Persembahan di hotel 5 bintang hari ini iaitu di Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Hari ini pemukul jidur baru Riezwan akan menjalankan tugas pertamanya. Anak-anak angklung terus ke dewan bankuet setelah turun dari van sementara aku memakirkan kereta di B2 hotel. Anak-anak angklung telah siap menyusun alatan di atas pentas sebaik sahaja aku masuk ke dalam dewan. Memang grand! Uncle Sam seperti biasa membuat sound check dan rehearsal untuk mengiringi VVIP masuk ke dalam dewan.
Jam 6.00 petang kami menuju ke tingkat 1 hotel dan makan. Hari ini makan nasi putih, salad, kurma ayam dan sambal kentang. Pencuci mulut kami buah-buahan dan sepotong kek. Sedap. Kekenyangan bebudak. Kupesan untuk membungkus makanan lebihan agar dapat dimakan semasa menanti persembahan berlangsung. Tak baik membazir makanan.
Jam7.30 malam tetamu mula masuk ke dalam dewan. Anak-anak angklung bersedia untuk menghiburkan tetamu yang sudah duduk sementara menanti VVIP tiba. Kami sempat mendendangkan 3 buah lagu untuk mereka dan kemudian terpaksa berada di luar dewan untuk menyambut VVIP tiba.
Alhamdulillah ketukan pertama Riezwan berjalan lancar walaupun peluh jantan sudah mengalir sebelum memainkan jidur. Katanya hampir terlepas pemukul jidur disebabkan tangannya basah dek peluh. Apa-apa pun tahniah Riezwan!
Setelah mendengar ucapan perasmian daripada Menteri Sumber Manusia iaitu YB Datuk Sir Richard kami lepak lagi dan bergambar sementara menanti persembahan kami bermula.
Sudah kebosanan kami masuk ke dalam dewan keraian semula menonton persembahan Dayang Nurfaizah. Mantop! Sempat juga kami bergambar dengan beliau. Sebaik sahaja YB selesai menyanyi kami pun memainkan lagu medley peberet kami.
Jam 11.00 malam kami bertolak pulang ke Shah Alam. Syabas dan tahniah pada anak-anak angklung untuk persembahan malam ini.
No comments:
Post a Comment