Biasanya murid yang datang ke sekolah untuk menuntut ilmu tetapi hari ini cikgu pula yang mencari ilmu. Jam 8.00 pagi bertolak ke Subang dengan penuh harapan. Jam 8.45 tiba ke destinasi yang asing takut juga dengan sekekliling agak serabut. namun setekah terjumpa seorang peserta dan bertanyakan adakah betul destinasi aku ini, aku bertambah yakin.
Jam 9.15 pagi setelah siap mendaftar kami dibawa ke blok sebelah untuk peserta tahap satu. hari ini kami telah diajarkan untuk mengarang 7 jenis destar, 2 jenis tengkolok wanita, 3 semutar dan 5 cara untuk mengikat samping dengan betul.
Hanya aku seorang sahaja wanita di dalam bengkel tersebut namun masih dilayan sama oleh para peserta termasuklah jurulatih. Semoga aku dapat memanafaatkan ilmu yang dipelajaeri hari ini dalam kelab aku nanti. Insyallah.
Pertandingan ini diadakan atas cadangan Penolong Kanan Kokurikulum SMK Taman Sri Muda iaitu Yang Mulia Raja Arbaiyah bin Raja Ahmad sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang ke 63. Maka berlangsunglah pertandingan tersebut pada 27 Ogos yang lalu setelah lebih kurang 2 minggu 9 peserta yang terlibat berlatih. 4 orang terdiri daripada ahli tingkatan 1 sementara selebihnya merupakan ahli dari tingkatan 2 hingga 5. Lagu-lagu yang dipertandingkan merupakan lagu-lagu patriotik iaitu lagu Gemilang, Standing in the Eyes of the World yang dipopularkan oleh Ratu Rock Malaysia Ella, Perwira oleh Wann, Malaysia Baru oleh Ahmad Daud dan Oh Malaysia nyanyian Anneke Gronloh.
Ehsan merupakan peserta pertama, diikuti oleh Patrina dan Naufal. Maklum, pertama kali pertandingan diadakan di hadapan 3 orang juri yang dijemput khas iaitu Encik Mochamad Sani Winandar, Encik Sam Mat Kous dan Penolong Kanan Kokurikulum sendiri.....kegugupan para peserta terserlah. Namun mereka dapat meneruskan persembahan walaupun berada dala kegugupan dan lupa ingatan sebentar....hahahaha. Tahniah semua. kalian cahaya untuk SMK Taman Sri Muda.
Kategori tingkatan 1 telah diungguli oleh Naufal sementara kategori menengah atas diungguli oleh Zulfikar. Kepada para pemenang harap menjadi perangsang kepada mereka untuk meneruskan latihan dan bersedia untuk membuat persembahan dalam pelbagai persembahan nanti. Majlis diakhiri dengan acara bergambar bersama-sama juri yang ada sebagai kenang-kenangan. Terima kasih kepada semua juri kerana memberikan kerjasama yang baik.
Dah lama dah pokok ni nak ditebang. Ingatkan waktu cuti sekolah bolehlah aktiviti ini dibuat. Tetapi PKP pula, maka semua aktiviti terhalang. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk meminta bantuan PIBG untuk menebang pokok di belakang ini. Sudah agak membahayakan kabin kami. Gutter pun dah patah. Akar-akar menumpang dibumbung telah banyak merosakkan gutter serta bumbung. Bimbang kami pohon-pohon akan merobohkan kabin pula.
Pertandingan ini telah dicadangkan olehPenolong Kanan Kokurulum Puan Raja Arbaiyah binti Raja Ahmad dalam mesyuarat yang lalu. Maka aku terus menguar-uarkan pada semua ahli. Terkumpullah 5 orang ahli dari tingkatan 1 dan 5 orang dari tingkatan 2 hingga 5. Tahniah kerana menyahut cabaran cikgu dan sekolah serta negara. Mereka akan memainkan lagu-lagu patriotik. Tingkatan 1 lagu yang dicadangkan memang senang iaitu lagu Oh Malaysia yang dinyanyikan oleh Anneke Gronloh. Sementara lagu Perwira, Gemilang dan Bahtera Merdeka merupakan pilihan lagu untuk senior. Juri insyallah kami akan import dari Indonesia. Tunggu surat...jika diluluskan oleh pihak sekolah.
Kelab hanya menghias kabin ala kadar sahaja tahun ini menggunakan bahan yang ada pada tahun lepas. Kami dahulu yang menghias daripada pihak sekolah......woh, terbaek beb!
Sepatutnya hadiah ini disampaikan pada hari Sabtu yang lalu tapi aku lupa. Maklum memory dah banyak hilang, REM dan tak kuat banyak benda kena delete. So, jadinya penyampaian hadiah untuk pemenang pertandingan melukis logo kelab ditunda ke sekian kalinya dan digantikan pada hari ini, Isnin 10 Ogos 2020. Langsung penyampaian cenderahati untuk dua orang ustaz muda yang membantu kami pada hari Sabtu yang lalu. Pemenang melukis logo tahun ini jatuh kepada Muhammad Saiful Azim Abdul Azis yang menggondol dua hadiah sekali gus iaitu tempat kedua. Sementara tempat ketiga diungguli oleh Muhammad Aiman Shafiq.
Muhmmad Saiful Azim Pertama & kedua
Muhammad Aiman Shafiq Ketiga
Ustaz muda juga menerima cenderhati dari kami pada hari ini yang disampaikan oleh Muhammad Saiful Azim pemenang pertandingan melukis logo kelab.
Ustaz muda Jad Jafni (4 Setia)
Ustaz muda Adli (4 Dedikasi)
Rakan- rakan sekelab turut sama mengambil peluang berkumpul sekali lagi di kabin untuk menikmati juadah lebihan majlis kelmarin. Alhamdulillah semua dapat dihabiskan dengan jayanya. Terima kasih semua kerana memberikan kerjasama.
Hampir setahun membuat persediaan kabin untuk siap keseluruhannya dan pada hari ini Sabtu 8 Ogos 2020 akhirnya kami dapat merasmikan kabin ini. Disertaikan oleh ahli-ahli kelab semasa dan lepasan majlis dijalankan secara sederhana. Bacaan yaasin, tahlil dan doa selamat diketua oleh dua orang ustaz muda sekolah ini iaitu Jad Jafni Johari dari Tingkatan 4 Setia dan Muhammad Adli Azzril Tingkatan 4 Dedikasi. Terima kasih kepada mereka berdua.
Sebaik sahaja selesai majlis tersebut kami memulakan aktiviti makan-makan. Majlis BBQ di luar kabin dan ustaz muda sekali lagi mengetuai bacaan doa makan. Tidak lupa juga kami meraikan hari jadi ahli kelab dari bulan Januari sehingga Jun 2020, persembahan solo dwo Patrina dan Zulfikar. Penutup majlis kami bergambar beramai-ramai di panas terik mentari.
Sempat juga kami mengangkat kerusi simenfero yang diberikan oleh Unit Kemahiran Hidup untuk mengindahkan persekitaran kabin. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada Penolong Kanan Kokurikulum kerana memberi kami kebenaran menjalankan aktiviti ini. laporan akan kami hantar ya.
Patrina dan Zulfikar berlatih hari ini untuk membuat persediaan persembahan solo mereka pada 8 Ogos nanti. Moga dipermudahkan urusan mereka. Bangga kerana mempunyai anak didik yang tekun dan giat berlatih. Teruskan usaha anda moga lebih cemerlang di masa akan datang.