Sunday, 24 August 2014

Riuh Raya Setia Alam

23 Ogos 2014 menuju ke Setia Alam. Mencari tempat untuk memakirkan kereta....ada ke pak polisi tu kami nak masuk TV ASTRO....ish ish ish ngalahkan filem star plak kami dah. Langsung pak polisi menunjukkan tempat pakir kereta. Uncle Sam plak tak tutup tingkap kereta. Dipanggil tak faham dicall tak hangkat-hangkat. Last-last jawab juga call. Kalau tak...pasti basah kereta tu!

Kali ni kami bawa 20 orang ahli kelab angklung dan kebanyakkannya terdiri daripada tingkatan 1. Kuning semuanya pakaian hari ni. Sempat juga aku ke GM Kelang mencari tudung bawal untuk mereka pakai pada hari itu. Pukul 4.00 petang kami memulakan perjalanan....2 buah kereta dan sebuah van. Hulalala....Sesampai di sana kami diberitahu kami telah disediakan sebuah khemah khas. PA system...kami kena bawa sendiri. Adoyai...kena balik la plak aku ni. Terus pulang ke sekolah...jalan jem plak..lagi adoyai. Tiba kat sekolah si Tajol Arippin tu plak blok jalan masuk. Buat dekkkkk jer nampak aku nak masuk. Aku hon....padan muka!



Tiba di Setia Alam dengan portable speaker, wayar dan skru driver....macam pomen plak dah. Setelah settle semua maka memulakan persembahan lagu Yek Liang Tai Piau Wo Te Sin untuk pengantin di seberang sana. Hujan mula turun....kelam kabut mengalihkan speaker dan beg angklung...namun basah jua akhirnya.



Hujan semakin lebat dan kami menghentikan persembahan buat sementara waktu.....basah angklung kami. Sumbang juga lah satu dua angklung bila dihayun. Bebudak ni amek kesempatan plak bergambar bawah hujan....alahai.


Setelah hujan agak reda kami memulakan persembahan semula. Laparlah juga rasanya...dah nyanyi lagu keroncong macam-macam versi dah ni. Azizah....muka paling monyok sekali. Lapar sangatlah tu....tahanlah sikit ya...bulan puasa kita steady jer...takkan beberapa minit lagi kita tak boleh kan....ehhh Malaysia Boleh! Sesi pertama kami.....selamat menonton.



8.45 malam barulah kami dapat bersantap dengan jayanya. Ish ish ish....kesian anak-anak angklungku. Kelaparan...dahlah kebasahan dan kesejukkan. Lapar pula tu. Beginilah hidup seorang artis anak-anak angklung. Berkorban apa saja....harta atau pun perut....hahahahahaha.




9.10 malam...memulakan persembahan untuk sesi kedua. Lebih santai permainan kali ini. Berlawan-lawan dengan persembahan di pentas utama.  Selesai kesemua lagu yang dipasang...kami mula mengemas. Beg semua dan basah...so masing-masing kena pikul alatan ke kereta. Terbaik anak-anak angklung. Keep it up...masih ada kelemahan tapi boleh dimantapkan dalam latihan akan datang.




No comments:

Post a Comment