Saturday, 13 August 2016

Majlis Perkahwinan Farah dan Azmi

Bergerak ke Dewan Bankuet MBSA walaupun demam masih belum kebah. Mengharapkan bekalan ubat yang diberikan oleh Doktor Faridah semalam. Malam tadi aku menggigil kesejukan. Nak bangun dari katil pun aku rasa malas dan takut. Kupaksakan diri bangun untuk makan ubat. Dah tak boleh tahan. Entah pukul berapa aku terlelap malam tadi sedar-sedar sudah pukul 8.00 pagi. Demam masih terasa. Bertolak ke sekolah untuk menanti anak-anak angklung tiba. Cikgu Siti ku watsup untuk mengendalikan anak-anak angklung hari ini bersama-sama Uncle Sam.


Sampai sahaja di sana kami terus masuk ke dewan. Wah, sudah berubah dewannya! Pentas sudah tersergam indah. Tiada lagi kaunter menghalang pemandangan penonton.


Setelah mendapat arahan kami bersiap-sedia untuk membuat sound check dan mengiringi pengantin.


Selesai rehearsal terus bersiap dengan bantuan mak andam yang diimport khas oleh Cikgu Siti. Fuyoo.... thumb up cenginilah kami hari nih!


Makan time...isi perut dulu sebelum memulakan permainan angklung. 


Demamku masih terasa...kugagahkan juga berjalan dan bagi badan berpeluh. Dah bau dua tiga macam dah badan aku ni rasanya. Posing time .....sempat juga beberapa tetamu menumpang bergambar bersama-sama kami. Biasalah...retis! Muahahahahahaha....riak nih.


Beberapa lagu dimainkan untuk menghabiskan masa. Pukul 12.00 tengahari kami memulakan ayunan angklung dan memainkan lagu medley PM sebagai permulaan. Tapi tak kurakam semuanya. Dah terlalu banyak ku upload kat youtube. Cukup-cukuplah. Jam 12.30 kami mengakhiri persembahan dan menanti mempelai di Bilik VIP. Apa lagi...bergambar lagi.





Azan zohor telah kedengaran. Mempelai sudah sedia untuk diiring. Pengantin bak pinang dibelah dua.





Selesai bacaan doa maka bermulalah majlis merenjis. Pertama kali kami memainkan lagu Renjis Dipilis secara live bersama-sama dengan kompang, jidur dan tamborin. Satu lagi pembaharuan yang kami buat. Sampai penat Riezwan menghayun tangan memukul jidur.




Kami akhiri persembahan dengan lagu Bunga Rampai mengiringi mempelai ke meja makan. Berakhirlah tugas kami di sini hari ini. Kami makan sekali lagi sebelum pulang dan sempat berjumpa dengan tuan rumah sebelum kami mengundurkan diri. Dibekalkan dengan buah tangan setiap seorang. Alhamdulillah.




No comments:

Post a Comment