Sunday, 31 May 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (Sesi Petang) 2015

29 Mei 2015 setelah berhempas pulas dari pagi tadi menyiapkan linkungan belon bersama-sama anak-anak angklung di Rumah Hijau, kini tibalah masanya untuk meraikan guru-guru sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015. Pukul 12.30 pm memberikan sedikit taklimat kepada anak-anak angklung untuk mengiringi guru-guru ke pentas utama. Sekejap macam ni sekejap macam tu....ikut perhiasan pentas dan cuaca. Anak-anak silat pula sibuk melakukan rehearsal buat kali terakhir.



Perarakan dimulakan pada jam 2.40 petang. Lewat 10 minit jer...ikut aturcara pukul 2.30 pm. Itupun pasal cikgu-cikgu sibuk berposing kat pentas...yang bersepah-sepah jalan-jalan kena panggil sorang demi sorang sehngga cukup korum. Pengetua dan Penolong Kanan 1 dipanggil dihujung perarakan kami. Bergambar dahulu di atas pentas sebagai kenangan.



Jejaka Terakhir di SMK TSM
Menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia.



Membaca ikrar.


Persembahan khas guru-guru......Pentomen lagu Tabik. Terbaeklah cikgu-cikgu semua sporting. Persembahan adhoc saat-saat akhir. Menjadi juga!


Kemudian diikuti dengan gimik ucapan Bonda Pengetua.












Majlis memotong kek!



Persembahan diteruskan dengan persembahan daripada Kelab Angklung Wariseni dengan dua buah lagu My Heart Will Go On dengan lagu Tari Tualang Tiga.



Diikuti dengan persembahan silap mata oleh Encik Zaini Bayang and Famili.



Pelbagai persembahan lagi diteruskan....aku sudah kepenatan sejak semalam hingga majlis dilangsungkan menguruskan persembahan dan gimik serta hiasan. Makan pun tak lalu. Ku gambarkan dalam bentuk gambar sahaja.

Persembahan khas Bonda Pengetua





Anugerah Khas Guru




Apa-apa pun kolaborasi yang baik di antara semua guru dan anak-anak murid untuk menjayakan majlis. Tahniah kepada semua. Berjumpa lagi kita di tahun hadapan.

Friday, 22 May 2015

Temubual Bersama Mahasiswi UiTM Puncak Perdana

Hari ini 3 orang mahasiswi UiTM Puncak Perdana datang ke SMK Taman Sri Muda. Lanjutan daripada informasi yang diperolehi daripada Uncle Sam semasa berjumpa di Great Eastern Mall dahulu...mereka ingin menemubual guru penasihat kelab pula. Berjanji untuk berjumpa pada jam 10.00 pagi di sekolah. Sesampainya mereka di sekolah ku cuba perkenalkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum Puan Suri Arini...namun bayangannya pun tak nampak. Mencari Encik Azman...juga tiada...Puan Sakinah...tiada juga....last-last aku terus membawa mereka ke Bilik Angklung untuk meneruskan temubual tersebut.

Rakaman temubual ini tidaklah mengambil masa yang begitu lama. Semua informasi yang diperlukan ku berikan secukupnya. Semasa perbualan hendak diakhiri bertembung pula dengan Encik Azman yang berada di Kabin. Kupertemukan mahasiswi ini dengannya. Pelbagai persoalan ditimbulkan oleh beliau. Gugup juga anak-anak dara ni hendak menjawab soalan tersebut. Harapan agar mereka dapat membuat dokumentasi dan pembentangan yang terbaik mengenai muzik tradisional angklung ini. 




Monday, 18 May 2015

Promosi Kraf The Curve Part II

Pagi ini bertukar empat orang anak angklungku. Semuanya dari tingkatan 1. Beri peluang kepada yang lain untuk membuat persembahan dan mendapat pengalaman. Berposng sebelum bertolak ke Damansara.


Pukul 10.30 pagi bertolak ke The Curves dengan bantuan Pak Agus yang setia membawa kami ke sana dan menjemput kami pulang. Terus menurunkan anak-anak angklungku dan berpesan menyiapkan pentas dengan peralatan yang diperlukan. Tak lupa juga menyinarkn diri dengan sedikit solekan. Sementara aku pergi memarkirkan kereta ku di bahagian bawah bangunan. Chantek seklai tempat parkirku hari ini. Naik tangga sahaja sudah jumpa tempat persembahannya.

Hari ini kubiarkan Uncle Sam menguruskan lagu-lagu persembahan nanti. Aku hanya nak rileks dan merakamkan semua aktiviti yang berlaku di sini. Batukku semakin menjadi-jadi hari ni. beberapa kali aku sesak nafas akibat batukku. Dah kena jangkitan kuman agaknya. Aku harap dapat bertahan hari ini sehingga jam 10.00 malam nanti. Fisherman Friend menjadi teman baik aku hari ini. Ku makan tanpa henti walau pun Cik Zahidah sudah menasihati ubat itu tidak baik untuk buah pinggang.

Tepat jam 12.00 tengahari persembahan pertama pun dimulakan.



Jam 1.00 petang persembahan ditamatkan untuk sesi ini. Aku terus ke Cinema untuk membeli tiket wayang. Filem yang nak kami tonton hari ini cerita Jalan Puncak Alam.  Harga tiket RM16.00 seorang. Biarlah bagi sikit gembira budak-budak ni. Mereka yang pilih cerita tu pun. Kembali semula ke Chicken Rice Shoppe untuk mengisi perut. Lunch kami hari ini.



Kupesan kepada anak-anak angklung untuk kembali semula ke tapak persembahan pada jam 2.30 petang dan mempersiapkan diri untuk persembahan pada pukul 3.00 petang. Yang menurut perintah...muncul mereka tepat pada waktu yang dijanjikan. Terus memulakan persembahan sebaik sahaja DJ mengumumkan nama kumpulan kami. Orang ramai sdah mula bertenggek di hadapan pentas.



Juga mendapt sambutan hangat tetapi tidak sehangat semalam oleh kerana DJ yang ada pada hari ini tidak begitu memainkan peranannya. Datang bersama famili dan perhatian hanya tertumpu kepada famili. Selepas memperkenalkan group kami terus menghilangkan diri. Tiada sesi teru ramah dan sesi kuiz dibuar pada hari ini. Interaksi bersama penonton tidak berlaku hari ini. Tapi Amin tak kisah.......hahahahahaha!

Bergegas ke cinema sebaik sahaja tamat persembahan. Filem akan bermula pada jam 4.30 petang. Berjalan bersama-sama anak-anak angklungku sambil menunjukkan jalan. Sempat membeli makanan ringan untuk dibaham dalam panggung nanti. Tapi alangkah sedey nyer aku....cerita hape tah la yang aku tengok hari ini. Bazir duit jer. Dah la plak tu sekejap jer. Nasib baik sekejap...kalau lama aku pun tinggalkan panggung. Anak-anak angklungku plak bising dalam panggung. Cam panggung tu dia orang punyer lak.


Sebaik sahaja tamat cerita tah hape-hape tu.....kukerahkan semua gi menunaikan kewajipan dan berkumpul semula untuk minum petang. Menujulah kami e satu Cafe...tah hape ke namanya. Kupesan 18 mug air teh tarik. Punyer la lama nak siap sampai aku kena batalkan baki 4 mug....sebab 3 orang lagi tah ke mana hilangnya. Aku pun dah rasa tak nak minum bila tengok cara dia bancuh teh tarik tu. tak profesional langsung. Patut la aku tak nampak ramai customer. Makan karipap yang dibekalkan oleh Uncle Sam.



Kutinggalkan sekali lagi mereka dengan pesanan....berada di pentas pada jam 7.40 malam dan terus bersiap. Aku menyenaraikan lagu-lagu yang akan dimainkan nanti. Permintaan anak-anak angklung dipenuuhi oleh Uncle Sam. Mereka dakan dapat memainkan lagu-lagu lain. Puas hati mereka. Jam 8.00 malam memulakan persembahan. Sambutan memang hangat tetapi tiada kehangatn daripada DJ yang berkenaan. Maka panasnya sekejap-sekejap sahaja. Apa-apa pun kami sudah memberikan persembahan yang terbaik hari ini. harap semua orang terhibur.




Berkemas dan pulang ke Shah Alam dengan penuh kegembiraan.




Promosi Kraf The Curve Part 1

Rasanya hampir nak pemgsan dah melayan kerenah semua orang......tapi apa nak buat disebabkan minat yang mendalam dalam bidang aku ceburiku gagahkan jua walaupun tak sihat. Bertemankan Cik Zahidah ke The Curve untuk membuat persembahan sempena Promosi Kraf anjuran Kraftangan Malaysia. Sekali lagi kami berpeluang di bawah naungan Kraftangan. Perjalanan ke sana tak lah lama tapi yang buat aku sakit hati sesangat hari neh....dia orang tinggalkan beg fail kat Bangsal i-Think! Fuhhh....menyirap darah aku pagi tu, nasiblah Cik Zahidah ada kalau tidak pasti mulutku tak henti-henti membebel. Tak kiralah Uncle Sam ada ke takde ke...memang nak kena dia orang ni. Nasib baik tak panik dan akalku panjang. Kutelefon Elsa minta bantuan menghantar beg tersebut. 1st time kesilapan ini berlaku dalam team ini.

Kuminta Zahidah untuk membuat sound check menggunakan lagi Tari Tualang Tiga sebab mereka dan ingat skor lagu tersebut. Aku.....menanti dengan penuh debaran kereta Elsa muncul dengan beg failku. Dengan batuk yang kurasa hampir nak membunuh aku pagi ni. Tepat jam 12.00 tengahari aku terus bergegas ke kereta Elsa dan mencapai beg. Lega selega-leganya. Terus menuju ke kawasan lobi promosi dan mengedarkan fail. Persembahan dapat diteruskan tanpa sebarang masalah lagi. Kutinggalkan anak-anak angklungku bersama Zahidah kerana aku mempunyai urusan Walimatulurus yang aku harus penuhi.



Pertengahan persembahan kedua baru aku dapat menyertai mereka. Kubiarkan Zahidah meneruskan rakaman tersebut hingga selesai. Kutanyakan persembahan terdahulu....tiada masalah ....jawapan yang kunanti-nantikan. Namun semasa kucuba menegur anak-anak angklungku sewaktu mereka bermain angklung...Alif Haiqal tak sabar-sabar memberitahuku angklung 1' telah patah semula. Mujurlah ada ahli yang lain memegang nombor angklung tersebut.




Memang mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung The Curves tambahan pula DJ pada hari itu memainkan peranannya dengan sungguh baik. Ada berinteraksi dengan para pendengar. Meriah kami di tengah-tengah tu! Apa-apa pun tahniah kepada semua anak-anak angklung. Jadikan pengajaran apa yang berlaku pagi tadi. Jangan lupa tanggungjawab yang telah diletakka di bahu anda. Chekgu memerlukan bantuan dan sokongan anda semua untuk memajukan Kelab Angklung Wariseni yang kita sayangi ini.

Sunday, 17 May 2015

Majlis Penetapan Target SPM 2015

Persembahan mengejut untuk Majlis Penetapan Target SPM 2015 pada hari Sabtu 16 Mei 2015. Pada hari yang sama kami juga akan membuat persembahan di The Curve Damansara Mutiara. Kami mengiringi VIP masuk ke dalam dewan dan mempersembahkan dua buah sebelum majlis perasmian bermula. Persembahan mantap daripada anak-anak angklungku. Tahniah dan syabas!