Selamat pagi semua.......sepanjang malam tidak boleh lelapkan mata. Takut terlewat bangun. Setiap minit setiap detik sentiasa diperhatikan. Pukul 5.00 pagi mengejutkan rakan seperjuangan untuk turut sama bersiap ke sekolah. Jam 5.45 pagi sudah terpacak depan pagar sekolah. Pengawal keselamatan enggan pula membuka pintu pagar. Adoyai...ini akulah staf sekolah ni!
Angin bertiup kencang...diikuti dengan hujan lebat secara tiba-tiba. Habislah angklung kami akan basah disimbahi hujan pagi ini. Khairul Nizam ahli kelab paling awal tiba di sekolah dalam hujan ribut pagi ini. Dalam simbahan hujan lebat kami berebut-rebut untuk mengangkat alatan kami masuk ke dalam bas yang telah sedia menanti kami. Syukur, kami disediakan kemudahan 'coaster' oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Terima kasih diucapkan kepada pihak jabatan.
Perjalanan kami yang dirancangkan seawal pukul 6.00 pagi hanya tinggal rancangan disebabkan oleh beberapa ahli yang agak lewat dan ketinggalan maklumat waktu ke sekolah. Perasaan bimbang mula dirasai. takut terlewat sampai ke destinasi kerana jalan ke Angkasapuri memang jem teruk pada waktu pagi-pagi begini. Alhamdulillah, kami selamat sampai di pintu pagar Angkasapuri tepat jam 7.00 pagi. Jurulatih kami Encik Sam Mat Kous telah menanti kami di sana.
Setelah mengambil pas pelawat kami terpaksa menapak untuk ke studio 2 oleh kerana coaster yang kami naiki tidak boleh melepasi bumbung yang ada dipertengahan jalan. Sementara book stand dan kongga dimasukkan ke dalam kereta jurulatih kami, ahli-ahli kelab yang lain berjalan menuju ke studio 2.
Berpeluh juga untuk sampai di pintu utama studio |
Kami diiringi polis bantuan masuk ke ruang utama Wisma TV. Kagum melihatkan di bahagian dalam wisma yang pertama kali dilihat oleh semua ahli-ahli kelab.
Belum sempat sofa dipanaskan oleh kami telah dipanggil masuk ke dalam untuk melihat studio 2. Semua ahli kelab kelihatan teruja, takut, suspen.....macam-macam perasaan mula melanda. Sesampai sahaja di sana kelihatan krew-krew SPM sedang menjalankan tugas masing-masing. Kami menyusun alatan kami di atas pentas yang disediakan.
Aduh, gementarnya |
Krew SPM |
Inilah pentas kami |
Beberapa minit kemudian kami dibawa ke bilik tetamu khas untuk berehat sementara menanti giliran kami. Di samping itu ahli-ahli kelab akan di'touchup' oleh jurusolek khas. Sakit jantung kami pagi ni......pengalaman baru!
8.22 pagi kami dipanggil sekali lagi untuk ke studio 2. Giliran kami pula buat pertama kalinya dalam sejarah kumpulan angklung ini akan membuat persembahan secara langsung di hadapan jutaan penonton seluruh dunia. Setibanya di studio ahli-ahli kumpulan mengambil angklung masing-masing dan bersedia di atas pentas. Jurukamera mula memfokuskan lens mereka kepada kumpulan ini.
Lagu pertama kami Wau Bulan ke udara selama beberapa minit. Guru penasihat sibuk merakamkan sejarah ini untuk tontonan ahli kelab nanti. Pertama kali keudara, agak kaku persembahan kumpulan ini. Namun mereka dapat memainkan angklung dengan begitu baik sekali. Nizam kelihatan cukup 'skema' dengan rambutnya yang begitu rapi dan pukulan gendang yang amat 'sopan' (faham-faham sajalah.....dowwwhhhh!).
Sebaik sahaja selesai kami diperkenalkan oleh juruacara SPM kepada para penonton dan kami akan kembali semula untuk persembahan yang kedua nanti. Sekali lagi kami bergerak ke Bilik Khas untuk menanti sesi seterusnya. Setibanya di bilik sarapan pagi pun telah tersedia. Maka dengan lahapnya kumpulan ini memenuhkan perut masing-masing dengan penuh selera. Licin dan bersih! Sesi kedua merupakan sesi temuramah. Giliran Angeline pula menjadi gelabah sakan. Cikgu Malisa memberikan wasiat terakhir sebelum Angeline ditemuramah.
Panggilan kedua untuk ke studio. Angeline semakin gelabah. Cikgu-cikgu pun keluar penuh jantan betina, nyah .......... semua peluh keluarlah!
Pesanan jurukatih dan juruacara |
Senyum...tak perlu kata apa-apa |
Angeline sedang ditemuramah |
Jawapan daripada soalan-soalan yang dikemukankan oleh pengacara rancangan dapat dijawab dengan begitu baik sekali oleh Angeline. Syabas diucapkan. Pengetua sekolah Tuan Haji Wahid dari jauh menghantar pesanan ringkas mengucapkan syabas kepada kumpulan angklung SMK Taman Sri Muda dan juga kepada Angeline atas respon yang diberikan. Sebaik sahaja temubual selesai lagu Anak Ayam pula didendangkan oleh kumpulan ini.
Sekali lagi kami bergerak ke bilik tetamu yang disediakan dan keyakinan dalam diri setiap ahli semakin terserlah. Perasaan gementar mereka nampaknya semakin hilang. Cikgu-cikgu mula terasa lapar. Baru ingat nak makan. Riak wajah mula ceria dan sesi bergambar sakan pun bermula.
Wah...baru rajin tengok berita |
Panggilan ketiga untuk sesi terakhir. Ahli kumpulan melangkah dengan penuh keyakinan untuk menutup SPM pada pagi ini. Lagu terakhir Gelang Sipaku Gelang.
Setelah semuanya selesai kami pun mula mengemas alatan kami untuk pulang ke Shah Alam. Encik Ishak Osman ' driver of the day' menjadi pemandu hari bersejarah kami ini. Terima kasih kepada Encik Ishak yang sabar menanti kami dari pukul 6.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Rungutan kedengaran kerana tuntutan untuk melihat dinasour tidak dapat ditunaikan. Syarat perjanjian tidak dipenuhi maka terbatalkan segalanya. Next time....senyum, tak perlu kata apa-apa......Adalah bonus yang lain menanti anda semua. Jangan risau!
hohohoho....terbaek...!
ReplyDelete