Saturday, 9 September 2017

Majlis Perkahwinan di Kampung Pengantin

9 September 2017, Kelab Angklung Wariseni dijemput untuk mengadakan persembahan di Kampung Pengantin, Danau Kota. Persembahan kami sebagai ‘kejutan’ dan hadiah daripada keluarga pengantin kepada pengantin.  Mereka juga telah memilih lagu-lagu yang tertentu untuk dinyanyikan.  Kebanyakannya lagu Berbahasa Inggeris.  Cikgu Ena, telah berhempas pulas menyediakan score, untuk lagu yang dipinta, dan kami telah berlatih dengan gigihnya.  Tarikh persembahan telah tiba, dan malam ini ‘show time’ n ‘enjoy’ (Bahasa Cikgu Siti)


Kami berkumpul dan bertolak dari sekolah seawal 4 petang.  Hujan turun dengan lebatnya.  Pak Agus telah berpesan, ‘saya ikut cikgu, jangan bawa laju-laju sangan, hujan nie’.  Cikgu Siti angkat tangan, setuju. Uncle Sam yang telah tiba lebih awal di Kampung Pengantin memberikan arahan. Arahannya jangan ikut waze, kerana waze akan membawa ke jalan yang salah.  Dia telah memberikan tips untuk kami sampai ke destinasi.  Hujan terus mencurah, semakin masa berlalu, semakin lebat hujan.  Jalan mulai sesak.  Uncle Sam dah mula gelisah.


Pelamin Pengantin ala Minangkabau
Kami sampai ke destinasi pada pukul 5.20 petang. Alhamdulillah.  Uncle Sam mengumumkan beberapa perubahan.  Kami mulakan rehersal pada pukul 5.30 mengikut kehendak Uncle Sam.  Paling menakutkan…gimik yang kami terpaksa lakukan.  Kami bermula, masuk ke dewan, sambal berjalan kami terpaksa mendendangkan lagu ‘Never on Sunday’ dengan diiringgi minus one. Perubahan ‘last minute’ agak menyukarkan kami dan membuatkan semua panik. Cikgu Ena, dari kejauhan meminta kami menghafal lagu, jika gagal menghafal, sila tulis nota lagu dan lekatkan pada buluh.  Uncle Sam mengatakan bahawa perubahan demi perubahan yang dilakukan adalah untuk kebaikan dan ia merupakan proses pembelajaran.  Kami akur dalam kebimbangan.


Alhamdulillah, kami diberikan bilik persalinan yang lengkap dan selesa.  Selesai rehersal, kami mula bersiap-siap.  Baju baru kami hari ini.  Semangat juga baru.  Masa untuk kami beraksi masih jauh.  Kami menggunakan masa ini untuk merakamkan gambar sebanyak mungkin.  Pukul 9.10 minit, Uncle Sam memberikan clue untuk bermula.  Kami agak gementar.  Cikgu Siti terus ke siaraya, memastikan semua sistem bunyi berjalan lancar.



Kami masuk ke dalam dewan sambal mendendangkan lagu ‘Never on Sunday’ dan berhenti di hadapan raja sehari yang sedang santap.  Beberapa saat, kami bergerak menuju ke hadapan pelamin.  Kami memainkan beberapa buah lagu.  Pihak tuan rumah, ada mengambil ‘live feed’, terasa seperti artis pula bila wajah kami ditayangkan di skrin.  




Selesai 5 lagu, kami beralih pula ke pentas yang disediakan.  Pentas agak gelap, menyebabkan kami terpaksa menggunakan telefon bimbit untuk melihat score lagu.  Kami meneruskan persembahan mengikut arahan Uncle Sam. Kekadang keliru, Cikgu Siti membantu.  Penonton terpaku bila kami mendengangkan lagu ‘Getaran Jiwa’. Lagu terakhir kami ialah Poco-poco, dan beberapa penonton kelihatan menari menurut rentak lagu Poco-poco.  Dan kami diminta oleh tuan rumah agar mendendangkan sekali lagi lagu Poco-poco. Sekumpulan penonton masih menari mengikut irama Poco-poco.  Selesai sahaja persembahan, tuan rumah datang dan bersalaman dengan kami sambal mengucapkan terima kasih.  Alhamdulillah, client kami sangat berpuas hati dengan persembahan kami.




Hasil Nukilan :
Cikgu Siti Raxkina

No comments:

Post a Comment