Thursday, 27 August 2020

Pertandingan Angklung Solo 2020

Pertandingan ini diadakan atas cadangan Penolong Kanan Kokurikulum SMK Taman Sri Muda iaitu Yang Mulia Raja Arbaiyah bin Raja Ahmad sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang ke 63. Maka berlangsunglah pertandingan tersebut pada 27 Ogos yang lalu setelah lebih kurang 2 minggu 9 peserta yang terlibat berlatih. 4 orang terdiri daripada ahli tingkatan 1 sementara selebihnya merupakan ahli dari tingkatan 2 hingga 5. Lagu-lagu yang dipertandingkan merupakan lagu-lagu patriotik iaitu lagu Gemilang, Standing in the Eyes of the World yang dipopularkan oleh Ratu Rock Malaysia Ella, Perwira oleh Wann, Malaysia Baru oleh Ahmad Daud dan Oh Malaysia nyanyian Anneke Gronloh.

 

Ehsan merupakan peserta pertama, diikuti oleh Patrina dan Naufal. Maklum, pertama kali pertandingan diadakan di hadapan 3 orang juri yang dijemput khas iaitu Encik Mochamad Sani Winandar, Encik Sam Mat Kous dan Penolong Kanan Kokurikulum sendiri.....kegugupan para peserta terserlah. Namun mereka dapat meneruskan persembahan walaupun berada dala kegugupan dan lupa ingatan sebentar....hahahaha. Tahniah semua. kalian cahaya untuk SMK Taman Sri Muda. 

  











Kategori tingkatan 1 telah diungguli oleh Naufal sementara kategori menengah atas diungguli oleh Zulfikar. Kepada para pemenang harap menjadi perangsang kepada mereka untuk meneruskan latihan dan bersedia untuk membuat persembahan dalam pelbagai persembahan nanti. Majlis diakhiri dengan acara bergambar bersama-sama juri yang ada sebagai kenang-kenangan. Terima kasih kepada semua juri kerana memberikan kerjasama yang baik.



No comments:

Post a Comment