Friday, 30 November 2018

Festival Permainan Tradisional Selangor 2018


Mendapat info daripada Uncle Sam, kami akan membuat persembahan di Pantai Morib pada jam 9.00 malam. 9.00 malam? Kuulang tanya waktu, takut tersalah taip, tetapi memang betul kami akan start bermain angklung pada jam 9.00 malam. Bertolak ke Morib bersama-sama 'Teman Setia Kami' iaitu Pak Agos. Hujan dah reda tetapi jalan jem tak reda-reda....redha jer lah...tersangkut kat Jalan Kelang Banting hampir satu jam. Buang masa di situ. Alhamdulillah keluar dari Teluk Panglima Garang Waze mengarahkan kami untuk melalui jalan dalam. Kami tiba tepat waktu masuknya waktu Maghrib dan terus singgah di Masjid Morib. Terus memakir kereta di Pantai Morib setelah bertolak keluar dari perkarangan masjid. Anak-anak angklung mengeluarkan alatan dan kemudian terus ke pentas yang disediakan.

  

Setelah selesai kami menjamu selera yang dibekalkan oleh JKKN...nasi lemak hijau, sambal sotong dan telor mata. Sedap kata anak-anak angklung......alhamdulillah. Buat alas perut. Kemudian kulepaskan mereka untuk bersantai sementara di kawasan ini setelah bersiap-siap dengan solekan. Apa lagi adegan bergambarlah seperti selalu.

  

  

Jam 9.15 malam kami memulakan persembahan dimulai dengan lagu Alunan Biola dan diakhiri dengan lagu Poco Poco. Alhamdulillah persembahan berjalan lancar. Aku pun agak malas untuk mengambil gambar malam ni....mode sejuk! 

  





Terima kasih JKKN, Uncle Sam dan Pantai Morib. Kita jumpa lagi di lain majlis, insyAllah. Balik Shah Alam, sesat barat .....perjalanan yang mengambil masa sejam setengah menjadi lebih. Terkeliru dengan susur keluar yang rapat dan jalan agak kelam. Apa-apa pun kami selamat sampai di sekolah jam 11.40 malam dan sempat menghantar anak angklung pulang.



Sunday, 25 November 2018

Lepak Seni Edisi Penutup

Mendapat whatsapps daripada Mimi MBSA untuk program Lepak Seni Edisi Penutup pada 25 November 2018 di Perkarangan Kedai Kopi 1 Taman Tasik Shah Alam. Membawa 18 orang nak-anak angklung dan tiba di Taman Tasik Shah Alam pada pukul 3.30 petang. Lepak dahulu di kedai kopi sementara yang lain-lain bergambar di sekitar taman tasik.

  


Setelah membuat sound check kami menanti pula band dari Aswara membuat tuning dan kemudian para penari memulakan program.


5 minit sahaja persembahan mereka dan kemudian kami mengambil tempat pula. Emcee memainkan peranan dengan baik sekali. Persembahan kami di selang-seli dengan kuiz spontan. Memang lawak emcee ni.

  

 

Kami akhiri persembahan dengan lagu dance kami di hadapan pentas. Memeriahkan suasana yang semakin rancak.




Setelah berkemas kami pulang ke sekolah dengan dibekalkan cendeerahati dari MBSA dan sijil. Terima kasih MBSA. Jangan serik jemput kami lagi ya.



Sunday, 18 November 2018

Majlis Perkahwinan Adilah dan Fitri

Ke Dewan Ahmad Razali yang terletak di Kapar, Kelang bersama-sama dengan 18 orang ahli Kelab Angklung dan Cikgu Siti Raxkina. Majlis anak kepada kawan sekolah aku di SMK Tengku Ampuan Rahimah Kelang badge 1981-1985, Hajah Rohana. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami.


Perbincangan dibuat setelah samapai di dewan, tugas kami menghiburkan tetamu sebelum dan semasa pengantin berada di dewan. Juga mengiringi pengantin masuk ke dalam dewan. Setelah persiapan dibuat   kami mula mengisi perut dahulu.

  

Kami memulakan alunan jam 11.30 pagi dan berhenti 5 minit sebelum pukul 12.00 tengahari untuk menanti ketibaan mempelai. Panas lit lit di luar. Adalah 20 minit menanti baharulah mempelai tiba dan kami memulakan tugasan.

  


Membuat persembahan juga setelah mempelai duduk di meja makan dengan lagu Bunga Rampai. Gimik kami di hadapan pengantin kali ini dengan seramai 18 orang pemain angklung. Alhamdulillah persembahan kami berjalan lancar hari ini dengan kerjasama semua orang. Jam 4.00 petang kami semua berangkat pulang ke Shah Alam.

  

  



Sempat merakamkan memori bersama-sama mempelai hari ini. 





Thursday, 15 November 2018

GABV Bank Muamalat

Sepatutnya aku membawa hanya 10 orang pemain angklung namun aku menggunakan juga dua orang khidmat senior iaitu Fatihah dan Faris untuk membimbing adik-adik angklung yang baharu belajar berdiri sendiri dalam persembahan hari ini. Jam 3.00 petang kami bertolak ke sana dan sampai dalam masa yang singkat walaupun jalan agak sibuk ketika itu. Sampai sahaja di pakir SDCC aku terus menghubungi Uncle Sam. Beliau mengarahkan kami naik dan tunggu di tingkat 1. Yes boss!


Kemudian kami ke rooftop untuk membuat persiapan persembahan. Briefing daripada Uncle Sam, buat sound check seperti biasa, solat dan bersiap. Kami turun makan di Restoran Halia di SDCC secara bufet. Banyaknya makanan.....alhamdulillah, rezeki anak-anak angklung hari ini.

  

  

Bergambar terlebih dahulu sebelum memulakan persembahan memang kami punya style. Jam 7.30 malam, kami memulakan persembahan di luar dengan lagu pertama Help Me Make It Thru the Night. 9 buah lagu didendangkan dan kemudian kami masuk ke dalam untuk meneruskan persembahan sewaktu mereka makan malam. 11 buah lagu telah dimainkan dan diakhiri dengan lagu yang sama. Sebelum memulakan persembahan kami membuat sedikit gimik masuk ke dalam dewan makan.

  

  

  


Selesai persembahan kami mengemaskan semua alatan dan berangkat pulang ke Shah Alam. Sempat juga jadi hantu kat luar ni haa dengan budak-budak. Terima kasih semua.

  


Saturday, 3 November 2018

Lepak Seni

Jam 12.00 tengahari kami bergegas pula ke Laman Seni 7 untuk membuat persembahan di sana. Dewan kami serahkan kepada Cikgu Elsa untuk menyelesaikannya. Terima kasih Cikgu Elsa dan ahli-ahli KAW team yang lain. BErbekalkan 21 orang kali ini kami ke sana. Haji Ismail membawa van kali ini sementara Cikgu Siti dan aku membawa 9 orang lagi di dalam van. Lambat lagi persembahan kami rupanya......start jam 3.00 petang. Apa lagi bebudak ni pun buat hal mereka di sana sementara menanti....termasuklah cikguunya juga.

  

  

Jam 3.00 petang kami memulakan alunan angklung di atas pentas. Enjoying ourselves there. Penonton? Seperti biasa ala ala gitu sahaja di lorong seni  ni.....

  

Jam 3.40 petang kami lepak lagi di gerai makan. Minum teh tarik dan makan roti bakar sementara menanti jam 5.00 petang untuk sesi kedua kami.

  

Hujan.....namun kami meneruskan juga persembahan, sebaik sahaja selesai persembahan kami pun berangkat pulang. Alhamdulillah semua aktiviti hari ini berjalan lancar. Syukur....