Hari Rabu bersama-sama dengan Naufal, Amar dan Syafiq aku menghantar set angklung ke SMK SAAS di Kajang berpandukan waze. Sekolahnya betul-betul berada di jalan besar. Ada asrama pula. Tentu bagus sekolah ini dan tentunya sekolah ini sekolah yang lejen. Sebaik sampai di pintu pagar aku langsung bertanya kepada pengawal keselamatan di mana aku harus pakir kereta dan kemudian menghubungi cikgu yang sepatutnya aku jumpa. Tak jauh dari jalan utama letaknya kelas PPKI ini. Aku langsung terus masuk ke dalam dan mengeluarkan kotak angklung. Proses memasang dan menggantung angklung berjalan lancar, Setelah memaklumkan kedudukan angklung, kutinggalkan cikgu tersebut untuk melabelkan angklung yang dibeli daripada kami. Terima kasih kami ucapkan.
Wednesday, 31 May 2023
Saturday, 27 May 2023
Tautan Ukhwah : Shadin dan Hazim
Peranan kami one time show sahaja malam ini. Berbekalkan 18 orang anak-anak KAW Team membuat rehearsal dengan wedding planner di Hotel Concorde pada jam 6.30 petang. Kelam kabut juga sebab perubahan drastik ni....fenin pada mulanya tetapi lama-kelamaan budak-budak sudah boleh atasi kelemahan. Makan malam kami mewah sangat......selesai bergambar dengan ibu bapa pengantin juga dengan pengantin kami pun pulang ke sekolah setelah mendapat jajan dari tuan rumah. Alhamdulillah. Kami bergambar sakan sebelum pulang dan sempat bergambar dengan retis...tapi aku jer la yang dapat bebudak ni idak...hahahahaha!!!
Saturday, 20 May 2023
Latihan Sabtu Bersama-sama Qisya
Baharu hari ini Qisya dapat bersama-sama kami untuk menjalani latihan. Jika Qisya boleh menghadiri latihan bersama-sama sudah tentu kami bawa dalam persembahan kami.
Friday, 19 May 2023
Sambutan Hari Guru, Lambaian Kasih dan RIMUP 2023
Bagi aku tahun ini sambutan ala ala sahaja bagi memenuhi masa. Budak bising dan persembahan menjadi hambar. Penat giler aku rasa tahun ini sejak jam 7.00 pagi sehingga murid- murid pulang pada jam 12.30 tengahari tanpa henti. Makan pun aku tidak. Sebaik sahaja selesai mengemas di kabini aku terus pulang. Tuhan sahaja tahu betapa letihnya aku masa tu. Tak sempat mandi dan tukar baju terus lepak atas sofa dan terlelap. Sekian.
Thursday, 18 May 2023
Rakaman Latihan Nyanyian Pertandingan Lagu Irama Melayu
Syafiq Ikram menjadi pilihan kami untuk mewakili sekolah. Lagu yang dinyanyikan dipopularkan penyanyi tersohor lagu rakyat di Malaysia iaitu Ruslan Madun bertaju Lemak Manis.
Wednesday, 17 May 2023
Latihan Bersama-sama Senior
Hari ini tiba-tiba sahaja Aiman dan Izmi muncul dengan membawa sedikit santapan untuk anak-anak angklung. Kesempatan ini kuambil meminta mereka memantapkan gerak tari dan gerak silat para ahli pelapis 2023 ini. Alhamdulillah semakin baik gerakan mereka dengan bantuan para senior ini.
Tuesday, 16 May 2023
Kelas Angklung PPKI SMK SS17
Terbabas ke SMK TTDI Jaya, membuatkan kami terlewat sampai di sekolah. Namun, guru dan murid setia menanti kami. Terus kelas dimulakan. Sambutan menggalakkan dan murid-urid aktif mengambil bahagian. Penolong Kanan turut serta di dalam bengkel dan sempat kami merakamkan memori dalam kelas pertama ini.
Saturday, 13 May 2023
Lomba Angklung Labamboos
Terpandangkan poster pertandingan dalam grup Whatsapp PAI. Terus bertanya sama ada kami boleh sertai secara rakaman video. Paan Handoyo menyahut pertanyaan kami dan setelah pembayaran penyertaan dibayar kepada penganjur kami giat menjalankan latihan. Seramai 31 orang peserta dari KAW Team dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 4 yang terlibat. 13 Mei 2023 acara berlangsung secara live di Bandung, Indonesia. Di atas komitmen mereka semua kami memegang bahagian persembahan istimewa dalam program ini. Tahniah semua, terima kasih Pak Aan dan Labamboos!!!
Friday, 5 May 2023
Lawatan Penanda Aras Koperasi SMK Tun Syarifah Rodziah, Alor Setar, Kedah
Jamuan Raya KAW Team
Kesempatan persembahan pada 5 Mei 2023 kami gunakan untuk mengadakan jamuan raya sesama ahli. Ku jempt semua untuk 'pot luck' sesama yang hadir 2 orang sahaja....yang lain tak faham kot maksud aku tu...mereka ingat yang buat persembahan sahaja boleh hadir. Berbuih menerangkan dalam grup whatsapp, tak paham-paham juga. Seadanya sahaja majlis kami di kabin hari ini, namun meriah.
Tuesday, 2 May 2023
Annual Meeting & Training
Minggu pertama persekolahan selepas cuti raya dimulakan dengan latihan rumah sukan. Aku hadir pagi ini dengan mendapat makluman bahawa latihan RUmah Wira adalah pada hari Rabu. Padan dengan muka aku, tak baca sampai habis maklumat. Maka dapatlah aku berkebun sekejap dan peluh melelh bagai nak rak sebab kepanasan. Puasa pula tu. Daun pokok anggur dan berjuntai panjang, kena tambah dawai gamaknya.
Setelah siap berkebun aku mula mengemaskinikan album dan baju T kelab dalam bilik angklung. Then baharu aku ke kabin angklung untuk membuat persiapan latihan pada jam 10 pagi nanti. Tidak berapa ramai ahli yang datang, maybe mereka keletihan dengan latihan pagi tadi atau memang sengaja tak mahu datang.
Jam 5.40 petang sepatutnya mesyuarat agung diadakan namun kelab ni dah buat lebih awal maka kami teruskan dengan latihan. Kata Syafiq ramai yang hadir cuma 9 orang ahli baharu yag gagal menghadirkan diri hari ini. Aiktiviti hari ini dipantau oleh cikgu Izzakir.