Sunday, 12 July 2015

Syawal di Terminal One

Jam 4.30 petang sudah tiba di Terminal One. Jalan tidak berapa sibuk.....tetapi dalam bandar Seremban, alamak....jem kau! Bukan hape...orang selamber jer parking kat tepi-tepi jalan. Dahlah jalan tu sempit, sehala pula, depa wat cam gitu. Majlis Perbandaran pun tah mana. kalau tak habis emua kena saman...Ala la la latuk...ala lalala latuk.....jangan saman...nyanyi Poe. Lepak kat bilik persalinan sementara menanti waktu berbuka puasa. nak jejalan pun ada apa kat Terminal 1 ni?




Pukul 6.30 petang menyiapkan alatan di atas pentas dan kemudian aku mencari kuih-muih untuk berbuka puasa nanti. Lepak lagi sehingga jam 7.15 petang kemudian turun ke bawah Terminal One untuk berbuka puasa.



Jam 7.45 malam naik semula ke pentas dan bersedia untuk memulakan persembahan. Tambahan satu lagu pada kali ini menjadikan sebelas buah lagu didendangkan di Terminal One ini.






Kami akhiri persembahan dengan lagu Selamat Hari Raya dan kemudian terus berkemas. Nak menjamu selera pula selepas ini. Makan Nasi Goreng Ayam. Bebudak dah gila nak beli frozen coke kat McdDonald tu...orang tengah boikot McD depa dok sakan membeli plak. Adussss.......Bergegas pulang ke Shah Alam apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Jalan agak jem...ada dua kemalangan yang meibatkan 3 buah kenderaan dan lori. Tiba di sekolah jam 11.00 malam. Thank you anak-anak angklung! I'm proud of you alls.

Come Together This Aidilfitri Part III

Tanggal 10 Julai merupakan hari terakhir untu persembahan kami di bulan Ramadhan. Seperti biasa menongkah jalan ke IOI City Mall bersama van Pak Ariffin. Touchup sikit dan menyiapakan alatan sebelum lepak-lepak . 


Turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak mall iaitu mewarna tabung tempurung kelapa.




Jam 2.30 petang setelah bersedia kami memulakan persembahan. 10 buah lagu didendangkan pada hari ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.







Sebaik sahaja tamat  persembahan terus berkemas untuk ke Terminal 1 , Seremban Negeri Sembilan. Akan membuat persembahan di sana pula selepas berbuka puasa nanti. Bye IOI City Mall.....thank you for trusting us!


Monday, 6 July 2015

Meriahnya Syawal

One Utama Old Wings destinasi kami kali ini. Dahulu kami membuat persembahan di New Wings. Memang sesak. Nak parking kereta ambil masa setengah jam. Itu pun lucky kot dapat parking.


Anak-anak angklung dah diturunkan di lobi 1Utama oleh Arif tadi. Pandai lak mereka mencari tempat persembahan. Elok kat sebelah parking ada troli kosong...memudahkan kami membawa alatan turun ke bawah. Konpius juga...kejap naik lif ni kejap naik lif sinun. Pas tanya pak guard akhirnya sampai juga kami ke destinasi. Anak-anak angklung ku lepaskan untuk satu jam melihat persekitaran mall. Kemudian datang kembali untuk membuat persediaan.





Tak lama kemudian Uncle Sam tiba untuk membantu menyusun atur anak-anak angklung untuk persembahan juga sound check. Posing lagi.


Ada 30 minit lagi untuk memulakan persembahan. Kembali  ke gua semula. Aku mencari roti untuk bekalan anak-anak angklung berbuka puasa dalam kenderaan jikalu tak sempat tiba ke rumah nanti. Punyalah ramai orang. Elok aku sampai waktu persembahan pun dah tiba. Ku panggil semua keluar untuk bersedia. Maka bergemalah buat pertama kalinya angklung di lobi 1Utama Old Wings ini.



9 buah lagu didendangkan hari  ini untuk setengah jam persembahan. Nampaknya pengunjung gembira dengan persembahan kami. Ada yang terperanjat sebab kami menari semasa bermain angklung. Tahniah anak-anakku. Kipidup! Pulang dengan penuh kepuasan.



Sunday, 5 July 2015

The Curve : A Syawal Spectacular - Final Day

Hari ini 4 Julai merupakan hari terakhir kami membuat persembahan di The Curve. Seperti biasa sampai sahaja anak-anak angklung menunaikan kewajipan dulu kemudian bersiap-siap untuk persembahan. Aku keletihan sungguh hari ini. Mengantuk sangat-sangat. Namun kena gagah juga. 



Jam 4 petang memulakan persembahan seadanya. Tugasku seperti biasa merakamkan semua aktiviti yang berlaku di sini.



Hari ini persembahan kami rasanya tak sampai sejam....hanya 45 minit sahaja. Tak kisahlah. Janji tugasan kami selesai. Hari ini lagu Yek Liang Tai Piau Wo Te Sin pula mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai.



Jam 5.00 petang bertolak pulang ke Shah Alam. Bye bye Curve jumpa lagi di masa akan datang. Harap tak serik menjemput kami lagi untuk menghiburkan pengunjung The Curve lagi.

Come Together This Aidilfitri II

Dengan penuh semangat pukul 9.00 pagi dah bertolak ke IOI City Mall Putrajaya. Hambek ko...3 van sekali digunakan untuk membawa 31 orang anak-anak angklung ke sana. Keretaku dipenuhi dengan alatan angklung hanya Cikgu Elsa sahaja yang boleh naik bersamaku. Azizah Yasmin tidak dapat ikut serta sebab warded kat Hospital Putrajaya kerana apendik. Moga Azizah cepat sembuh. Sampai kat IOI letak barang, taklimat sikit pastu terus menuju cinema. Semua cerita start kol 11.00 pagi. Tak sempat untuk ditonton oleh kami, Sudahnya booking tiket 4.55 pm cerita Jurassic World. Ku amanatkan anak-anak angklung untuk turun bersiap pukul 12.00 tengahari tetapi Uncle Sam call nak beli taklimat sekali lagi.


Turun semula mereka ke bawah sementara aku ke West Wing untuk mengambil kamera daripada anakku. Tertinggal pula di rumah. Macamanalah aku boleh terlupa! Uncle Sam menyusun-atur mereka semula di atas pentas.


Pukul 12.00 tengahaari mereka mula menukar pakaian dan bersedia untuk persembahan. Berposing sakan depan rumah.


 Masih sempat mengikuti aktiviti mewarna tabung tempurung lagi.


Lama juga kami menunggu untuk memulakan persembahan. Sepatutnya pukul 2.30 petang dimulakan tetapi disebabkan oleh berlakunya sesuatu yang tak diingini maka kami hanya dapat memulakan persembahan pada pukul 4.00 petang setelah jenuh menanti. Peluh jantan betina keluar.



Siap persembahan semua ku arahkan menukar baju untuk pergi menonton wayang sementara aku dan Elsa yang mengemas semua barang-barang. Pukul 7.25 malam semua turun ke bawah semula untuk berbuka puasa. 8.30 malam kami semua pulang ke Shah Alam. Bye IOI jumpa lagi 10 Julai nanti.