Sunday, 26 March 2017

Majlis Perkahwinan Selangor vs Perak

Menjemput Alif Haiqal yang lambat bangun pagi hari  ini di Lembayung. Amboi...amboi...amboi (bak lagu Altimet). Terus menuju ke Kampung Sri Aman Luar di Puchong. Ikut waze yang telah di order. Eh, eh...ke mana aku dibawa neh. Last-last guna juga location yang disend Fatin...baharulah sampai. Heekeleeh.....dokek yo...berposing-posing kami dibueknyo waze neh. Alhamdulillah. Terus set angklung dan bersiap-siap untuk persembahan.


Jam 12.30 baharu pengantin diiring ke pelamin. Lalu kami makan dulu. Selepas makan kami buat sedikit latihan untuk mengiringi pengantin.


Jam 11.55 pagi kami memulakan persembahan santai sementara menanti jam 12.30. Bergambar dulu sebelum angklung digoyang.


Terpegun tetamu yang hadir. Kagum dengan alunan merdu angklung. Mereka tidak pernah mendengar alunan angklung secara live begini dan ada yang pertama kali mendengar alunan angklung. Waduh....bangga kami!


Tepat jam 12.30 mempelai diiringi di tengah-tengah jalanraya. 1st time iring pengantin tengah jalan.





Sewaktu makan beradab, kami meneruskan alunan angklung kami sehinggalah azan zohor hendak berkumandang baharu kami berhenti sebentar. Selepas itu persembahan kami berselang-seli dengan karaoke. 



Sempat juga mengiringi mempelai ke meja kek untuk upacara memotong kek.


Sebelum mengakhiri persembahan kami alunan lagu-lagu pilihan tuan rumah. Semoga mereka terhibur dengan persembahan kami. Bergambar dengan mempelai sebelum pulang ke rumah sebagai kenangan. Sempoi jer pengantin.


Pulang ke rumah dengan bekalan dari rumah pengantin. Alhamdulillah.....terima kasih daun keladi, nanti jemput kami lagi.


Saturday, 25 March 2017

Hari Polis Yang ke 210 (2017)



6.00 pagi sudah menanti Lambonghini yang akan membawa kami sekali lagi ke IPD Shah Alam. Tapi 45 minit setelah menanti baharu kami dapat naik kenderaan terpantas kami ke sana. Dilambung-lambung lagi kali ini dengan kelajuan yang sangat kami kagumi. Sesampai di sana kami terus menuju ke dewan. Ayahanda pun ada datang kerana mendapat jemputan dari pihak IPD. 


Menanti waktu persembahan kami memulakan aktiviti dengan bersarapan pagi. Sarapan pagi? Entahlah....makan makanan berat nasi putih beserta lauk-pauk, siap cendol songkok tinggi pun ada. 


Sempat bergambar dengan ayahanda jugak. Jumpa Cikgu Syazwani lagi.....wah, popular ek SMK Taman Sri Muda.


Persembahan dimulakan berselang-seli dengan Emcee. Berehat sebentar apabila majlis penyampaian sumbangan. Kelab juga mendapat sumbangan daripada seorang Dato. Terima kasih atas sumbangan ini. Dapat juga mengurangkan beban kami mengumpulkan dana untuk ke Bandung nanti. Alhamdulillah.




Majlis berakhir dan lagu terakhir yang kami dendangkan pagi ini adalah lagu Kaparinyo. Terima kasih atas usaha IPD Shah Alam dalam kolaborasi mengumpul dana kelab. Jasa anda amat kami hargai. 


Friday, 24 March 2017

Raptai Hari Polis Yang ke 210

24 Mac 2017 menuju ke IPD Shah Alam dengan menaiki Black Maria. Setelah puas dilambung-lambung dalam lori tersebut sampailah kami ke destinasi.  Kali ini persembahan kami di dalam Dewan Mawar. Taklah panas macam tahun lepas. Alhamdulillah. Tapi yang pastinya kami praktis lagu-lagu pengantin di sana. Sebenarnya kami dah praktis hari Khamis. So...hari ni kami prepare lagu untuk wedding bapa saudara Fatin plak di Puchong Ahad ini. Jam 12.00 tenghari kami beransur pulang ke sekolah. 





Saturday, 4 March 2017

Memohon Sumbangan/Tajaan

Assalamualaikum w.b.t,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ  10  تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ  11
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui hakikat yang sebenarnya. [Surah AS-SOFF]
Dengan rendah hati, kami Kelab Angklung Wariseni sesi 2016/17 ingin memohon sumbangan dan tajaan daripada semua pihak, sama ada institusi kerajaan mahupun swasta, syarikat korporat atau persendirian, bertujuan untuk menampung perbelanjaan kelab.
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELESTARIAN TRADISI KE BANDUNG

Kami juga menjual VCD dan CD rakaman yang telah kami buat sebagai salah satu cara untuk mengumpul dana untuk merealisasikan program kami.


Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut bolehlah menghubungi talian berikut :

a. SMK Taman Sri Muda 03-51218388
b. Puan Norazlena Binti Lazim - 0196091434
c. Puan Siti Raxkina Binti Kulop Ahmad - 012 4115072
 Perbendaharaan seperti yang tertera :
BENDAHARI AGUNG PIBG
PUAN LAILATUL AKMA
No.Tel : +6017 560 9460 (whatsapp)
NO.AKAUN PIBG : 3088-4185-29 
NAMA : PIBG SMK TAMAN SRI MUDA
BANK : PUBLIC BANK
Semua program dan aktiviti kelab kami muatkan di akaun-akaun media sosial : -
– PAGE FACEBOOK : Kelab Angklung Wariseni
– INSTAGRAM : @angklung_wariseni
– TWITTER : @kawteam14
Setiap sumbangan yang diberikan tanpa mengira nilainya, amatlah bermakna bagi kami. Semoga setiap sen yang diinfak mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. dan setiap gerak kerja kita diberkati dan diredhai Tuhan. Segala kerjasama dan keprihatinan anda semua kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.