Pulang dari Pasar Seni singgah ke Istana Negara untuk membuat lawatan tidak rasmi ke sana. Setelah membayar harga tiket kami menuju ke Istana Negara. Sempat berposing bagai. Cikgu Elsa bersama 3 orang anak angklung yang lain sudah terlajak jalan. Makanya mereka terus sahaja pulang ke Shah Alam.
Tiket
Kami dibawa oleh seorang pemandu yang membantu memberi maklumat kepada anak-anak angklung tapi tak boleh bergambar la plak. Kami hanya dapat bergambar di luar istana. jadilah.
Puas berposing dan berselfie maka kami pun pulang ke Shah Alam dengan berbekalkan aiskrim sorang satu.
Hari Khamis 28 Ogos 2014....menuju ke Kuala Lumpur untuk membuat persembahan di Pasar Seni. Kami merasmikan persembahan di pentas Pasar Seni pada hari ini. Seramai 18 oang anak-anak angklung diangkut untuk membuat persembahan. Dua orang anak angklung terpaksa ku tinggalkan kerana lewat sampai.
Sesampai di sana Uncle Sam sudah sedia menanti. Kami memunggah semua barang-barang dan meletakkan alatan di atas pentas. Siap semua kami menuju ke kedai mamak untuk menikmati sarapan pagi...roti telur dan teh tarik. Duduk kat tepat berhawa dingin cam VIP la plak. Tekak aku dah mula gatal. nak dapat sakit la ni!
Selesai makan dan menuju semula ke pentas. Bersiap-siap untuk memulakan persembahan. Sempat juga bergambar sebelum memulakan lagu pertama. Uncle Sam menjadi jurufoto kami. Thank you!
Sempat juga Uncle Sam di temuramah oleh RTM dan masuk dalam Berita RTM pukul 5.30 petang....tapi kami tak sempat nak tengok sebab berada di sekolah petang itu.
Tontonilah persembahan kami di Pasar Seni...simple but nice.
23 Ogos 2014 menuju ke Setia Alam. Mencari tempat untuk memakirkan kereta....ada ke pak polisi tu kami nak masuk TV ASTRO....ish ish ish ngalahkan filem star plak kami dah. Langsung pak polisi menunjukkan tempat pakir kereta. Uncle Sam plak tak tutup tingkap kereta. Dipanggil tak faham dicall tak hangkat-hangkat. Last-last jawab juga call. Kalau tak...pasti basah kereta tu!
Kali ni kami bawa 20 orang ahli kelab angklung dan kebanyakkannya terdiri daripada tingkatan 1. Kuning semuanya pakaian hari ni. Sempat juga aku ke GM Kelang mencari tudung bawal untuk mereka pakai pada hari itu. Pukul 4.00 petang kami memulakan perjalanan....2 buah kereta dan sebuah van. Hulalala....Sesampai di sana kami diberitahu kami telah disediakan sebuah khemah khas. PA system...kami kena bawa sendiri. Adoyai...kena balik la plak aku ni. Terus pulang ke sekolah...jalan jem plak..lagi adoyai. Tiba kat sekolah si Tajol Arippin tu plak blok jalan masuk. Buat dekkkkk jer nampak aku nak masuk. Aku hon....padan muka!
Tiba di Setia Alam dengan portable speaker, wayar dan skru driver....macam pomen plak dah. Setelah settle semua maka memulakan persembahan lagu Yek Liang Tai Piau Wo Te Sin untuk pengantin di seberang sana. Hujan mula turun....kelam kabut mengalihkan speaker dan beg angklung...namun basah jua akhirnya.
Hujan semakin lebat dan kami menghentikan persembahan buat sementara waktu.....basah angklung kami. Sumbang juga lah satu dua angklung bila dihayun. Bebudak ni amek kesempatan plak bergambar bawah hujan....alahai.
Setelah hujan agak reda kami memulakan persembahan semula. Laparlah juga rasanya...dah nyanyi lagu keroncong macam-macam versi dah ni. Azizah....muka paling monyok sekali. Lapar sangatlah tu....tahanlah sikit ya...bulan puasa kita steady jer...takkan beberapa minit lagi kita tak boleh kan....ehhh Malaysia Boleh! Sesi pertama kami.....selamat menonton.
8.45 malam barulah kami dapat bersantap dengan jayanya. Ish ish ish....kesian anak-anak angklungku. Kelaparan...dahlah kebasahan dan kesejukkan. Lapar pula tu. Beginilah hidup seorang artis anak-anak angklung. Berkorban apa saja....harta atau pun perut....hahahahahaha.
9.10 malam...memulakan persembahan untuk sesi kedua. Lebih santai permainan kali ini. Berlawan-lawan dengan persembahan di pentas utama. Selesai kesemua lagu yang dipasang...kami mula mengemas. Beg semua dan basah...so masing-masing kena pikul alatan ke kereta. Terbaik anak-anak angklung. Keep it up...masih ada kelemahan tapi boleh dimantapkan dalam latihan akan datang.
16 Ogos Majlis Resepsi diadakan di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Shah Alam). Pengantin hari ini Ahmad Fikri bin Mohd Fuad dan pasangannya Nur Madeena binti Mahamood diiringi pasukan Kelab Angklung Wariseni bergerak ke khemah majlis. Dua orang pengiring genit turut menjadi tumpuan. Paluan jidur dan alunan angklung menghidupkan suasana majlis hari ini.
Bacaan selawat menyambut alunan angklung sebaik sahaja ia dihentikan. Mempelai terus menuju ke meja utama. Sebaik sahaja doa selesai dibacakan, anak-anak angklung bersiap-siap untuk memulakan persembahan pertama mereka. Persembahan mereka turut dimeriahkan dengan alunan caklempong yang ditaja oleh Encik Sam.
Selepas berehat setengah jam...persembahan sesi kedua diteruskan. Sembilan buah lagu diperdengarkan untuk halwa telinga para tetamu yang hadir. Selain daripada pengantin, kelab ini turut sama mendapat tumpuan daripada tetamu. Alhamdulillah...beberapa orang tetamu kehormat menunjukkan minat untuk menggunakan perkhidmatan kami.Terima kasih kepada anak-anak angklung yang memeriahkan majlis perkahwinan hari ini. Love u olls!
Persembahan mengejut di Subang Parade pada 9 Ogos 2014 setelah dihubungi oleh Puan Suri. Sempat juga ku melatih anak-anak angklung untuk majlis ini. Walaupun sibuk dengan persiapan perkahwinan anak lelakiku gagahkan jua. Cikgu Elsa dan Cikgu Hafiza mengambil alih menguruskan mereka pada hari tersebut. Ku sediakan mereka dengan sepuluh buah lagu tetapi akhirnya hanyda dapat memainkan tiga buah lagu sahaja iaitu Budi Bahasa Budaya Kita, Yek Liang Tai Piau Wo Te Sin dan Kuch Kuch Hota Hai. Tahniah kerana mendapat tepukan gemuruh daripada perasmi majlis dan pengunjung Subang Parade.
Klip Kuch Kuch Hota Hai sahaja yang dapat dipaparkan. Oklah tu.