Tuesday, 22 December 2015

Barbeku

Hari ini kononnya nak meraikan penutup aktiviti kelab sepanjang tahun 2015. Tapi masih ada berbaki satu persembahan di Rawang pada 24 Disember ini. Undangan yang tidak dirancang dari awal sebenarnya. Tempahan diterima beberapa hari sebelum majlis perkahwinan. Tak mengapalah. Anak-anak angklung masih bertenaga untuk melaksanakan tugasan ini. Insyallah. Bermesyuarat sebelum memulakan barbeku. Melantik AJK untuk tahun 2016 nanti. Setelah selesai maka persiapan makan-makan pun dibuat. Apalah depa ni....bakar semua hangus.




Semua yang ada di sekolah kami jemput makan bersama. Pak guard pun mendapat bahagian. Rezeki dikongsi bersama untuk memeriahkan majlis yang serba sederhana. Masing-masing menjalankan tugas masing-masing. Chef bertukar tangan tapi hasil tetap hangus juga.



Bonda Pengetua, Puan Sakinah, Encik Norazman, Puan Suri, kakitangan pejabat dan makmal semua dijemput menjamah makanan bersama-sama.Even anak biawak pun sama meraikan majlis barbeku ni.







Sambutan harijadi juga dibuat pada hari ini. 5 orang ahli iaitu Syahmi, Ainaa Safiah, Ain Syakila, Farah dan Hanis. Selamat menyambut hari lahir semoga hidup diberkati Allah swt dan jadi anak yang solehah.


Diakhir majlis bergambar beramai-ramai sebagai kenangan. Tahniah semua!


Saturday, 19 December 2015

Warna Edisi 9

Penutup aktiviti kelab tahun 2015 persembahan di Laman Seni 7 Seksyen 7 anjuran MBSA yang diberi nama Warna Edisi 9. Sampai awal di destinasi takut tersangkut dalam jem. Memang pun jalan jem menyebabkan kami menggunakan jalan alternatif yang lain untuk sampai  ke sana. Setelah barang disusun atas pentas kami ke bazar untuk menikmati makan tengahari.



Setelah azan zohor berkumandang dan menikmati nasi goreng pattaya beserta air sirap limau....menyiapkan alatran terakhir untuk persembahan dan terus membuat sound check.  Agak lewat kami memulakan persembahan petang ini. 45 minit kami menguasai pentas pada kali ini. 



Bersiar-siar dilorong Laman Seni 7 dan bergambar sakan sementara menanti persembahan seterusnya.





Melengkapkan persembahan sepanjang tahun dengan 5 buah lagu terakhir yang mana lagu medley popular kami menutup tirai persembahan di Laman Seni 7 dan juga penutup aktiviti kelab 2015. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sempat juga bergambar dengan group Andy Flop Poppy.






Monday, 14 December 2015

Majlis Perkahwinan Kembar

Kami akan mengiringi dua pasangan pengantin ke mempelai. Bukan kemabr seiras tetapu dua pasangan pengantin ya! Tapi kali ini aku tak dapat bercerita banyak sebab DJ yang bertugas pada hari ini cukup aku tak berkenan membuatkan aku terpaksa menjaga musik latar sendiri. Oleh sebab itu tak dapat banyak klip aku aku dapat rakamkan. Tapi jadilah dan alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Uncle Sam banyak membantu pada hari ini. Tolong bawa budak, tolong cari van, tolong arrange aturcara....terima kasih banyak-banyak ya Uncle Sam.



Seperti biasa makan tetap makan walau macamana sibuk pun. Sempat lagi bergambar di photobooth yang disediakan sambil menandatangani buku kenangan pengantin. 








Kemudian bersedia untuk memulakan persembahan. Kami agak tersorok sedikit dalam majlis ini. Hanya kedenganran melalui monitor speaker. Tempat persembahan memang cantik. Teduh dari hujan dan panas. Tak banyak yang dapat dirakam. Dengarkan ajelah.





Mengiringi pengantin pada pukul 2.00 petang. Sepatutnya jam 1.30 tengahari. Apakan daya pengantin gelabah. Semua aksesori pakaian entah mana letaknya menyebabkan lambat siapnya. Bukan apa...takut hujan turun pengantin tak dapat diiringi. Kesian pula kan. Sambutan hanya sekali...insyallah.



Setelah selesai majlis merenjis oleh  keluarga utama kami memulakan persembahan angklung semula sehiinggalah hujan lebat menyebabkan kami berhenti awal sedikit. Air pun sudah mula mengalir ke arah anak-anak angklung. Bahaya tu....rosak angklung nanti. Jidur telah selamatku larikan lebih awal tadi. Thank you anak-anak angklung atas persembahan hari ini. You're the best!


Wednesday, 9 December 2015

HRD Award Gala Dinner 2015

Persembahan di hotel 5 bintang hari ini iaitu di Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Hari ini pemukul jidur baru Riezwan akan menjalankan tugas pertamanya. Anak-anak angklung terus ke dewan bankuet setelah turun dari van sementara aku memakirkan kereta di B2 hotel. Anak-anak angklung telah siap menyusun alatan di atas pentas sebaik sahaja aku masuk ke dalam dewan. Memang  grand! Uncle Sam seperti biasa membuat sound check dan rehearsal untuk mengiringi VVIP masuk ke dalam dewan.



Jam 6.00 petang kami menuju ke tingkat 1 hotel dan makan. Hari ini makan nasi putih, salad, kurma ayam dan sambal kentang. Pencuci mulut kami buah-buahan dan sepotong kek. Sedap. Kekenyangan bebudak. Kupesan untuk membungkus makanan lebihan agar dapat dimakan semasa menanti persembahan berlangsung. Tak baik membazir makanan.



Jam7.30 malam tetamu mula masuk ke dalam dewan. Anak-anak angklung bersedia untuk menghiburkan tetamu yang sudah duduk sementara menanti VVIP tiba. Kami sempat mendendangkan 3 buah lagu untuk mereka dan kemudian terpaksa berada di luar dewan untuk menyambut VVIP tiba.



Alhamdulillah ketukan pertama Riezwan berjalan lancar walaupun peluh jantan sudah mengalir sebelum memainkan jidur. Katanya hampir terlepas pemukul jidur disebabkan tangannya basah dek peluh. Apa-apa pun tahniah Riezwan!


Setelah mendengar ucapan perasmian daripada Menteri Sumber Manusia iaitu YB Datuk Sir Richard kami lepak lagi dan bergambar sementara menanti persembahan kami bermula.



Sudah kebosanan kami masuk ke dalam dewan keraian semula menonton persembahan Dayang Nurfaizah. Mantop! Sempat juga kami bergambar dengan beliau. Sebaik sahaja YB selesai menyanyi kami pun memainkan lagu medley peberet kami.




Jam 11.00 malam kami bertolak pulang ke Shah Alam. Syabas dan tahniah pada anak-anak angklung untuk persembahan malam ini.


Monday, 23 November 2015

Karnival Sukan MPP/PeBT 2015

Aku sebenarnya tak tahu majlis apa yang akan dihadiri hari ini. eEbaik sahaja tiba di dataran baharulah aku tahu. Karnival sukan rupanya. Fatin kutinggalkan kerana lambat tetapi kupesan pada guard minta mereka terus ke dataran apabilal tiba di sekolah nanti. Terus bersiap-siap setelah mengenalpasti pentas.



Jam 10 pagi kami memulakan persembahan selama setengah jam. Tak dapat aku rakam semua sebab berbual-bual dengan Sazhar rakan sekolahku dahulu.



Lepak sementara menanti giliran seterusnya. Sempat bergambar dengan retis dan paling best dengan transformers ......geng punjabi  juga!




Lama juga kami berehat. Kami memulakan majlis dan kami menutup majlis.