Sunday, 14 January 2018

Bengkel Angklung 2018

Keahlian ramai tahun  ini. Oleh sebab itu, satu bengkel diadakan untuk pelapis 2018 pada 14 Januari 2018. Memang awal aktiviti kami bermula. Ini adalah kerana kami mempuyai target untuk dicapai pada April nanti. Meja pendaftaran dibuka dan Saiful serta Elisa bertugas mengambil kehadiran  sambil mengagihkan makanan. Roti dan air mineral sahaja sumbangan Koperasi SMK Taman Sri Muda sebagai alas perut. Terima kasih


Alif Haiqal ditugaskan untuk merakamkan aktiviti yang berlangsung hari ini. Program dimulakan dengan mengenalkan pelapis dengan senior mereka bermula dari tingkatan 2 sehinggalah ke tingkatan 5.


Kemudian pelapis diberikan tugasan untuk membuat profil tentang sejarah angklung yang boleh diperolehi maklumatnya dalam laman sesawang yang ada. Tarikh penghantaran adalah pada hari Khamis 18 Januari nanti. Kemudian, mereka diagihkan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan kepada 4 untuk aktiviti suaikenal.

 

Selesai sahaja aktiviti tersebut Uncle Sam mengambi alih program setelah diperkenalkan kepada anak-anak angklung. Para senior membantu Uncle Sam sementara guru-guru penasihat hanya membimbing sahaja dari jauh.

 

Aktiviti dihentikan seketika untuk makan tengahari dan solat Zohor pada pukul 1.00 petang.


Pada pukul 2.00 petang sehingga 3.20 petang pelapis diserahkan kepada kumpulan masing-masing untuk membuat latihan angklung mengikut lagu pilihan ketua kumpulan

 

 

Tepat jam 3.40 petang keempat-empat kumpulan ini dinilai oleh Cikgu CT Raxkina. Memang hebat kesemua persembahan mereka walaupun baharu sahaja diperkenalkan dengan angklung dan belajar pada sesi awal sahaja. Persaingan memang amat sengit dan mata tidak jauh antara satu sama lain. Akhirnya Kumpulan Teratak dinobatkan sebagai juara dengan 86 mata keseluruhan.


Pak Agos menghantar minum petang kami pada jam 3.30 petang. Sebaik sahaja selesai pengumuman mereka dibenarkan untuk menikmati minum petang dan kemudian berkemas-kemas untuk pulang.
Jam 5.00 petang aktiviti berakhir. Penyampaian hadiah dan sijil akan dibuat pada perhimpunan akan datang nanti. Terima kasih dan syabas kepada semua ahli yang terlibat hari ini.

No comments:

Post a Comment