Tuesday 6 December 2022

Selangor International Book Fair 2022

Hari ini baharulah hari kejadian yang sebenar. 6 November kami menghala ke PPAS, Shah Alam. Salah tempat dan salah tarikh rupanya. Berpusing 3 kali untuk memakirkan kereta, akhirnya kami turunkan budak di hadapan pintu masuk dewan dan kami pakir di luar kawasan. Menunggu selama 30 minit baharulah kami dapat membuat persiapan di atas pentas dengan tergesa-gesa. Hanya 4 buah lagu sahaja kami dapat persembahkan kerana masa kami telah dicuri oleh program terdahulu.







Setelah berkemas, kubenarkan anak-anak angklung meronda dalam pameran selama satu jam. Bertemu dengan Azlina dan adik Syaza dalam pameran ni. Sempat kami bergambar bersama-sama retis lejen Sani Sudin Kopratasa.

Lapar....turun mencari makan. Dilawa duduk bersama-sama dengan penyanyi lagu rakyat Roslan Madun. Dapat idea dari beliau untuk meningkatkan persembahan angklung. Belanja minum kopi lagi.


Cukup masa kami naik untuk berkemas pulang. Dalam perjalanan keluar setelah bergambar perjalanan kami ditahan oleh lejen lagi. Kami diberi peluang dan kesempatan untuk menunjukkan kemahiran di luar dewan pula. Apa lagi.....kamipun punggah semula item-item kami dan memulakan persembahan bersama-sama artis lejen. Aktiviti kami mendapat sambutan daripada para tetamu dan akhirnya Pengarah Perpustakaan sendiri rekues satu lagu dan kami dibelanja makan oleh beliau. Alhamdulillah.




Hari ini kami pulang dengan pelbagai kenangan manis. Semoga ia menjadi perangsang kepada anak-anak angklung untuk lebih giat dalam menyertai pelbagai aktiviti nanti.



No comments:

Post a Comment