Thursday, 28 June 2012

Bukit Fraser

Lama dah tak meng'update' blog ini. Banyak sangat kerja yang perlu dibereskan yang tak akan beres-beres sehingga pencen. Apa-apa pun kali ni nak cerita tentang perjalanan kami ke Bukit Fraser. Jemputan persembahan di Bukit Fraser berlaku secara mengejut. Hari Khamis 21 Jun 2012, sewaktu latihan seperti biasa jurulatih kami Encik Sam Mat Kous hadir bersama untuk melatih ahli kelab. Sebaik sahaja selesai menjalani latihan beliau memberitahu untuk membawa kami ke Bukit Fraser pada 23 Jun 2012 untuk majlis perasmian 'Bird Race'.
Ahli kelab mula teruja....cikgu? Gelabah dalam kepala untuk mencari pengangkutan dalam waktu yang terlalu dekat! Terlintas dalam kepala terus untuk memberitahu pengetua Tuan Haji Wahid tentang perkara ini. Beliau juga turut teruja walaupun kami akan hanya mempersembahkan sebuah lagu sahaja di sana nanti. Yang penting pengalaman untuk ahli-ahli kelab angklung disamping memperkenalkan kelab kepada orang ramai di sana nanti.
Setelah bertungkus-lumus mencari pengangkutan akhirnya.....mungkin rezeki kami, dapat juga akhirnya. Ahli-ahli kelab diberikan taklimat perjalanan dan pakaian yang perlu dibawa nanti. Mereka makin teruja....cikgu garu kepala! Jumaat 22 Jun 2012 jam 3.30 petang. Semua ahli telah bersiap sedia untuk bertolak ke Bukit Fraser.
Yo yo piece

Bergambar sebelum bertolak

Fraser Hills here we comes!
4.30 petang kami pun bertolak ke Bukit Fraser. Awal perjalanan sungguh mengujakan. Masing-masing mempunyai fantasi tersendiri tentang Bukit Fraser. Sebelum mendaki bukit, pemandu kami telah berhenti di sebuah restoran untuk kami mengambil makan malam.

Makan....makan...order...order

Senyum....makan dan minum
Setelah selesai, kami pun meneruskan perjalanan untuk mendaki Bukit Fraser. Di awal-awal pendakian sungguh menyeronokkan. Pemandangan sungguh cantik sekali. Kehijauan flora dan fauna. Sejuk mata memandang. Tetapi tak berapa lama kemudian van di belakang kami mula berhenti. Jeng....jeng....jeng......adegan muntah wek...wek....wek......mula dah!

Yes!Kami tak muntah

Aduh...siksanya!
Adegan muntah-muntah berlaku disepanjang jalan yang berliku-liku sehinggalah kami sampai ke destinasi pada pukul 7.30 malam. Encik Sam telah menanti kami di sana.


Beliau terus membawa ke tempat penginapan kami di Apartment Silverpark.

Tempat kami bermalam




Sempat juga kami berlatih memainkan angklung malam itu. Pukul 9.00 malam kami bersiap untuk keluar melihat sekitar Bukit Fraser dan mencari sedikit makanan untuk mengalas perut sekiranya lapar malam-malam nanti.

Diperkarangan parkir kereta Silverpark

Bergambar depan surau pun ok

Pekan Bukit Fraser
Mereka dibenarkan menjelajah pekan Fraser sehingga jam 10.00 malam. Masing-masing pun bertebaran melakukan aktiviti masing-masing. Cikgu? Menikmati teh tarik yang kureeeeeng panas! 10.15 malam kami mula beredar untuk kembali ke tempat penginapan. Berjalan turun dan naik......satu senaman yang bagus di bukit ini dengan udara yang bersih dan segar. Penat? Boleh tahan....

Gosok!
Aktiviti di apartment....menggosok pakaian untuk persembahan esok. masing-masing berebut untuk memegang sterika. Yang lepak terus lepak, ada yang berebut tv, berebut masuk bilik air, berebut nak masak air......segala-galanya berebut. Maklum...16 orang dalam satu rumah. Pengawal ada sorang...nak pengsan jaga mereka ni. Last-last, cikgu yang masuk tidur dulu. Apa nak jadi kat dia orang diserahkan kepada kakak-kakak dan abang yang ada. Zzzzzzzzzzz...........

1 comment: