Ke Puri Buana sekali lagi untuk menghiburkan tetamu di majlis perkahwinan. Persembahan ini telah ditempah seawal bulan Januari oleh Puan Noraida. Setelah berhubung melalui SMS ke Whatsapps dan seterusnya ke Telegram maka hari ini 14 Mac 2015 kami menuju ke Bangi. Uncle Sam membantu dalam pengangkutan hari ini juga sebagai pengurus kami pada hari ini. Puan Elsa tidak dapat menemani kami hari ini oleh kerana anaknya kurang sihat. Moga cepat sembuh! Apa-apa pun kami mulakan rehearsal untuk mengiringi mempelai ke pelamin.
Setelah siap berkemas upacara food tasting dijalankan oleh kami. Muahahahahaha!
Sebelum memulakan persembahan sempat bergambar dengan tuan rumah Puan Wan Noraida. Terima kasih kerana percaya kepada kami untuk menghiburkan para tetamu puan.
Tepat pukul 12.00 tengahari kami memulakan persembahan.
Berehat seketika sementara menanti mempelai tiba. Uncle Sam memberi isyarat supaya kami ke hadapan Puri Buana menanti pengantin tiba.
Sebaik sahaja doa dibacakan kami menyambutnya dengan lagu Baraka Allhu Lakuma dan kemudian meneruskan ayunan angklung mengikut irama minus one satu persatu.
Sempat juga di temuramah oleh pengacara majlis......
Rehat....membasahkan tekak yang kering.
Memulakan persembahan semula untuk sesi ketiga dan terakhir untuk majlis kali ini. Semoga tuan rumah berpuas hati dengan persembahan kami begitu juga dengan para tetamu. Sempat merakamkan kenangan bersama pasangan pengantin.
Bergambar sekali lagi di luar Puri Buana sebelum balik ke Shah Alam!