Thursday, 15 November 2018

GABV Bank Muamalat

Sepatutnya aku membawa hanya 10 orang pemain angklung namun aku menggunakan juga dua orang khidmat senior iaitu Fatihah dan Faris untuk membimbing adik-adik angklung yang baharu belajar berdiri sendiri dalam persembahan hari ini. Jam 3.00 petang kami bertolak ke sana dan sampai dalam masa yang singkat walaupun jalan agak sibuk ketika itu. Sampai sahaja di pakir SDCC aku terus menghubungi Uncle Sam. Beliau mengarahkan kami naik dan tunggu di tingkat 1. Yes boss!


Kemudian kami ke rooftop untuk membuat persiapan persembahan. Briefing daripada Uncle Sam, buat sound check seperti biasa, solat dan bersiap. Kami turun makan di Restoran Halia di SDCC secara bufet. Banyaknya makanan.....alhamdulillah, rezeki anak-anak angklung hari ini.

  

  

Bergambar terlebih dahulu sebelum memulakan persembahan memang kami punya style. Jam 7.30 malam, kami memulakan persembahan di luar dengan lagu pertama Help Me Make It Thru the Night. 9 buah lagu didendangkan dan kemudian kami masuk ke dalam untuk meneruskan persembahan sewaktu mereka makan malam. 11 buah lagu telah dimainkan dan diakhiri dengan lagu yang sama. Sebelum memulakan persembahan kami membuat sedikit gimik masuk ke dalam dewan makan.

  

  

  


Selesai persembahan kami mengemaskan semua alatan dan berangkat pulang ke Shah Alam. Sempat juga jadi hantu kat luar ni haa dengan budak-budak. Terima kasih semua.

  


No comments:

Post a Comment