereta bos, kami pun mencari sebuah restoran untuk bersarapan pagi. Senaman pagi....berjalan turun ke kedai makan.

Anak-anak bersiap nak ke sekolah


Sinilah aku nak gi....

Boss of the day

Hoi nasi lemak.....hoi teh tarik....

Bersarapan sama-sama for the first time

Selesai bersarapan kami pun beredar menuju ke pekan Fraser. Gerai-gerai sudah mula dibuka. Kami pun duduk menanti di tepi kaki lima menunggu arahan seterusnya dari boss. Tak lama kemudian kami diminta untuk memulakan latihan di belakang pentas.
'Skema' nyer!

Kemudian kami berpeluang untuk melihat persekitaran pekan di siang hari. Pernah dengar perkataan "sewang"? Kali ini anak-anak dapat melihat depan mata tarian sewang ditarikan oleh murid-murid SK Batu 2, Karak.



Cikgu sibuk melihat tarian sewang sementara boss sibuk menyusun anak buah di mercu tanda Bukit Fraser. Hahahahaa......sorry boss! Teruja dengan perkara baru.



Lama juga kami bersantai di mercu tanda ni....sempat juga memainkan alatan muzik tarian sewang. Anak-anak...siapa yang ambil gambar tu, poslah kat chekgu ya. Mahal gambar tu. Boleh masuk dalam blog ni.



Sedang sibuk melayani aktiviti yang berlaku boss panggil kami sekali lagi untuk menyusun kedudukan kami di hadapan pentas.

Korang jangan pegi mana-mana nanti daddy sumpah jadi anak katak!


Pentas
Diberitahu persembahan  kami akan bermula pada pukul 12.00 tengahari. Lama lagi tu.....sekarang baru pukul 10.30 pagi. Maka dengan muka toye kami menghala ke restoran asam pedas untuk membasah tekak kami yang kering tak kering ni. Yasmin Nimsay selaku pengacara majlis tak tahu diam memulakan aktiviti mengacara majlis minum pagi ni. Tunggu...rakaman akan diupload nanti untuk tontonan semua dan akan dimasukkan ke dalam rancangan TV Nimsay Spontan di TV Yasmin.




Dah minum nak membuang pula.....ini lumrah. Kami pun beramai-ramai menuju ke tandas. Eh...eh...bertembung dengan kumpulan penari murid-murid asli tadi...sudah berpakaian cantik. Moh kita bergambar lagi!

Bersama cikgu Zamani

Cute kan?
Sesudah membuat rombongan Cik Kiah ke bilik air, kami pun duduk menanti YB Ng Yen Yen tiba dan membuat latihan sekali lagi bersama pemain angklung solo. Tidak berapa lama kemudian maka tibalah orang-yang dinanti-nantikan sejak pagi lagi tadi. Sebaik sahaja angklung solo memainkan lagu Kitaro, maka pemain angklung wariseni mula bergerak ke posisi masing-masing di hadapan pentas untuk memainkan lagu khas untuk YB Ng Yen Yen iaitu YeK Liang Tai Piau Wo Te Sin. Tak sangka YB turut sama menyanyikan lagu bersama-sama ayunan angklung ahli kelab. Memang sesuai sangat lagu ni untuk beliau.






Hanya sebuah lagu yang didendangkan untuk YB, namun amat berbaloi sekali kerana ia menjadi nyanyian YB. Setelah selesai, ahli kelab mengundurkan diri ke belakang pentas. Boss meminta kami bersedia untuk bergambar dengan YB selepas YB selesai menjamu selera. Sementara menanti, PA YB berjumpa dengan guru penasihat untuk mendapatkan maklumat kelab. Mereka bercadang untuk mengundang kami bermain angklung di KLCC anjuran Tourism Malaysia. Yes!

Bangga dengan persembahan yang diberi

Malaysia.....boleh! Angklung.....the best!

Dapat salam dengan YB yeh yeh
Setelah sesi bergambar selesai, kami pun mula beredar ke apartment untuk berkemas pulang. Berjalan sekali lagi naik ke atas. Senaman tengahari! Berpeluh-peluh untuk sampai ke Silverpark. Semua anak-anak sibuk memunggah barang masing-masing untuk dimuatkan ke dalam van. Kunci apartment diserahkan kepada bos dan kami mula beredar pulang ke Shah Alam.



Sekali lagi adegan muntah-muntah dan uweks...uweksss bermula. Kali ini yang tahan pun mula kalah dan uweks uweks juga kecuali chekgu and Nizam. Yes Nizam...kita berjaya harungi liku-liku ini, muahahahahahaha!(actually kan kalo seminit dua jalan berliku tu tak habis, chekgu pun nak kalah dah...shhhhh, jangan gitau orang lain). Sebaik tiba ke tanah rata, van kami berhenti untuk berehat seketika dan untuk kami menikmati makan tengahari. Walaupun muka masing-masing nampak letih dan lesu sebab muntah-muntah , namun selera mereka tidak patah!


Nak buka mata pun tak leh chekgu.....
Agak-agak tenaga mula pulih, kami pun bangun dan meneruskan perjalanan pulang. Pukul 6.30 petang kami pun tiba diperkarangan sekolah. Alhamdulillah!

Mak bapak korang ni bilo nak tibo ni eh?