Saturday, 31 December 2022

Majlis Tautan Ukhwah : Syafiq dan Syazana

Penutup aktiviti bagi tahun 2022, kami berada di Jalan Kebun untuk meraikan sepasang mempelai anak kepada Puan Radziah, PK Kokurikulum kami. Persiapan dibuat sehari sebelum majlis dengan bantuan anak-anak angklung tingkatan 5 iaitu Izmi, Annur dan Shaqila. Acok tidak dapat membantu, katanya balik Perak tanpa dirancang. Namun, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan Charonnica sebagai pemukul jidur pada hari ini.








Monday, 12 December 2022

Banner

 Projek memasang banner dibuat pada cuti sekolah. Upah orang sahaja. Senang berita....





Tuesday, 6 December 2022

Selangor International Book Fair 2022

Hari ini baharulah hari kejadian yang sebenar. 6 November kami menghala ke PPAS, Shah Alam. Salah tempat dan salah tarikh rupanya. Berpusing 3 kali untuk memakirkan kereta, akhirnya kami turunkan budak di hadapan pintu masuk dewan dan kami pakir di luar kawasan. Menunggu selama 30 minit baharulah kami dapat membuat persiapan di atas pentas dengan tergesa-gesa. Hanya 4 buah lagu sahaja kami dapat persembahkan kerana masa kami telah dicuri oleh program terdahulu.







Setelah berkemas, kubenarkan anak-anak angklung meronda dalam pameran selama satu jam. Bertemu dengan Azlina dan adik Syaza dalam pameran ni. Sempat kami bergambar bersama-sama retis lejen Sani Sudin Kopratasa.

Lapar....turun mencari makan. Dilawa duduk bersama-sama dengan penyanyi lagu rakyat Roslan Madun. Dapat idea dari beliau untuk meningkatkan persembahan angklung. Belanja minum kopi lagi.


Cukup masa kami naik untuk berkemas pulang. Dalam perjalanan keluar setelah bergambar perjalanan kami ditahan oleh lejen lagi. Kami diberi peluang dan kesempatan untuk menunjukkan kemahiran di luar dewan pula. Apa lagi.....kamipun punggah semula item-item kami dan memulakan persembahan bersama-sama artis lejen. Aktiviti kami mendapat sambutan daripada para tetamu dan akhirnya Pengarah Perpustakaan sendiri rekues satu lagu dan kami dibelanja makan oleh beliau. Alhamdulillah.




Hari ini kami pulang dengan pelbagai kenangan manis. Semoga ia menjadi perangsang kepada anak-anak angklung untuk lebih giat dalam menyertai pelbagai aktiviti nanti.



Monday, 5 December 2022

Perasmian Program Transformasi Sekolah T25 Kohort 7


Mendapat panggilan daripada Puan Marziana PK Petang untuk memyediakan ahli kelab dalam persembahan perasmian. Bagusnya memang kami telah bersedia untuk program di Dewan Konvensyen MBSA maka tiada halangan bagi kami untuk mempersembahan dua buah lagu. Kami memilih lagu Dikir Puteri dan My Heart Will Go On. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Syafiq dan Nelliviana diberi kesempatan untuk mendeklamasikan pantun. Belajar 3 jam sahaja pagi Isnin tu, bolehlah.....







Thursday, 1 December 2022

Sambutan Hari Lahir dan Menempuh Peperiksaan SPM 2022

Hari ni ada majlis ala kadar anak-anak angklung tetapi aku tak dapat menyertainya kerana terlibat sebagai cikgu pengiring dalam satu lawatan sekolah ke Pusat Konvensyen MBSA seksyen 13. Pameran buku antarabangsa peringkat negeri Selangor. Ku persiapkan seadanya dan diteruskan oleh Saiful. Alhamdulillah majlis dapat dijalankan dengan sempurna. Terima kasih semua atas sumbangan kalian sepanjang tahun 2022 dan selamat meghadapi peperiksaan kepada anak-anak angklung tingkatan 5 iaitu Aiman, Acok, Izmi, Annur, Patrina dan Shaqila. Do the the best and let Allah do the rest!!!!











Thursday, 17 November 2022

Hati-hati dengan Angklung

Mengikuti perbincangan dan perbualan dalam GM bersama-sama pakar angklung di Indonesia. Banyak ilmu dan pengetahuan yang aku dapat dalam perbincangan ini walaupun ku ikuti dalam mode senyap. Insya-Allah akanku praktikkan dalam kelas teori dan amali dalam kelab angklungku nanti.




 

 

 

 





Wednesday, 9 November 2022

Lawatan : Muzium Angkatan Tentera

Tercapai juga kami nak lawat muzium ini. Setelah mengambil brunch kami bergegas ke sini. Percuma tu masuk....hebat dalam dan luarnya. Tidak sehebat Muzium Negara bagi aku. Macam-macam ada dari dulu hingga kini. Terbaik....tapi budak-budak melawat laju jer macam jet....itu pun kami mengambil masa lebih dari satu jam untuk melawat 4 blok serta persekitaran muzium.