Sunday, 28 August 2016

Bazar Seni Selangor 2016 (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Bergerak ke Pantai Morib lewat 15 minit disebabkan Chong lewat sampai. Hari ini aku membawa 18 orang nak-anak angklung kesemuanya. Tingkatan satu 4 orang, tingkatan dua 11 orang dan tingkatan empat 3 orang.Anak-anak angklung tingkatan tiga dan lima seddang sibuk menghadapi percubaan PT3 dan Peperiksaaan Percubaan SPM. Hari ini khidmat Pak Agus dan Cikgu CT digunakan. Kami menggunakan Jalan Kebun untuk ke sana. 30 minit dihabiskan untuk melintas Jalan Kebun. Banyaknya lampu isyarat dan bam kat jalan so kenderaan tak leh jalan laju-laju seperti biasa.


Perjalanan kami hanya mengambil masa 1 jam 15 minit untuk sampai ke destinasi. Uncle Sam dah call dan meminta kami menggunakan jalan lain untuk masuk dan memakirkan kereta. Terus memunggah barang dan alatan dan menuju ke Dataran Morib. Disambut mesra oleh krew-lrew disana. Sejurus barang diletak anak-anak angklungku lepaskan untuk menikmati keindahan Pantai Morib sementara aku, Cikgu CT dan Uncle Sam isi perut dulu. Budak-budak ni sempat melalak bersama-sama artis jalanan kat pantai. Lantak ko la dik Non.


Jam 4.15 petang semua menuju semula ke khemah utama. Budak-budak dah mula bersiap-siap untuk membuat persembahan. Cikgu CT membantu makeup budak -budak ni. Sempat lagi berposing.



Sebaik sahaja persembahan Qasidah selesai maka kami mula mengambil tempat untuk memulakan persembahan selama 45 minit. Pantai Morib...get ready!



Jam 5.00 petang kamu memulakan persembahan dengan lagu Joget Gila Bayang. Persembahan world dari kami. Pelbagai bahasa dan rentak lagu kami mainkan pada hari ini. Persembahan kami menaarik ramai pengunjung untuk duduk sebentar di khemah yang disediakan untuk menyaksikan persembahan kami.





Kami menutup tirai persembahan dengan lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Berkemas! Masih lagi sempat untuk berposing...


Bergambar bersama-sama artis veteran Encik Mubarak dan Encik Amran
Siap berkemas tibalah masa untuk makan! Yey.....hari ni kami makan nasi ambeng. Makanan jawa....Chong...1st time kot aku rasa makan makanan ni. Pengalaman buatnya.


Selesai soru...kami menuju ke kereta. Setelah barang dan alatan dimuat masuk ke dalam kereta, menuju ke pantai sekali lagi untuk menunjukkan aksi-aksi gersang kami. Yeah!




Selamat tinggal Pantai Morib. Jumpa lagi.


Thursday, 18 August 2016

Raya Celebration

Anak-anak angklung sakan berhari raya bersama-sama rakan. Sempat pula berwefie. Kalau nampak dek Puan Chandra habislah handphone korang. Nasib baik cikgu Wani ada bergambar bersama-sama. Memori indah untuk dikenang apabila meningkat dewasa dan meninggalkan alam persekolahan nanti.








Saturday, 13 August 2016

Majlis Perkahwinan Farah dan Azmi

Bergerak ke Dewan Bankuet MBSA walaupun demam masih belum kebah. Mengharapkan bekalan ubat yang diberikan oleh Doktor Faridah semalam. Malam tadi aku menggigil kesejukan. Nak bangun dari katil pun aku rasa malas dan takut. Kupaksakan diri bangun untuk makan ubat. Dah tak boleh tahan. Entah pukul berapa aku terlelap malam tadi sedar-sedar sudah pukul 8.00 pagi. Demam masih terasa. Bertolak ke sekolah untuk menanti anak-anak angklung tiba. Cikgu Siti ku watsup untuk mengendalikan anak-anak angklung hari ini bersama-sama Uncle Sam.


Sampai sahaja di sana kami terus masuk ke dewan. Wah, sudah berubah dewannya! Pentas sudah tersergam indah. Tiada lagi kaunter menghalang pemandangan penonton.


Setelah mendapat arahan kami bersiap-sedia untuk membuat sound check dan mengiringi pengantin.


Selesai rehearsal terus bersiap dengan bantuan mak andam yang diimport khas oleh Cikgu Siti. Fuyoo.... thumb up cenginilah kami hari nih!


Makan time...isi perut dulu sebelum memulakan permainan angklung. 


Demamku masih terasa...kugagahkan juga berjalan dan bagi badan berpeluh. Dah bau dua tiga macam dah badan aku ni rasanya. Posing time .....sempat juga beberapa tetamu menumpang bergambar bersama-sama kami. Biasalah...retis! Muahahahahahaha....riak nih.


Beberapa lagu dimainkan untuk menghabiskan masa. Pukul 12.00 tengahari kami memulakan ayunan angklung dan memainkan lagu medley PM sebagai permulaan. Tapi tak kurakam semuanya. Dah terlalu banyak ku upload kat youtube. Cukup-cukuplah. Jam 12.30 kami mengakhiri persembahan dan menanti mempelai di Bilik VIP. Apa lagi...bergambar lagi.





Azan zohor telah kedengaran. Mempelai sudah sedia untuk diiring. Pengantin bak pinang dibelah dua.





Selesai bacaan doa maka bermulalah majlis merenjis. Pertama kali kami memainkan lagu Renjis Dipilis secara live bersama-sama dengan kompang, jidur dan tamborin. Satu lagi pembaharuan yang kami buat. Sampai penat Riezwan menghayun tangan memukul jidur.




Kami akhiri persembahan dengan lagu Bunga Rampai mengiringi mempelai ke meja makan. Berakhirlah tugas kami di sini hari ini. Kami makan sekali lagi sebelum pulang dan sempat berjumpa dengan tuan rumah sebelum kami mengundurkan diri. Dibekalkan dengan buah tangan setiap seorang. Alhamdulillah.




Monday, 1 August 2016

K.A.W Team Highlight




Kelab Angklung Wariseni merupakan kebitaraan sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda dan ditubuhkan pada 11 Oktober 2010 oleh Puan Norazlena Binti Lazim. Dalam setiap persembahan kelab menggunakan kemahiran 10 sehingga 20 orang ahli dalam satu-satu masa dan memainkan lagu-lagu 'malar hijau', moden dan terkini yang terdiri dari pelbagai genre sesuai dengan citarasa para pendengar. Ahli-ahli kelab menjalani latihan dua kali seminggu iaitu pada setiap hari Khamis dan Sabtu. Tetapi sekiranya mendapat jemputan persembahan di luar sekolah ahli-ahli kelab akan membuat latihan selama tiga hari berturut-turut untuk memantapkan persembahan. Ahli-ahli kelab yang baru diberi latihan intensif setiap hari agar dapat bermain dengan baik bersama-sama ahli-ahli senior.

Kelab ini mempunyai seramai lebih dari 300 orang sejak ditubuhkan dan sekarang mempunyai 50 orang ahli yang aktif tahun 2019. Mereka terdiri daripada para pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan lima di bawah pimpinan dua orang guru penasihat kelab. Antara guru-guru yang pernah dan masih terlibat dalam aktiviti kelab ini semenjak ia ditubuhkan sehingga tahun 2019 ialah Puan Elsa Majmiza Binti Murad Khan, Puan Malisa Binti Mohd Mohayudin, Puan Azwani Binti Sibiramalek, Puan Hafiza Binti Ahmad dan Puan Siti Raxkina Binti Kulop Ahmad.

Aktiviti dan kegiatan kelab telah mendapat liputan pelbagai media massa seperti akhbar Sinar Harian dan Berita Harian, Utusan Malaysia, Melaka Hari Ini, majalahdara.com, Harian Metro serta YEZZ keluaran Karangkraf. Kelab ini juga telah menyertai beberapa pertandingan antaranya Mimpi ke Bintang, Muzik Ekstra dan Pertandingan Bakat anjuran Kraftangan sempena sambutan Hari Kraftangan Kebangsaan 2013. 

Kelab ini telah membuat persembahan di peringkat antarabangsa iaitu di Malaysia International Children Choral Festival 2017 yang bertempat di UiTM Shah Alam dan juga di ASEAN School Games 2018 juga bertempat di UiTM Shah Alam. Kelab ini juga, telah mendapat liputan TV1 dalam slot Selamat Pagi Malaysia, Generasi Y, Tiada Lama Tiada Baru di TV2, rancangan Assalamualaikum TV Al-HIjrah, Banana Squad di TV3, NTV7 dan TV9, Nasi Lemak Kopi O di TV9 dan di TV3 dalam slot Malaysia Hari Ini dan Borak Kopitiam. 

Kelab ini juga telah mengadakan persembahan dipelbagai tempat dan acara antaranya Perasmian Pertandingan Burung Antarabangsa di Bukit Fraser dan Perasmian 1MCAT di KLCC anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, sambutan Bulan Ramadhan dan Hari Raya , persembahan Promosi anjuran Kraftangan Malaysia, Majlis Makan Malam, Program Merakyatkan Seni Budaya Bersama Rakyat (PMS), Majlis Sambutan Harijadi, Persembahan di Karnival Music Youth di Curve, Damansara, Majlis Perkahwinan, Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, persembahan Bazar Seni Industri Badan Bukan Kerajaaan JKKN, Perasmian Pertandingan Apresiasi Seni Visual, Majlis Pendaftaran Pelajar Baru FSTEP, persembahan Pameran Inspirasi Alam, Kraftangan Kuala Lumpur, Majlis Anugerah Cemerlang Politeknik, KL Family Fair 2013 MaTiC, Keretapi Sarong 2019 dan sebagainya.

Paling menarik kelab ini telah dijemput oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 29 September 2016 untuk mengiringi keberangkatan masuk dan pulang dalam satu Majlis Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun yang diadakan di Hotel Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.

Kelab Angklung Wariseni menjalankan Program Jelajah Angklung 1Malaysia pada tahun 2016 dan pada tahun 2017. Kelab ini telah menghasilkan 1 mini album (CD dan VCD) yang memuatkan 14 buah lagu-lagu antarabangsa dan tradisional. Hasil jualan CD dan VCD ini telah digunakan dalam Program Pengantarabangsaan yang diberi nama Pelestarian Tradisi” di Bandung pada 14 – 17 Oktober 2017.

Kelab Angklung Wariseni ini telah mendapat jemputan rasmi dan  membuat persembahan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan pada bulan 20 Julai 2018 dalam Majlis Anugerah Srikandi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Hotel Istana, Kuala Lumpur juga mengiringi keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dalam majlis Perasmiaan AEON Shah Alam. Pada 9 Mac 2019 yang lalu  kelab angklung ini telah membuat persembahan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sempena perasmian mesyuarat Agung Pandu Puteri Malaysia yang berlangsung di Rumah  Pandu Puteri, Bukit Gasing Petaling Jaya.


Kelab ini juga pernah menjuarai pertandingan yang dianjurkan oleh MSU iaitu Performance Art Competition pada tahun 2014 dan mendapat tempat ketiga pada tahun 2016. Pada tahun 2015 kelab ini telah menyertai Pertandingan Lagu Angklung SEAMEO yang berpusat di Thailand. Pertandingan ini disertai lebih daripada 150 buah sekolah di Asia Tenggara dan mendapat tontonan umum yang tertinggi di dalam laman sesawang YouTube. Kelab ini juga sedang menjalankankan satu Bengkel Angklung yang dinamakan “Sanggar Angklung untuk semua sekolah dalam Negeri Selangor dan menggunakan modul Mari Bermain Angklung : Lagu Kanak-kanak. Di samping itu, Kelab Angklung Wariseni juga sedang merangka satu lagi program pengantarabangsaan pada bulan September 2019 dan kisah kelab ini juga akan dicatatkan di dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan Peralihan yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tidak lama lagi.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dijalankan dipaparkan di laman sesawang 
Facebook : Kelab Angklung Wariseni/Angklung14 
Blogspot   K.A.W Team
Youtube    : Kelab Angklung Sri Muda
WIX           : wix