Hari Sabtu, 27 April 2013, Kelab Angklung telah membuat persembahan perasmian dan julung-julung kali akan mempersembahkan tarian menggunakan ahli kelab sendiri. Walaupun hanya sempat berlatih beberapa kali sahaja, namun bakat dalam diri dan komitmen anak-anak angklung membuahkan hasil yang memberansangkan. Gambar dan video di bawah akan menceritakan segalanya.
Monday, 29 April 2013
Friday, 26 April 2013
Projek Mahasiswa Mahasiswi UPNM
Mendapat call dari orang yang tidak dikenali bertanyakan tentang kelab. Hendak membuat projek kata mereka. Diarahkan oleh pensyarah mereka. Maka tarikh dan masa ditetapkan untuk bertemu dan hari ini 26 April jam 10.30 pagi bertempat di Dewan SMK Taman Sri Muda, pelajar-pelajar ini telah menemuramah jurulatih utama kami iaitu Encik Sam dan juga mereka cuba bermain angklung dalam masa yang singkat. Inilah aksi-aksi mereka semasa di sana.
Majlis Makan Malam MBHA
Mendapat panggilan daripada Bg Boss, ada persembahan yang perlu kami pergi di Kuala Lumpur pada 24 April 2013 bertempat di MyHotel Premier @ MidValley, di belakang kedai perabut Lorenzo. Majlis makan malam rupanya. Pukul 4.00 petang pemandu baru kami En.Ariffin telah sedia untuk membawa kami ke sana. Dalam perjalanan awan mendung berarak dengan laju. Nak hujan nampaknya. Sepanjang perjalanan kami menempuhi jalan yang sesak namun tidaklah kami tersangkut terlalu lama.
Setelah hampir dengan kedai perabut Lorenzo, tidak diduga Pak Ariffin meneruskan perjalanan. Ingatkan ada jalan lain. Rupa-rupanya Pak Ariffin terlajak ke depan. Adoyai.....matilah, hari hujan...di bandaraya Kuala Lumpur. Memang cari sakit. Hujan lebat mencurah-curah disertai dengan angin kencang. Degupan jantung bertabah kencang....matilah, terkandas dalam jem....banjir lagi. Berpusing di MidValley dua kali, akhirnya Pak Ariffin mengalah dan membiarkan KIA jalan dulu. Heelehhh.....slownya Pak Ariffin, tertinggal jauh. Tiba di Jalan Travers hal yang ditakutkan berlaku Tersangkut....jem. Hendak ikut Jalan Maarof..tapi hati was-was. Memang pun......banjir habis jalan tu.
Setelah berhempas pulas memusing stereng dalam jem, akhirnya kami sampai ke hotel yang dituju. Adoyai....terpencilnya. Memang bajet sungguh. Barang-barang dikeluarkan dan dibawa ke dewan hotel. Anak-anak angklung diminta menyimpan beg dan pakaian di dalam bilik 905 yang disewa oleh Big Boss untuk kami kemudian turun ke bawah semula untuk menentukan posisi persembahan.
Setelah selesai maka kami naik ke bilik semula untuk menukar pakaian sementara menanti makan malam kami sedia dihidangkan. Makan kat hotel kami malam ni.
Selesai bersantap, menunaikan kewajipan kami menuju ke kafe untuk menanti VIP tiba. Big Boss kami akan memanggil kami apabila diperlukan nanti. Macam-macam kerenah mereka di baawah ini. Sempat juga kami merakamkan gambar sebagai kenangan.
Malam ni kami ada seorang ahli baru ...... Afif! Welcome to the club jangan jadi macam Schzman hari tu sudahlah. Big Boss call suruh naik. Kami menanti di atas pentas. Lagu angklung sambutan tidak dimainkan sebaliknya lagu 5351 akan dialunkan oleh kerana jarak perjalanan dari lif ke dalam dewan bukanlah mengambil masa yang panjang.
Selepas semua tetamu mengambil tempat duduk, lagu Budi Bahasa Budaya Kita dimainkan.
Selesai sahaja lagu anak-anak angklung meninggalkan dewan menuju ke ruang lobi. Menanti di bahagian tangga hotel....hahahaha macam anak terbuang pula. Mengintai-intai dari celah pintu sign dari big boss untuk meneruskan persembahan. Tidak lama kemudian kami sudah berada semula di atas pentas. Lagu seterusnya merupakan lagu Bengawan Solo, diikuti dengan lagu Yek Liang Tai Piau Wo Te Sin, Tari Tualang Tiga, Dahil Sayo dan diakhiri dengan lagu Kenanganku.
Kami keluar semula setelah selesai dan kemudian masuk kembali untuk sesi bergambar dengan tetamu-tetamu kehormat majlis.
Selesai bergambar kami mula mengemas barang-barang dan menuju ke tingkat bawah untuk meletakkan alatan kemudian naik ke atas semula untuk menukar pakaian. Ada juga goodies disediakan untuk anak-anak angklung.
Kami bertolak pulang jam 10.00 malam, berpecah di seksyen 20....Pak Ariffin terus ke depan manakala KIA melalui Bulatan Megawati. Apa-apa pun janji selamat sampai. TQ anak-anak angklung!
Tuesday, 16 April 2013
Majlis Persaraan Puan Haslina
Jam 4.30 petang pada 15 April 2013, hari Isnin anak-anak angklung yang terlibat dalam persembahan telah bersiap sedia di dalam dewan. Latihan dibuat untu memastikan anak-anak angklung yang baharu dapat memainkan angkung dengan baik bersama abang dan kakak senior yang lain. 5.40 petang alatan disusun di Dataran Kejat, tapak perhimpunan rasmi sekolah. Terbiasa dengan LEPAK....bertenggek kat tepi tembok cam orang kena halau jer!
Majlis dimulakan dengan dua orang juruacara memulakan bicara dan menjemput Puan Haslina yang diiringi bersama dua orang dayang yang terpilih untuk ke pentas. Langkah Puan Haslina diraikan bersama dengan ayunan angklung sambutan.
Setelah cenderahati dan ucapan disampaikan maka sebuah lagu ditujukan khas untuk Puan Haslina yang bertajuk My Way.
Majlis berakhir dengan Puan Haslina diiringi ke kenderaan beliau dan para guru berbaris untuk bersalaman dengannya. Lagu Bertemu dan Berpisah dimainkan sepanjang aksi ini berlangsung.
Apa-apa pun selamat bersara Puan Haslina, setiap titik peluh telah terbalas dengan kejayaan anak-anak didikmu. Aku pong tumpang dua-dua kali bergambar sama!
Subscribe to:
Posts (Atom)