Saturday, 27 June 2015

Come Together This Aidilfitri

Bertemakan Come Together This Aidilfitri, kami memulakan persembahan yang julung-julung kali diadakan di IOI City Mall Putrajaya sempena sambutan Bulan Ramdhan dan Aidilfitri.




Setelah mendapat panduan daripada Uncle Sam anak-anak angklung dibenarkan untuk melihat-lihat persekitaran mall. Beberapa orang anak-anak angklung termasuk aku...mewarna tabung tempurung. Actually untuk anak-anak .... aku menyibuk juga. Sudahnya beberapa orang mak budak pun turut serta.





Jam 2.00 petang menyediakan alatan untuk memulakan persembahan. Uncle Sam belum sampai lagi untuk adjust sound check. Tepat jam 2.30 petang maka beralunlah angklung buat pertama kalinya di dalam mall ini.




Persembahan kami hanya memakan masa 30 minit sahaja dan 7 buah lagu didendangkan.


Selesai persembahan kami menanti untuk aktiviti mewarna seramik pula. Aku pun menyibuk sekali lagi dalam aktiviti ini. Punah seramik semua dikerjakan......tak seni langsung.



Jam 4.30 petnag kami bertolak pulang dengan gembira. Jangkanya nak pulang pada pukul 4.00 petang rupa-rupanya aktiviti mewarna ni satu jam. Sorry ek Arif...lambat dan kena tunggu kami.

No comments:

Post a Comment