Saturday, 27 June 2015

The Curve : A Syawal Spectacular Part III

Hari ini bertemakan pakaian kampung menghiburkan para pengunjung The Curve buat kali ketiga. Bersiap sebaik sahaja tiba di kawasan pentas.




Berposing buat sekian kalinya di belakang pentas. Uncle Sam turut join sama. Cayalah!





Jam 4.15 petang memulakan persembahan.




Hari ini persembahan mendapat sambutan hangat terutama untuk lagu My Heart Will Go On (Dance Version). Tak tahu sebab apa....tepukan gemuruh daripada pengunjung yang berada di tingkat atas terutamanya. Syabas semua....mereka terhibur akhirnya. Puas hati dengan persembahan anak-anak angklung pada hari ini. Terima kasih semua!

Come Together This Aidilfitri

Bertemakan Come Together This Aidilfitri, kami memulakan persembahan yang julung-julung kali diadakan di IOI City Mall Putrajaya sempena sambutan Bulan Ramdhan dan Aidilfitri.




Setelah mendapat panduan daripada Uncle Sam anak-anak angklung dibenarkan untuk melihat-lihat persekitaran mall. Beberapa orang anak-anak angklung termasuk aku...mewarna tabung tempurung. Actually untuk anak-anak .... aku menyibuk juga. Sudahnya beberapa orang mak budak pun turut serta.





Jam 2.00 petang menyediakan alatan untuk memulakan persembahan. Uncle Sam belum sampai lagi untuk adjust sound check. Tepat jam 2.30 petang maka beralunlah angklung buat pertama kalinya di dalam mall ini.




Persembahan kami hanya memakan masa 30 minit sahaja dan 7 buah lagu didendangkan.


Selesai persembahan kami menanti untuk aktiviti mewarna seramik pula. Aku pun menyibuk sekali lagi dalam aktiviti ini. Punah seramik semua dikerjakan......tak seni langsung.



Jam 4.30 petnag kami bertolak pulang dengan gembira. Jangkanya nak pulang pada pukul 4.00 petang rupa-rupanya aktiviti mewarna ni satu jam. Sorry ek Arif...lambat dan kena tunggu kami.

Tuesday, 23 June 2015

The Curve : A Syawal Spectacular Private Event Part II

22 Jun 2015 sekali lagi menuju ke The Curve Mutiara Damansara. Hari ini kami akan menghiburkan anak-anak yatim yang dibawa khas oleh pihak The Curve. Setelah membuat persiapan jam 5.00 petang kami memulakan persembahan. Bulan puasa ni...idea nak menulis pun takde. So ini jerlah. Tengok je la gambar-gambar dan klip ni. TQ!












Sunday, 21 June 2015

The Curve : A Syawal Spectacular Part I

Memulakan persembahan pertama dalalm bulan Ramadhan di The Curve Damansara. Hari ini memakai pakaian serba baru. Persembahan hanya memakan masa satu jam sahaja. Biasa bagi kami. Berposing di tangga sebelum memulakan persembahan dan seterusnya memulakan persembahan seadanya.








Thursday, 4 June 2015

Global Partnerships Event - University of Wolverhampton

Tempat - Garden Hotel MidValley. 3 Jun 2015 bertolak ke sana dengan menaiki van peberet kami ....van Pak Agus. Jalan agak jem juga...tapi taklah  stuck sangat. Berpandukan Waze mencari lokasi hotel. Bila dah jumpa cari tempat parking pula. Malang bagi Pak Agus...vannya tinggi sangat tak boleh melepasi palang ketinggian ke kawasan parkir kereta. jadi beliau terus pulang ke Shah Alam dan akan datang kembali apabila persembahan kami selesai nanti. Berpusing pusing mencari parking kosong akhirinya di tingkat B8 baharulah dapat...itu pun aku melawan arus merebut parking kosong tersebut. Terus mencari lobi hotel...rasa nak terkucillah pula. Terus menuju ke tandas yang mewah kau.....RM5 tiket masuk. Tapi buleh pakai di whole day for free pas tu.





Mencari anak-anak angklung kat Bankuet Garden 1. Main redah jer ikut sign board. Sampai gak aku kat situ. Bebudak lepak habis kat tepi pentas sementara Uncle Sam mendengar taklimat daripada pengerusi majlis. Aku layan bebudak dan siaplah kami berposing-posing kat situ. Tak lama kemudian Uncle start memberikan taklimat. Buat sedikit persediaan persembahan.





Tengah bersiap-siap sekali lagi dipanggil untuk rehearsal. kali ini bersama-sama para penari dari kumpulan Sanggar Mustika Ventures. Sudah beberapa kali kami membuat  persembahan bersama-sama dengan kumpulan penari pro ini. Pengalaman yang bagus untuk anak-anak angklung. Sebelum membuat persembahan...kami makan dulu!



Pemandangan dari tingkat Cafe hotel
Bersiap-siap untuk persembahan. Budak-budak ku arahkan solekan ditebalkan sedikit kali ini agar tidak kelihatan suram di atas pentas nanti. Macam-macam songel bila diarahkan....yang lelakinya nak disuruh pakai minyak rambut pun susah. Macam mana nak jadi retis ni?

Tekun Si Fitri menyolekkan Riezwan

Sama sibuk dengan penari yang sedang bersiap-siap sama

Ku tunggu dan menunggu....khabar darimu sayang....tak panggil-panggil lagi. Sudah berjaman tunggu dalam bilik ni, lalu kami keluar dan berposing sana sini.





Akhirnya tibalah waktu yang ditunggu-tunggu. Persembahan singkat daripada kami. Hanya dua buah lagu yang didendangkan. Lagu pertama kami berkolaborasi dengan para penari dan lagu kedua persembahan milik kami di atas pentas.


Walaupun singkat...mendapat tepukan gemuruh daripada para tetamu. Terbaiklah anak-anak angklungku. Jom kita balik!