Sunday, 5 July 2015

Come Together This Aidilfitri II

Dengan penuh semangat pukul 9.00 pagi dah bertolak ke IOI City Mall Putrajaya. Hambek ko...3 van sekali digunakan untuk membawa 31 orang anak-anak angklung ke sana. Keretaku dipenuhi dengan alatan angklung hanya Cikgu Elsa sahaja yang boleh naik bersamaku. Azizah Yasmin tidak dapat ikut serta sebab warded kat Hospital Putrajaya kerana apendik. Moga Azizah cepat sembuh. Sampai kat IOI letak barang, taklimat sikit pastu terus menuju cinema. Semua cerita start kol 11.00 pagi. Tak sempat untuk ditonton oleh kami, Sudahnya booking tiket 4.55 pm cerita Jurassic World. Ku amanatkan anak-anak angklung untuk turun bersiap pukul 12.00 tengahari tetapi Uncle Sam call nak beli taklimat sekali lagi.


Turun semula mereka ke bawah sementara aku ke West Wing untuk mengambil kamera daripada anakku. Tertinggal pula di rumah. Macamanalah aku boleh terlupa! Uncle Sam menyusun-atur mereka semula di atas pentas.


Pukul 12.00 tengahaari mereka mula menukar pakaian dan bersedia untuk persembahan. Berposing sakan depan rumah.


 Masih sempat mengikuti aktiviti mewarna tabung tempurung lagi.


Lama juga kami menunggu untuk memulakan persembahan. Sepatutnya pukul 2.30 petang dimulakan tetapi disebabkan oleh berlakunya sesuatu yang tak diingini maka kami hanya dapat memulakan persembahan pada pukul 4.00 petang setelah jenuh menanti. Peluh jantan betina keluar.



Siap persembahan semua ku arahkan menukar baju untuk pergi menonton wayang sementara aku dan Elsa yang mengemas semua barang-barang. Pukul 7.25 malam semua turun ke bawah semula untuk berbuka puasa. 8.30 malam kami semua pulang ke Shah Alam. Bye IOI jumpa lagi 10 Julai nanti.



No comments:

Post a Comment