Friday, 26 February 2016

Bazar Warisan (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia)

26 Februari 2016....mendapat jemputan ke Taman Warisan Pertanian, Putrajaya untuk persembahan angklung. Alhamdulillah...bertambah pengalaman anak-anak angklungku. Bertolak ke sana tepat jam 11.00 pagi dan tiba sebelum tengahari. Mencari Encik Najib dan bertemu dengan Cik Seha yang menguruskan bahagian persembahan. Setelah mendapat maklumat kulepaskan anak-anak angklungku menjelajah taman bersama-sama kamera. Inilah aksi mereka.





Fazli mengadu lapar. Kuberi anak-anak angklungku makan tengahari. Hari ini mereka menunaikan kewajipan di surau taman sahaja. Takut hendak kulepaskan jauh-jauh, nanti tak sampai semula ke taman tepat pada waktu. Jam 2.20 petang kuarahkan anak-anak angklungku bersiap.



Penantian.....memang telah biasa. Setelah menanti lebih kurang 4 jam maka bermulalah persembahan kami yang seadanya. PA sytem mantop! Dengar kesemua angklung anak muridku. Anak-anak Jepun pun seronok bermain bersama-sama.









Penat menanti dan bermain.....makan time. Kami bedal semua. Alhamdulillah. Kenyang dan gembira kami melangkah pulang. Terima kasih Taman Warisan. Jumpa lagi.

Sunday, 21 February 2016

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2016 (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia)

Jemputan mengejut untuk mengadakan persembahan angklung dalam Majllis Sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Pendidikan Mualaf Hulu Langat pada pagi ini. Bertolak ke Kajang setelah mengemaskinikan angklung yang hendak dibawa pada pukul 9.00 pagi. Hari ini Al Fitri dapat bersama-sama kami untuk menghiburkan para jemputan. Sesampai di sana terus menghubungi Puan Khadijah oleh kerana kami tak pasti lokasinya di mana. Tetiba depan kami ada orang memakirkan keretanya lalu kuambil kesempatan dan bertanyakan lokasi persembahan. Memang tepat terjahan kami. Terus kami memunggah barang-barang dan menuju ke lokasi. Setiba di sana kami menjamu selera setelah diberikan kupon makanan.




Sementara menanti waktu persembahan, kami melayan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekeliling majlis.


Sempat juga berposing sedas dua.

Anak-anak Angklung Wariseni

Anak-anak Angklung SMK Tinggi Kajang
Setelah ucapan aluan dan perasmian, persembahan tarian singa memulakan langkah. Seronok juga melihat telatah orang yang menggayakan patung singa tu.



Setelah itu giliran kami memulakan persembahan. Persembahan kami kali ini disertai juga oleh ahli-ahli Kelab Angklung SMK Tinggi Kajang. Memang mendapat sambutan hebat. Mereka pun tidak menyangka persembahana angklung kami sebegitu. Mendapat pujian daripada pelbagai peringkat usia malahan daripada pelajar tahfiz juga.Para VIP turut menyanyikan lagu-lagu yang kami dendangkan.






Ingatkan persembahan kami tamat selepas mengakhiri persembahan lagu Shanghai Beach. Terdapat permintaan daripada para pendengar maka kami memainkan lagu medley pula. Setelah selesai semuanya kami berkemas, Makan sekali lagi dan akhirnya mengundurkan diri daripada majlis tersebut. Terima kasih tuan rumah kerana menjemput kami.


Saturday, 20 February 2016

Mesyuarat Agong PIBG SMK Tinggi Kajang (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia)

Jam 7.00 pagi bertolak ke Kajang tanpa Al Fitri sekali lagi. Katanya ada masalah keluarga. Kuminta anak-anak angklung yang lain cover angklung Fitri. Tiba di sekolah pada pukul 7.45 pagi. Terus mengarahkan anak-anak angklung ke belakang pentas dan bersiap sedia. Menyusun atur anak-anak angklung untuk persembahan nanti. Sempat berposing-posing sebelum persembahan.



Sementara menanti pelbagai ucapan keudara...kami ke bilik bacaan asrama untuk menikmati sarapan pagi. Meehun goreng dan dua jenis kuih tempatan. Alhamdulillah. Rezeki kami di pagi Sabtu ini.


Selepas persembahan multimedia maka bermulalah persembahan sulung Kelab Angklung SMK Tinggi Kajang bersama-sama Kelab Angklung Wariseni SMK TSM. Dua buah lagu didendangkan iaitu Shanghai Beach dan Bulan DiPagar Bintang. Semuanya berjalan lancar. Kemudian rehat seketika untuk majlis penyampaian sijil. Tak lama kemudian Cikgu Zara memanggil kami untuk persembahan rehat. Lima buah lagu didendangkan. Bersungguh-sungguh nampaknya anak-anak angklung Kajang ini. Syabas. Sesudah ditamatkan persembahan, kami berkemas untuk pulang. Sempat menghilangkan dahaga buat seketika dan berposing lagi sebelum balik ke Shah Alam. Terima kasih kerana mengundang kami. Jangan serik ya.....









Thursday, 18 February 2016

Kolaborasi Bersama SMKT Kajang (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia)

Pagi ini bertemankan dua orang anak angklung Wariseni iaitu Alif dan Fazli aku menuju ke Kajang berpandukan Waze........teman setia di jalan raya. Perjalanan hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Jalan taklah begitu sesak. Sesampai sahaja di sekolah aku terus memakir kereta dan mencari kantin. Lapar dowh. Sarapan bersama-sama Fazli dan Alif. Makan nasi goreng dan telor goreng dadar. Sedap! Lapar punya pasal. Siap bersarapan menuju ke dewan semula dan bersedia untuk memberi tunjuk ajar pada anak-anak angklung SMKT Kajang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mereka memerlukan banyak latihan. Al-maklumlah baharu sahaja ditubuhkan. Insyallah, kumpulan ini akan bangkit di persada seni tanah air tak lama lagi. Tahniah!







Thursday, 11 February 2016

Siri Jelajah Angklung 1Malaysia : Pasar Payang dan Taman Tamadun Islam

Hari terakhir jelajahan angklung di Pantai Timur. Bangun pagi dan bersiap-siap untuk ke Pasar Payang untuk membeli buah-tangan. Dibawa pulang ibu bapa yang menanti kepulangan anak-anak mereka di rumah. Tak banyak masa kuberikan kepada mereka hanya 45 minit. Sempat juga berposing Riverside Homestay sebelum bertolak ke Pasar Payang.





Sesampai di Pasar Payang kami berposing lagi sebelum memulakan acara membeli-belah di dalamnya.




Pukul 10.00 pagi kami bertolak ke Taman Tamadun Islam pula. Dapatlah harga diskaun untuk murid-murid sekolah. Mula-mula kami naik keretapi yang disediakan. Nampaknya agak perlahan perjalanan dan kami tak dapat rapat pada monumen lantas kami turun dan berjalan sendiri menikmati setiap monumen yang ada.






Tepat jam 12.00 tengahari kami memulakan perjalanan balik ke Shah Alam. Alhamdulillah kami selamat tiba di Shah Alam pada pukul 8.00 malam. Sekali lagi sejarah tercipta yang mana aku dapat memandu berjam-jam lamanya sendirian.

Siri Jelajah Angklung 1Malaysia : Muzium Negeri Terengganu

9 Februari bertolak ke Kuala Terengganu dari Kota Bharu. Ada persembahan untuk menyambut delegasi daripada Negara Cina. Bersarapan dahulu sebelum menuju ke muzium. Sepanjang perjalanan tak makan apa ni.


Setelah tiba di muzium kami menanti tuan rumah homestay untuk mengambil kami dan membawa kami ke tempat penginapan untuk menyalin pakaian. Hari ini aku keseorangan. Cikgu Wani sudah balik kampung......orang Kelantan. Tak banyak yang dapat nak aku ceritakan disini...cuma akku telah ditegur oleh pegawai JPN Terengganu dan meminta nombor telefon untuk mudah menghubungi kelab ini nanti. Alhamdulillah, kami dah dikenali di sini pula.






Selesai persembahan kami dijamu dengan mee goreng, keropok lekor dan kuih bakar serta teh o ais . Memey besh! Terima kasih di atas jemputan.



Selesai makan sempat kami melawat Masjid Kristal yang terletak berhampiran dengan Muzium Negeri.