Sunday, 1 March 2015

Majlis Perkahwinan Presint 9 Putrajaya

Berbekalkan anak-anak angklung tingkatan 1 dan 2 hari ini menuju ke Kompleks Komuniti Presint 9 Putrajaya untuk membuat persembahan. Tidak dirancang persembahan ini jemputan mengejut daripada Uncle Sam untuk memberi pengalaman kepada anak-anak angklung tingkatan 1 terutamanya. Berpandukan Waze mencari Kompleks Komuniti di sana.....30 minit sahaja perjalanan dari Shah Alam. Memunggah alatan setelah kereta diparkir mencari dewan keraian seterusnya menyediakan alatan untuk persembahan. Menguji bunyi dan tempat sebelum memulakan persembahan.



Kita makan dulu....santapan telah tersedia di meja bufet...apa lagi.... jemput makan.



Menanti di luar dewan....satu aktiviti yang wajib dilakukan acapkali kami keluar membuat persembahan luar. Sempat lagi posing sana sini.



Setelah mempelai ditepung tawar oleh pihak pengantin lelaki dan perempuan maka tibalah masa mempelai makan...dan tibalah juga giliran kami membuat persembahan secara bergilir-gilir dengan persembahan tarian.





Selesai persembahan terus berkemas dan menuju ke Shah Alam. Singgah di Restoran Salsabeel untuk mambasah atau mengeringkan lagi tekak dengan Air Batu Campur yang sungguh lemak manis!



No comments:

Post a Comment