Tuesday 2 May 2023

Annual Meeting & Training

Minggu pertama persekolahan selepas cuti raya dimulakan dengan latihan rumah sukan. Aku hadir pagi ini dengan mendapat makluman bahawa latihan RUmah Wira adalah pada hari Rabu. Padan dengan muka aku, tak baca sampai habis maklumat. Maka dapatlah aku berkebun sekejap dan peluh melelh bagai nak rak sebab kepanasan. Puasa pula tu. Daun pokok anggur dan berjuntai panjang, kena tambah dawai gamaknya.

Setelah siap berkebun aku mula mengemaskinikan album dan baju T kelab dalam bilik angklung. Then baharu aku ke kabin angklung untuk membuat persiapan latihan pada jam 10 pagi nanti. Tidak berapa ramai ahli yang datang, maybe mereka  keletihan dengan latihan pagi tadi atau memang sengaja tak mahu datang.

Jam 5.40 petang sepatutnya mesyuarat agung diadakan namun kelab ni dah buat lebih awal maka kami teruskan dengan latihan. Kata Syafiq ramai yang hadir cuma 9 orang ahli baharu yag gagal menghadirkan diri hari ini. Aiktiviti hari ini dipantau oleh cikgu Izzakir. 











No comments:

Post a Comment