Tuesday, 31 December 2019

Ambang 2020

 

Setelah membuat persiapan selama seminggu untuk acara ini, maka kami bertolak ke Masjid Sultan Salahuddin untuk menunaikan kewajipan sebelum ke Dataran Kemerdekaan untuk mendengar taklimat dan membuat rehearsal. Hujan lebat menyebabkan tertangguhnya reherasal, makanya hanya dapat membuat spacing dan laluan keluar dan masuk sahaja. Selepas menikmati makan malam kami menuju sekali lagi ke sini untuk bersedia dengan persembahan kami. Lagu yang kami bawa hari ini lagu cina yang bertajuk Tian Mi Mi.

  

 

Terdapat 15 pasukan yang akan membuat persembahan di laluan ini. Kumpulan kami yang ketujuh, di hadapan kami merupakan persembahan Tarian Singa dan kemudian diikuti dengan Gendang Serunai & Silat. Alhamdulillah persembahan kami berjalan lancar dengan bantuan dan sokongan Perintis Kelab dan Senior Kelab iaitu Aina dan Aida serta Ainaa Safiah dah Shikin. Terima kasih ya. Sebelum acara bermula kami mulakan acara kami dengan posing dengan para media. Siapa dia? Entahlah....aku pun turut join sama merakamkan aksi-aksi anak buahku ini.

  



Jam 10.30 malam kami beransur pulang. Datangnya tadi dengan 2 kali trip van tapi kepulangan kami hanya sehala sahaja disebabkan ada yang stay dengan ibu bapa di sini. maka ada ruang untuk memuatkan mereka dalam satu van sahaja. Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli KAW yang terlibat hari ini. Makanya selesai tugasan kita untuk tahun 2019 dan bermulanya pula tugasan baharu di tahun 2020. 

Thursday, 19 December 2019

Result PT3

19 Disember 2019 keputusan PT3 dikeluarkan dengan rasminya dan aku bahru sahaja tiba di tanahair pada hari yang sama. Hanya dapat berpesan kepada anak anak angklung yang mengambil keputusan hari ini agar menghantar maklumat dan gambar untuk dimemorikan di sini. Seramai lima orang yang mengambil PT3 tahun ini iaitu Muhammad Saiful Azim, Nur Nadia Sofea, Siti Norhazni, Nur Ain dan Veronica. Syabas keada kelima-kelima - lima anak buah KAW Team ini. Teruska usaha anda semua sehingga menjejakkan kaki di meranara gading. Doa kami sentiasa mengiringi perjuangan kalian.
  
                                                 Saiful                                          Nadia

  
                                                       Ain                                        Veronica

Sunday, 1 December 2019

Tautan Ukhwah : Shafiq & Anis

1 Disember 2019 aku berangkat ke Cairo untuk melaksanakan ziarah umrah selama 19 hari. Maka majlis hari ini telah kuserahkan kepada Cikgu CT dan Uncle Sam setelah semuanya kuaturkan. Alhamdulillah mendapat perkhabaran dari Mesir persembahan berjalan lancar malahan mendapat pujian daripada para tetamu yang hadir. Gambar-gambar dan video persembahan telah dikirimkan kepadaku oleh Cikgu CT dan kuuploadkan dalam FB kami. Baharu ini aku dapat membuat catatan dan hanya gambar yang akan menjelaskan perjalanan majlis tersebut. Kelainan yang ada di dalam persembahan ini adalah dari segi pakaian kami. Memakai baju Chef! Ini adalah kerana pengantin lelaki merupakan seorang chef yang bertugas di sebuah hotel yang terkemuka di sini. Terima kasih kepada Puan Zaitun dan suami kerana memberi kepercayaan kepada kami.