Monday, 6 July 2015

Meriahnya Syawal

One Utama Old Wings destinasi kami kali ini. Dahulu kami membuat persembahan di New Wings. Memang sesak. Nak parking kereta ambil masa setengah jam. Itu pun lucky kot dapat parking.


Anak-anak angklung dah diturunkan di lobi 1Utama oleh Arif tadi. Pandai lak mereka mencari tempat persembahan. Elok kat sebelah parking ada troli kosong...memudahkan kami membawa alatan turun ke bawah. Konpius juga...kejap naik lif ni kejap naik lif sinun. Pas tanya pak guard akhirnya sampai juga kami ke destinasi. Anak-anak angklung ku lepaskan untuk satu jam melihat persekitaran mall. Kemudian datang kembali untuk membuat persediaan.





Tak lama kemudian Uncle Sam tiba untuk membantu menyusun atur anak-anak angklung untuk persembahan juga sound check. Posing lagi.


Ada 30 minit lagi untuk memulakan persembahan. Kembali  ke gua semula. Aku mencari roti untuk bekalan anak-anak angklung berbuka puasa dalam kenderaan jikalu tak sempat tiba ke rumah nanti. Punyalah ramai orang. Elok aku sampai waktu persembahan pun dah tiba. Ku panggil semua keluar untuk bersedia. Maka bergemalah buat pertama kalinya angklung di lobi 1Utama Old Wings ini.



9 buah lagu didendangkan hari  ini untuk setengah jam persembahan. Nampaknya pengunjung gembira dengan persembahan kami. Ada yang terperanjat sebab kami menari semasa bermain angklung. Tahniah anak-anakku. Kipidup! Pulang dengan penuh kepuasan.



No comments:

Post a Comment