Tuesday, 23 January 2018

Penyampian Sijil dan Hadiah

Bertempat di Rumah Hijau, setelah selesai membuat latihan intensif, ahli-ahli bersedia untuk acara penyampaian sijil dan hadiah untuk aktiviti bengkel angklung yang lalu. 

Aktiviti dimulakan dengan ulangkaji latihan tarian

Majlis kecil untuk meraikan kehebatan anak-anak angklung pelapis 2018.  Acara dimulakan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta.

Salah seorang penerima sijil penyertaan
Kemudian penyampaian Sijil Fasilitator kepada senior tingkatan 2 yang membantu melancarkan aktiviti.


Diteruskan pula dengan penyampaian hadiah kepada pemenang kumpulan aktiviti Bengkel iaitu Kumpualan Teratak dan PEnulis Folio Sejarah Angklung Terbaik.

Kumpulan Terbaik - Teratak
Folio Terbaik
Aktiviti diakhiri dengan membuat langkah tarian sekali lagi dan bersurai pada pukul 12.00 tengahari. Latihan intensif akan disambung semula esok. Majlis Penyampaian sijil dan hamper pula untuk sesi pagi dijalankan pada hari Isnin diraikan bersama-sama dengan ayahanda Tuan Haji Aznan bin Kassan.

Penyampaian Sijil Fasilitator dan Pingat

Fasilitator Lelaki Terbaik - Alif Haiqal

Fasilitator Perempuan Terbaik - Ainaa Safiah

Bersama-sama ayahanda Tuan Haji Aznan, Bonda Raja Arbaiyah dan Cikgu Siti
Kumpulan A - Terbaik 2017


Saturday, 20 January 2018

Keceriaan Rumah Hijau

Bermula dengan pemasangan tiles 2nd hand yang diambil daripada Bilik Gerakan, keceriaan Rumah Hijau diteruskan dengan aktiviti membersihkan dinding-dinding sebagai persediaan untuk mengecat dan menampal wall paper. Dinding-dingding yang rendah dihias dengan mural yang sedap mata memandang. Para senior menjalankan tugas melengkapkan Rumah Hijau dengan bimbingan Cikgu Siti, Cikgu Elsa dan of course me!

 

 

 

 



Thursday, 18 January 2018

Latihan Tarian

Latihan intensif tingkatan 1 dan 2 diteruskan dengan aktiviti menari. Abang Bardrul dari Sanggar Mustika Venture dijemput untuk memberikan bimbingan asas-asas tarian. Amanat kutinggalkan kepada Bard untuk membimbing mereka sementara Cikgu Elsa mengawasi aktiviti pagi ini di dalam dewan sekolah. Aku ke Rumah Hijau untuk meneruskan kerja-kerja keceriaan di kawasan tersebut. 



Aktiviti ditamatkan pada jam 12.00 tengahari. nampaknya semua anak-anak angklung gembira dengan aktiviti hari ini. Moga semangat mereka tidak pudar untuk meneruskan penglibatan mereka di dalam kelab ini. Syabad dan tahniah kepada .yang hadir



Monday, 15 January 2018

Bank Muamalat Award Ceromony

Pertama kali ke Sime Darby Convention Centre. Hanya memandu van Pak Agos dan Cikgu CT menjadi kalendan hari ini. Berpandukan waze cikgu CT terus memandu laju ke destinasi. Sesampai ke destinasi mulut melopong bulat dan besau.....ooooooo.....ni dia rupe nyer convention terbilang gemilang neh. Uncle Sam sudah menanti kami di dalam untuk membuat rehearsal. Alamak....Riezwan ni, buat spoil lak. Wey...naper pakai selipar? Kaki Riezwan sakit masa....kena ekzos motor, dah plak tu tak g klinik.

 

Siap rehearsal kami pun mengarahkan anak-anak angklung bersiap-siap dan kemudian memastikan diri dibawa turun ke cafe untuk makan malam. nasi goreng udang special...ada sate. Sedap. Rezeki anak-anak angklung malam ini.

 

Jam 7.00 malam bersedia untuk memulakan persembahan. Sebaik sahaja azan maghrib selesai kami mula mengalunkan irama untuk menghiburkan para tetamu sebelum majlis bermula. Alunan angklung dihentikan seketika sebaik sahaja ucapan dimulakan dan lagu Congratulation dimainkan apabila nama pemenang award diumumkan.

 


Kami bergegas masuk ke dalam dewan untuk membuat persiapan di dalam pula. Majlis makan malam bermula dan diringi dengan gemersik angklung. Pelbagai rentak dan lagu kami dendangkan malam itu. Ramai peminat juga rupanya kami neh...perasan sekejap! Bergerak balik ke Shah Alam jam 10.30 malam dengan penuh kepuasan setelah dapat menhirup air sejuk mejuk. Dahaga neh.

 



Sunday, 14 January 2018

Bengkel Angklung 2018

Keahlian ramai tahun  ini. Oleh sebab itu, satu bengkel diadakan untuk pelapis 2018 pada 14 Januari 2018. Memang awal aktiviti kami bermula. Ini adalah kerana kami mempuyai target untuk dicapai pada April nanti. Meja pendaftaran dibuka dan Saiful serta Elisa bertugas mengambil kehadiran  sambil mengagihkan makanan. Roti dan air mineral sahaja sumbangan Koperasi SMK Taman Sri Muda sebagai alas perut. Terima kasih


Alif Haiqal ditugaskan untuk merakamkan aktiviti yang berlangsung hari ini. Program dimulakan dengan mengenalkan pelapis dengan senior mereka bermula dari tingkatan 2 sehinggalah ke tingkatan 5.


Kemudian pelapis diberikan tugasan untuk membuat profil tentang sejarah angklung yang boleh diperolehi maklumatnya dalam laman sesawang yang ada. Tarikh penghantaran adalah pada hari Khamis 18 Januari nanti. Kemudian, mereka diagihkan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan kepada 4 untuk aktiviti suaikenal.

 

Selesai sahaja aktiviti tersebut Uncle Sam mengambi alih program setelah diperkenalkan kepada anak-anak angklung. Para senior membantu Uncle Sam sementara guru-guru penasihat hanya membimbing sahaja dari jauh.

 

Aktiviti dihentikan seketika untuk makan tengahari dan solat Zohor pada pukul 1.00 petang.


Pada pukul 2.00 petang sehingga 3.20 petang pelapis diserahkan kepada kumpulan masing-masing untuk membuat latihan angklung mengikut lagu pilihan ketua kumpulan

 

 

Tepat jam 3.40 petang keempat-empat kumpulan ini dinilai oleh Cikgu CT Raxkina. Memang hebat kesemua persembahan mereka walaupun baharu sahaja diperkenalkan dengan angklung dan belajar pada sesi awal sahaja. Persaingan memang amat sengit dan mata tidak jauh antara satu sama lain. Akhirnya Kumpulan Teratak dinobatkan sebagai juara dengan 86 mata keseluruhan.


Pak Agos menghantar minum petang kami pada jam 3.30 petang. Sebaik sahaja selesai pengumuman mereka dibenarkan untuk menikmati minum petang dan kemudian berkemas-kemas untuk pulang.
Jam 5.00 petang aktiviti berakhir. Penyampaian hadiah dan sijil akan dibuat pada perhimpunan akan datang nanti. Terima kasih dan syabas kepada semua ahli yang terlibat hari ini.

Thursday, 11 January 2018

Perjumpaan Kali Pertama 2018

11 Januari 2018, perjumpaan pertama Kelab Angklung Wariseni dengan anak-anak angklung Tingkatan 1 dan 2. Oleh kerana hujan, perjumpaan di buat antara blok KH dan Seni dan aktiviti yang dijalankan adalah merupakan kelas solekan. Puan Elsa Majmiza mengetuai aktiviti hari ini.

 


Setelah Cikgu Elsa menunjukkan demo asas solekan, kumpulan Sanggar, Saung, Udjo dan Teratak memulakan solekan kumpulan masing-masing mengikut tema warna yang diberikan oleh Cikgu Elsa. Senior tingkatan dua hanya sebagai penasihat sahaja dalam aktiviti ini.

 

Setelah 20 minit berlalu maka dinilailah hasil solekan mereka dan para pemenang diberikan hadiah.

 

Aktiviti berakhir pada jam 11.30 pagi dan ahli-ahli angklung diingatkan untuk menghadiri bengkel angklung yang akan diadakan pada hari Ahad bertempat di Dewan Anggerik, SMK Taman Sri Muda jam 8.00 pagi .