10 Mac 2021 dapatlah aku mengendalikan latihan intensif yang keempat untuk ahli-ahli baharu dan juga tingkatan 2. Tapi kehadiran ahli masih tidak memberangsang terutama sekali dari ahli-ahli tingkatan 2. Namun perjalanan aktiviti hari ini berjalan lancar. Aku mendapat rentak mengajar mereka menggunakan aplikasi i-angklung dan real angklung. Walaupun perlahan namun ia lebih berbaloi dari tidak mengajar langsung. Shafiq dan Shaqila setia membantu aku dalam mendidik ahli-ahli baharu ini dalam norma baharu. Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama mereka. Masalah yang sering kami hadapi sewaktu latihan ini adalah kelajuan internet masing-masing. Aku mecadangkan agar mereka melanggan tone wow kerana bagi aku kelajuan internet Digi ini sangat berbaloi-baloi.
No comments:
Post a Comment